Rabu, 27 Mei 2009

E-Book: Penyelesaian Atau Satu Permulaan Masalah

Kemaskini_1: 27 Mei 2009

Yakin?
"Saya yakin murid akan menyukai teknik pembelajaran baru ini". Itu yang diperkatakan oleh tokoh guru 2009, Shahul Hamid Mydin Shah didalam akhbar Berita Harian 26 Mei 2009. K merasakan bukan hanya murid dan guru akan menyukai cara ini, tetapi ada pihak ketiga yang akan menyukai teknik pembelajaran baru ini. Yakinkan anda bahawa sistem pembelajaran menggantikan buku teks kepada sistem e-Book yang dimulakan oleh negeri Terengganu sebagai perintis boleh membawa kebaikkan atau ianya satu permulaan kepada masalah. Yakinkah anda?

Windows XP + UFD = Virus
K tidak dapat mengetahui spesifikasi sebenar e-Book yang digunakan oleh pelajar tahun lima di Terengganu tersebut. Tetapi daripada apa yang K lihat, sistem operasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut adalah Windows XP. Dan apa yang dicadangkan oleh Menteri Besarnya adalah buku teks akan didigitalkan dan dimasukkan kedalam bentuk UFD (USB Flash Drive) atau pendrive thumbdrive. Apabila kita berkata tentang seorang pelajar tahun lima, satu sistem komputer yang menggunakan Windows dan UFD. Secara mudahnya kita dapat mengagak apakah risiko terbesar yang akan dihadapi oleh mereka. Virus.

Bukan Pro-Linux, Anti-Windows
K tidak mahu dikatakan seorang yang fanatik terhadap Linux, tetapi secara asasnya sebaiknya mereka memberikan pelajar tersebut satu sistem operasi yang dapat mengurangkan risiko terkena serangan virus dan juga banyak lagi perkara. K lebih minat jika e-Book tersebut menggunakan sistem operasi Linux seperti mana yang di gunakan didalam projek Linux Laptop. Mungkin ada yang akan beranggapan, Linux ini sukar dan tidak sesuai untu digunakan kepada pelajar. Ternyata tanggapan itu adalah salah. Linux itu hanya sukar untuk mereka yang hanya berpaksikan kepada Windows dan tidak mahu keluar daripada kepompong Windows tersebut sama sekali. Tetapi untuk seorang pelajar tahun lima, tidak K rasakan terdapat kesukaran dalam menggunakan Linux. Terutamanya Linux Edubuntu. Yang sudah semestinya dibina untuk kegunaan pelajaran.

Jangka Pendek Dan Jangka Panjang
Masalah yang akan timbul jika penggunaan e-Book menggunakan Windows XP sebagai sistem operasi K boleh bahagikan kepada masalah jangka pendek dan jangka panjang.

Jangka pendek
  • Tamat sokongan. Windows XP telah pun ditamatkan sokongannya oleh Microsoft. Secara tidak langsung menjurus kepada masalah sekuriti dan eksploitasi.
  • Ancaman virus. Kemungkinan besarnya akan datang daripada UFD yang digunakan untuk menyimpan data buku teks. Seterusnya akan membawa masalah jangka panjang.
  • Anasir luar. Disebabkan menggunakan Windows XP dan mempunyai kemudahan USB. sekali gus K boleh mengatakan bahawa akan terdapat beberapa anasir luar yang akan tersimpan didalam e-Book tersebut. Oleh kerana dikongsi bersama orang lain didalam keluarga. Anda mungkin lebih faham. Contoh termudah, permainan.
Jangka panjang
  • Sistem makin perlahan. Perkara itu menjadi lumrah kepada pengguna Windows apabila semakin lama digunakan sistem akan menjadi semakin perlahan dan apabila XP tidak lagi mendapat sokongan daripada Microsoft, pengguna terpaksa menukar kepada Windows Vista atau 7. Wang diperlukan.
  • Tingkat naik sistem. Untuk melakukan penukaran sistem operasi, sistem perlu di tingkat naik untuk mengikuti spesifikasi yang diperlukan oleh sistem operasi tersebut. Untuk tingkat naik sistem. Wang diperlukan.
Linux Sebagai Sistem Operasi Terbaik
Mengapa K mengesyorkan penukaran sistem operasi Windows kepada sistem operasi Linux adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah ketika menggunakan Windows XP.
  • Jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh Ubuntu 8.04 LTS (Long Term Support) yang disokong oleh komuniti Ubuntu selama dua tahun untuk setiap e-Book.
  • Tiada virus. Secara teorinya Linux dikatakan tiada virus. Dan dengan itu banyak perkara yang boleh dijimatkan seperti pembelian antivirus dan perisian keselamatan.
  • Keselamatan tinggi. Kebaikkan yang paling baik didalam Linux adalah sekuriti daripada fail sistem diusik adalah baik. Termasuklah untuk membuat apa-apa pemasangan kedalam sistem. Oleh itu, anasir luar dapat dikurangkan.
  • Tidak perlahan. Linux selalunya tidak akan menjadi semakin perlahan walaupun telah digunakan dalam tempoh yang lama. Perkara ini telah diakui oleh kebanyakkan webmaster di dunia yang menyakini bahawa Linux lebih sesuai untuk dijadikan sistem operasi. Termasuk didalam server berbanding Windows.
  • Tingkat naik sistem. Kebanyakkan Linux adalah percuma. Dan seperti Ubuntu, mereka akan mengeluarkan versi yang baru setiap enam bulan. Dan segalanya percuma untuk penggunanya.
Kesimpulan
K tidak menyentuh adakah program e-Book ini akan berjalan atau tida dengan baik. Tetapi K mengharapkan supaya mereka yang terlibat melihat kembali apakah kebaikkan didalam penggunaan sistem operasi Linux berbanding Windows XP didalam e-Book. K kembalikan soalan diatas, yakinkah anda?

Info Tambahan
Seharusnya setiap UFD itu dipanggil sebagai thumbdrive dan bukannya pendrive yang ditulis didalam akhbar tersebut. Kerana pendrive itu adalah salah satu daripada jenama pengeluar UFD.

Rujukan
Datuk Ahmad, S. (2009) Iran tempah 300 e-Book untuk diuji mulai Jun. Berita Harian, Pelancaran e-Book. 26 Mei 2009.
Shahul Hamid, M. S. (2009) e-Book ubah tahap kehidupan rakyat. Berita Harian, Pelancaran e-Book. 26 Mei 2009.

11 ulasan:

~aMi~ H-S berkata...

student xdpt pendedahan linux cz cikgu2 komputer semua pro windows. gov pon bagi kursus full windows. studen kene cari alternative lain kalau nak tau pasal ubuntu. maybe kne buat road show kt sekolah.

TMUkmkd berkata...

taiko - maksud yang cuba disampaikan adalah, student semuda itu boleh menerima apa sahaja jenis OS, waima mac sekalipun. masalahnya kemungkinan kekangan daripada guru yang menyebabkan mereka tidak mahu menggunakan linux dalam e-Book tersebut. lalu menggunakan XP


kini K sedang melihat 6 bulan akan datang.. tetang keseluruhan projek ini. adakah mampu e-Book ini bertahan. Dan berapa banyak yang terkena anasir luar :)

MK berkata...

Setuju dengan K. Sementara usia mereka masih hijau ni la, patut dibiasakan dengan Linux. Baru la banyak benda yang boleh belajar. Bila dah pandai Linux, peralihan ke Windows mesti mudah sebab Windows ada di mana-mana.

Tapi kalau sebaliknya, perpindahan dari Windows ke Linux akan jadi leceh sebab.. faham2 je la - dah biasa dengan flow Windows, rujukan tak banyak etc etc.

TMUkmkd berkata...

MK - kadang kala. masalah utama bukan datang dari murid.. tapi pengajarnya. takut nanti banyak ditanya yang berada diluar bidang
kasihan guru tersebut ^_^

sliper_jepun berkata...

dier start kat skola 2 biler ek???
ari 2 aku g kat area u kiter der perasmian ebook menggantikan buku teks wat kat sultan mizan...
kalo nak wat camnih kesian gak kat dak2 yang xder pc...
konfem2 kalo nak print kat cc mahal...
lagi mahal dari nak beli buku teks...

TMUkmkd berkata...

slipa - mungkin ko salah paham neh.. eBook tu nama untuk netbook tu.. aku pun tak paham pesal nama dia eBook. buat keliru orang je dengan ebook (pdf). apa tak de nama lain ke.. paling kurang.. ebuku? kata martabat bahasa melayu o.O"

ops.. dah masuk politik lak.. ^_^

Tanpa Nama berkata...

promote linux nmpk? zzzz.. aku yg bertugas manage ebook pn takde kecoh sal virus...

TMUkmkd berkata...

marah ke? nama pun pendapat.

Tanpa Nama berkata...

install aje linux.

kalo student tanya; ni xp ke apa cekgu?
cekgu jawab la : ha'ah, tu windows 8.

(bzzts)

TMUkmkd berkata...

bzzts: boleh la taruk nama.. dalam part nama/url url tu ko taruk la mana2 pun.. cari ke..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.