Khamis, 11 September 2008

Windows Hibernate Lambat

apa itu hibernate?
hibernate adalah satu cara daripada Microsoft () untuk Windows () XP dan Vista. kegunaan sebenar hibernate adalah untuk memudahkan pengguna untuk pergi kembali ke situasi terakhir sebelum dia menutup . hibernate bertindak sebagai perhenti masa (time freezer) untuk system tersebut dan akan menjalankannya kembali selepas dihidupkan kembali sistem . walaupun ada pihak yang mengatakan hibernate ini adalah amat membebankan harddisk tetapi sesetengah orang yang tidak mahu menutup (shut down)
dan menghidupkan kembali semua daripada awal, ini adalah cara yang terbaik.

masalah tercipta daripada hibernate
hibernate mempunyai beberapa masalah. antaranya adalah kapasiti hibernate file (hiberfil.sys) yang amat besar (bergantung kepada jumlah ram yang ada). menyebabkan ramai pengguna tidak menggunakan hibernate.
dan masalah lain adalah ketika melakukan hibernate, kadar system mengambil semua data adalah amat perlahan. perkara ini terjadi kepada beberapa pengguna yang menggunakan harddisk jenis IDE bukannya SATA.

mengapa perkara ini terjadi?
kerana kelajuan transfer IDE adalah berbeza dan lebih rendah berbanding SATA. analoginya adalah seperti, sebuah 2 jenis highway. satu mempunyai 2 lorong, dan satu lagi mempunyai 4 lorong. jika speed setiap kenderaan ialah sama, maka jumlah kenderaan yang boleh lalu pada satu-satu masa adalah lebih banyak di highway 4 lorong. jadi hignway 4 lorong itu adalah SATA.

bagaimana membaiki perkara ini kepada pengguna IDE?
pengguna SATA seharusnya tidak mempunyai masalah terhadap hibernate. kerana kelajuan bukan lagi penghalang. cuma jika RAM anda mempunyai perkara yang hendak dibuat. seperti anda hibernate ketika anda sedang menjalankan program seperti scanner antivirus, moviemaker ataupun Adobe (
) Photoshop () dan pelbagai program yang berat, perkara yang akan menjadi beban kepada RAM anda sekaligus menganggu prosess hibernate tersbut.

kepada pengguna IDE, begini caranya
  1. Start> run> taip devmgmt.msc
  2. enter dan seharusnya paparan seperti ini akan keluar (berbeza kepada setiap system)
  3. lihat pada bahagian "disk drive", bahagian ini akan menunjukka jumlah harddisk yang bersambung dengan sistem anda termasuk harddisk external. klik pada harddisk anda (jangan tekan pada harddisk external, kerana takut akan merosakan harddisk tersebut). ST91220822AS sebagai contoh untuk sistem saya. double klik pada harddisk tersebut
  4. sekiranya semua berjalan lancar, paparan ini akan keluar. dan pilih tab policies, dan tick pada bahagian "enable write caching on the disk". tekan butang ok dan siap.
  5. anda boleh mencuba hibernate menggunakan setting baru ini dan semoga hibernate anda menjadi lebih pantas.
  6. method ini telah dicuba di XP SP2
konklusi
  • tutorial ini diambil kembali daripada blog lama K, [klik untuk lihat] memang lain dari segi persembahan dan interface. itu blog yang K tubuhkan setahun dahulu. dan telah tiba masa untuk mengubah kembali menjad lebih baik.
  • semoga K dapat menjadikan blog ini lebih baik daripada blog yang dahulu
  • semoga dapat membuat satu sistem yang lebih baik untuk hibernate.

2 ulasan:

sukiminna berkata...

erm laptop sy kan lebih lambat jika restart berbanding hibernate..nape ek..hadui..tu la sy ske hibernate..cpt sket klu nk boot up

Syalily berkata...

tu biasa. kerana kalau kita restart bermakna,

kita bermula dari kosong.

tetapi hibernate, kita mula dari mana kita pause.

analoginya begini
kita nak masak nasik lemak. (fuh cakap pasal makanan)kita ada 2 cara.

1 cara kita mula dari awal. kita ambik buku resepi, kita tengok apa resepi, kita sedia bahan, banyak mana, termasuklah apa periuk nak guna, dan akhirnya siap nasik lemak

cara kedua, kita tak yang tengok buku resepi, ambik je semua, main capai je.. campak campak. siap nasik lemak.

analogi pertama : restart
analogi kedua : hibernate

harap dapat fahamkan anda
p/s thanks datang ke blog saya