Isnin, 29 Disember 2008

Snow Leopard Bergambar - Mac OSX (Update 1 - 29122008)



Pengenalan
Apple amat terkenal dengan Mac OSX yang cantik dan menarik dari segi penggunaan dan antaramukanya. jika dulu mereka menggunakan kodnama - Leopard, kini lebih panjang sedikit daripada nama asal iaitu, Snow Leopard. jika di fikirkan melalui nama adakah Mac OSX kali ini putih "temanya" kerana snow itu sendiri melambangkan putih. dan boleh juga dikatakan sebagai pembaharuan kepada Leopard yang bertemakan futuristik.

Yang baru
mereka ada mengatakan beberapa perkara baru didalam Snow Leopard, antaranya ialah;
1. safari yang lebih pantas enjin javascript nya, sebanyak 53% peningkatan yang sesuai untuk Web 2.0
2. QuickTime X yang baru
3. 16TB RAM (wow... banyak tu, sesuai untuk kerja multimedia yang bertaraf tinggi)


itu diantara pembaharuan yang dikatakan sebalik yang lebih penting iaitu berbagai-bilangan-teras (MultiCore) 64-Bit dan Microsoft Exchange Support yang dikatakan sebagai satu pembaharuan yang baru yang lebih menyenangkan pengguna iPhone.

berdasarkan gambar dibawah menunjukkan bahawa Mac OSX yang baru ini mampu mengesan program yang sesuai sama ada untuk 32-bit atau 64-bit


Kesimpulan
Snow Leopard dilihat sebagai satu sistem pengoperasian untuk Apple yang bersifat "One-Stop-Center". apakah ini benar? mari kita tunggu~ p/s: walaupun K tak menggunakan Mac OSX :)

Sumber
Gizmodo - More shots of OS X 10.6 Snow Leopard leak (some German required)
Gizmodo - Mac OS 10.6 Snow Leopard revealed: multi-core optimized, GPU lovin' OS upgrade due in one year
Apple - Mac OSX: Snow Leopard
SevenMac - Sinan: Snow Leopard
Engadget - Leaked Snow Leopard image potentially indicated a 32/64-bit divide

Tiada ulasan: