Rabu, 17 September 2008

Hidden or Disable by Administrator

anda baru je bagi member pinjam lappy (laptop) anda kepada member, walaupun hati kata jangan..... tapi member~ kalau tak bagi.. nanti dia akan kata: "gini ke member". dia pulang balik, anda tengok... lambat la lappy aku.. tak pe aku tengok task manager dulu..
wallaaaaaaaa~ task manager (ctrl+alt+del) tak leh kuar... dia kata "has been disable by the administrator"

perghhhh hangin ni..... lepas tu tengok pulak folder option, ilang jugak~~ tak pe tak pe.. korang tahu macam mana nak guna registery editor (regedit)... korang bukak start/run
korang tekan je enter.... benda ni kluar


hummm korang pun kata la kat kawan korang tu, "mekasihhhhhh~~". dalam kebuntuan tu dan otak fikir nak format je.. tiba2 satu sinaran dikepala tiba-tiba muncul (mentol dekat atas kepala) kata orang, Google (
) is everything. emm tah macam mana korang boleh terpaut dengan nama blog aku ni dan korang pun masuk~~~

dan ini lah yang aku boleh bagi kat korang.

kenapa disable?
sebenarnya benda tu boleh jadi korang yang setting (dan korang lupa) ataupun memang script yang buat jadi gitu. apa yang dia buat? dia telah mengubahkan kebolehmasukkan (access) daripada boleh (able) kepada tidak (denied). ada banyak cara untuk elokkan perkara ini. dan aku akan tunjukkan benda yang paling tak challenging la orang kata. sebab aku tahu korang pun bukan hebat pun.. kalau tak, korang takkan bagi punya lappy kesayangan tu kat member (cadangan gurauan semata-mata).

so apa korang boleh buat?
emm pada pendapat aku la.. korang kene buang dulu virus tu.. sebab kalau tak, tak ada gunanya.. korang buat hari ni, esok masuk balik. buang masa. so, update antivirus kesayangan korang, scan. tu paling bagus. dan scan, baru la korang teruskan pembacaan dibawah

dah buat dah?
cepat gila...... takpe takpe.. emm korang dah buang virus tu (aku anggap la). dan skarang, korang just nak betulkan balik je apa jadah yang diubah tu. ok cara aku satu je kat sini.

GVR - Geek Virus Remover
haaaaa aku tahu korang bukan buang lagi pun virus tu... korang baca je apa aku tulis ni.. ok sekarang korang download GVR ni kat link [sini] dan lepas orang install tu, korang scan, buang apa patut.. ok? ops lupa.. ken update dulu av tu.. sebab av yang tak update macam ko ada ubat aids tapi ko tak guna/tak bagi orang lain guna. so tak de siapa dapat manfaatnya. ops lupa nak kata. bijak pandai yang buat GVR ni anak tempatan. support la barangan tempatan ya.

lebih lanjut disini -> adamasalahbarunakcari : GeekzVirusRemover v4.1



korang guna dia punya registry repair.. tool/registry repair dan try tengok.. dah ok ke tak? rasanya ok dah kan?

kalau ok..... apa lagi tepuk la tangan... korang dah berjaya baiki sendiri tu.. takyah format.. mahal lak tu format.

konklusi
so kalau korang rasa aku bagi ni tak cukup bagus. maksud aku cara aku tak challenging, sebab korang nak lagi thrill (orang muda sekarang..) korang masuk sini, jumpa buddy aku,
SukiPrattles - show hidden files and task manager disable,what to do?.

sebab kadang-kadang kita tak faham seseorang bagi ajaran, tapi orang lagi satu kita faham... so.. lawat la ke blog member aku tu ek.. supaya ilmu tu pelbagai dan dapat digunakan dalam banyak situasi. contohnya, masa tu korang tak ada net, dan kawan aku tu ada untuk buat dalam offline. aku ajar nya jenis online je.. sebab aku tak reti.. dia buat post tu baru aku tahu.. oooo macam ni pun boleh.. wakkakaka (teruk tol aku ni)

biar banyak caranya jangan banyak dalihnya

2 ulasan:

El berkata...

Salam,

Ini ada satu report "The Traffic Tips Report"

Klik link bawah ni:

http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840281

Download lah ye, kot kot boleh dapat membantu blog anda.

Lepas isi nama dan email tu, semak email awak, saya akan hantar 1 email dengan confirmation link. Click email tu untuk
confirm yang awal nak ebook ni. Lepas tu baru saya hantar link download ebook tu.

Sebagai bonus, Buat masa ni, penulis report tu tengah buat promotion. Awak boleh join affiliates dia, setiap orang yang download dari link awak, awak akan dapat $1 ke akaun paypal.

Tarik tutup promotion ni, 31 september. Jadi buat cepat sebelum terlambat.

Click sini untuk dapat kan ebook percuma itu:

http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840281

en_me berkata...

me buntu buntu .. gittewww