Rabu, 31 Disember 2008

[Mozilla Labs] Prism: menukar aplikasi web ke aplikasi desktop


Pendahuluan
jika dilihat tahun lepas, Mozilla Labs telah mengeluarkan minat mereka dalam menjadikan aplikasi berasaskan web (web based application) kepada aplikasi berasaskan desktop (desktop based application) dengan menggunakan Prism.

Prism
Prism adalah satu aplikasi yang membenarkan pengguna menukarkan aplikasi web keluar daripada pelayar intenet (browser) den menjalankan terus daripada desktop mereka. seperti gamba rajah ini



sebenarnya projek ini sudah lama sejak 2007 tetapi kurang mendapat perhatian dan tidak nampak sebarang perubahan dan implikasinya kepada browser Mozilla iaitu Firefox.

Firefox diambang 2009
kini Prism menjadi perhatian sekali lagi. dan mungkin ini berlaku kerana Google dengan browsernya, Chrome yang mengadaptasi cara tersebut dan menggunakan gear untuk membuat perkara yang sama. mungkin sedikit terlewat bagi Mozilla kerana Chrome telah pun meminjam idea tersebut dan mengimplikasikan idea tersebut dan diterima.



Sumber
MozillaLabs - Prism
DownloadSquad - Firefox will eventually let users turn web apps into desktop apps

FirefoxFatcs - Firefox plans to turn web apps into desktop apps

Tiada ulasan: