Isnin, 22 Disember 2008

Saman? Tak Payah La - RIAA [Siri 2]

Siri 2
post yang lepas, Saman? Tak Payah La - RIAA yang K keluarkan 19 desember tempoh hari menunjukkan bagaimana RIAA mahu menjadikan hubungan dengan ISP sebagai senjata terbaru mereka untuk memerangi cetak rompak yang beredar melalui P2P. disebabkan mereka mahu menjalankan proses itu maka terdapat beberapa persoalan yang berlaku.

diringkaskan daripada ArsTechnica - RIAA graduated response plan: Q&A with Carry Sherman

Persoalan
berdasarkan apa yang dikatakan oleh RIAA mengenai proses itu berlaku, bagaimana jika semua notis yang diberikan oleh pihak ISP itu TERmasuk kedalam spam folder (ketiga-tiga notis tersebut, ataupun notis terakhir). dan jika itu berlaku, pengguna adalah jatuh kedalam golongan yang tidak mengetahui perkara itu. bukannya orang yang mengetahui.

adakah ibubapa perlu mengambil tanggungjawab jika anak mereka yang melakukan perkara ini (download lagu menggunakan P2P secara illigel). dan adakah kejiranan perlu bertanggungjawab jika mereka membuka open wifi?

yang menarik perhatian K adalah soalan ini, apakah pengguna akan diberikan diskaun jika mereka diturunkan kelajuan internet mereka daripada 7Mb kepada 256k? soalan ini mengundang 2 perkara.
- bila Malaysia nak ada 7Mb speed connection? (termasuklah kenapa tak open tender HSBB sebab TMnet fail dalam bahagian strymx)
- ISP mana yang bersetuju dengan cadangan ini? contohnya? TMnet menggunakan agreement bahawa dalam tempoh setahun, pengguna tidak boleh downgrade mahupun berhenti menggunakan perkhidmatan. so kalau perkara ini berlaku? mana satu TMnet akan ambil? downgrade ataupun putuskan :)
maybe TMnet hanya aka mengambil tindakkan berikut, putuskan perkhidmatan 24jam dari tarikh notis. tapi kalau sejuta orang dikenakan tindakkan begitu, K rasa semua orang akan mencari ISP baru



Cary Sherman berkata tentang

adakah perkara ini hanya di USA? dan berapa lama dah perkara ini didalam rancangan
- tidak perkara ini kalau boleh nak seluruh dunia, emm setahun gak la rancangan ni

bila agaknya sistem ni nak jalan? ataupun dah jalan?
- belum lagi da

adakah kolej dan universiti pun terlibat gak?
- universiti dan kolej ada cara mereka sendiri, contohnya Stanford akan cas $100 untuk re-connect untuk notis pertama, $500 untuk notis kedua dan $1000 untuk notis ketiga. dan ada jugak yang akan kenakan pemotongan sementara seperti 24-jam dan kalau kali ketiga akan didakwa dalam akta universiti tersebut.
[K terfikir - adakah akan berlaku perubahan peraturan AUKU sekali lagi tentang perkara ini?]

apa akan terjadi kepada ISP yang tak mahu join perkara ni?
emm kita cuba bagi tahu diorang kenapa diorang kene join

Kesimpulan
RIAA sedang melakukan satu cara yang akan menjadikan satu anjakkan kepada semua P2P-ian. so kesimpulan K tetap sama, biar lambat asal selamat: Direct Download

Sumber
ArsTechnica - RIAA graduated response plan: Q&A with Carry Sherman

Tiada ulasan: