Jumaat, 26 Disember 2008

OS Status: Ubuntu 8.10

Pengenalan
sejak beberapa lama menggunakan Ubuntu didalam VMWare, akhirnya sudah tekad didalam hati untuk menukar daripada Windows XP kepada Ubuntu 8.10. mungkin bukanlah perkara mudah untuk menukar sistem pengoperasian (operation system - OS) yang sedia ada kepada sesuatu yang tidak pernah digunakan, lebih lebih lagi untuk membuat kerja. tetapi pertukaran K pada kali ini bukan hanya pertukaran membabi buta, segala keperluan difikirkan, daripada memainkan lagu dan video, kepada menggunakan aplikasi "word" sehinggalah menggunakan Photoshope atau seumpamanya di Ubuntu (kelak).

Mengapa Ubuntu
bukan untuk mengatakan diri ini sudahpun terlalu hebat menggunakan Windows tetapi lebih kepada pencarian pengalaman baru. K sudah biasa dengan Windows dan pengalaman selama itu telahpun sebati dengan jiwa K, apa salahnya kalau K melanjutkan pula kepada ilmu yang lebih asing daripada pengetahuan K, Linux. K memilih Ubuntu yang menggunakan Gnome interface sebagai OS kerana
1. K memang mengenali Ubuntu dahulu daripada Linux yang lain
2. K menggunakan lappy yang tiada graphic card dari 2 jenama; ATI (kini AMD) ataupun Nvidia. so Kubuntu yang menggunakan KDE interface K tolak tepi
3. K bukan seorang yang handal dalam syntax dalam masa sekejap; oleh itu Xubuntu Xfce interface K tolak tepi dahulu.
4. K sudah biasa dengan kernal Debian berbanding kernal Linux yang lain

Pengalaman Pertama
Install tiada sebarang masalah kerana K sudah pernah install didalam VMWare so tiada masalah yang K hadapi. K tiada Ubuntu 8.10 semasa install dilakukan tetapi hanya yang ada ditangan adalah Ubuntu 8.04, mungkin tiada masalah dengan itu kerana boleh diupgrade kemudian. :) so perkara pertama: [pemasangan terus ke harddisk secara total] - lulus.

Masalah Update
mungkin disini pengalaman bermula apabila K banyak nak buat, nak update ke Ubuntu 8.10, nak install
Ruby untuk jalankan Ruby On Rails (ROR) yang K tangguhkan. nak pasang Java, Java Development Kit (JDK) dan Java Runtime Enviroment (JRE) untuk kerja kampus dan macam-macam lagi. dan perkara pertama K buat, naik taraf dari 8.04 ke 8.10 dahulu :)
dan K mengalami proses naik taraf yang amat lambat, server terlalu perlahan untuk K tamatkan proses ini dengan pantas. K mengambil masa lebih 12 jam untuk melengkapkan proses ini.. dan selepas itu barulah K terbaca tentang "best server" di MelayUbuntu dengan tajuk: Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang Ubuntu. Owh.. my bad sebab tak tanya pada penulis blog tentang ini. satu pengalaman baru :)

selepas itu pasang Ruby, RubyGems dan ROR. selepas itu pasang JDK dan JRE. diteruskan dengan codec lagu dan video, dan kemudian Adobe Flash Player (AFP). itu yang K try gunakan menggunakan terminal dan amat menyeronokkan bagi K. :)
Untuk Firefox (FF) K tambahkan plugin yang biasa K guna, ScribeFire, Adblock Plus, NoScript, Feed Sidebar dan Fast Dial. dan owh.. lupa nak kata, Ubuntu 8.10 tidak mempunyai masalah dalam mencari driver hardware K kecuali wireless.. yang dapat dikesan dengan baik oleh sistem driver detector Ubuntu

Sekarang dan masa depan
K kini sudahpun dapat menggunakan Photoshop dengan menggunakan Wine dan selepas ini mahu cuba menggunakan Inkscape (kalau boleh) untuk tengok sama ada K boleh menggunakannya untuk mengantikan Photoshop :)

Sumber Berkait
MelayUbuntu - Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang Ubuntu
MelayUbuntu - Dari Windows ke Ubuntu: Part 1
MelayUbuntu - Dari Windows ke Ubuntu: Part 2


notis ringkas: K tengah cuba baru untuk posting.. supaya lebih link dan membawa lebih banyak manfaat untuk yang tidak faham perkataan yang K gunakan. sebarang kesulitan harap dimaafkan :)

Tiada ulasan: