Sabtu, 6 September 2008

Perkara Yang Terkurang Dalam Chrome

apa sebenarnya happen?
setiap benda tu ada yang bestnya, ada yang kurangnya. so kita masukkan yang best, kita edit yang tak best. hehe.. so ni antara yang K nak ada dalam Chrome final release nanti

bookmark management yang tersusun
ff terkenal dengan bookmark yang tersusun dan senang di manage. so, kerana simplnya Chrome, mereka terlupa dengan bahagian bookmark ni. jadi la benda yang simple sangat. macam browse-file-nak-install-ke-directori-mana je rupanya.

plug-in
ff ada satu kelemahan, lepas install mana-mana plug-in kene restart dulu browser. baru boleh guna plug-in tu. so, apa kata, Chrome boleh gunakan terus plug-in tanpa restart browser.

tanda amaran untuk tutup browser
ni memang pelik. tiba-tiba chrome tak ada benda ni. kenapa ek? sepatutnya benda ni memang kene ada. sebab kita tak tahu bila kita akan tertekan butang "x" tu. so, cegah lagi baik dari tensen kemudian hari.

full screen
alamak.. tahu la Chrome dan jimatkan 30px, tapi K suka guna browser guna full screen, boleh bagi tak? penting gak woo benda gitu.

theme dan customizeable
sebab theme asal sekarang adalah biru-putih. K nak warna hitam. sebab ff, opera memang K taruk theme hitam. so, nak jugak la Chrome ni hitam. hitam itu menawan.

popup blocker & ad block
pleeseeee... K bosan la nak tengok iklan merepek. so, apakata tiru benda yang baik dari ff, ada flash block, script block, adblock. 3 benda yang memang best untuk browse.

version linux
ada jugak minta untuk Mac, K mana guna Mac, so abaikan. wakkaka.. K nak try jugak laju mana Chrome dekat dalam linux, so cepat la buat ek

konklusi
harap la Google dapat taruk dalam Chrome semua benda atas ni

Tiada ulasan: