Sabtu, 7 Februari 2009

[Perkakasan] USB 3.0 v eSATA v Firewire

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 07022009

Perbincangan Lepas
Macbook, Firewire dan USB 3.0 *

Kepantasan adalah segala-galanya
Entri ini pernah dinyatakan dahulu tetapi bukan secara terus, hanya selingan didalam post berkaitan Macbook. Dengan langkah Apple memansuhkan Firewire yang membuktikan kesediaan Apple memasukkan USB 3.0 ke dalam produk mereka kerana kepantasan yang melebihi Firewire ini sekaligus membuktikan USB 3.0 bukan satu perkara yang boleh diambil ringan. Kerana pada zaman kini, kepantasan adalah segalanya.

USB 3.0: Satu evolusi
Anda tentunya sudah biasa mendengar perkataan "USB" lantaran luasnya penggunaan port USB diseluruh dunia internet. Dan jika dahulunya pengguna Apple boleh berbangga dengan kelajuan Firewire yang lebih laju daripada USB 2.0, kini dengan menghampiri hari ketibaan USB 3.0 pihak Apple sendiri telah memansuhkan penggunaan Firewire sebagai langkah pertama dalam menyediakan port untuk USB 3.0 yang lebih laju. USB 3.0 dibangunkan oleh beberapa syarikat gergasi di dunia iaitu Intel, Microsoft, HP, LSI, NEC dan ST-NXP Wireless dan kini melebihi 900 ahli diserata dunia.

USB 3.0: Kelajuan melebihi batasan
Selepas kelajuan Firewire tiba pula zaman eSATA yang diperkenalkan tetapi eSata hanya berguna kepada ruang storan yang menggunakan sistem Serial-ATA (SATA). Dan kerana kekangan itu eSATA kurang sesuai untuk penggunaan ruang lingkup yang besar. Tetapi kelebihan USB 3.0 adalah USB itu sendiri sudah terkenal dan tersebar luas penggunaannya. Kelajuan USB 3.0 secara teori adalah 5 Gbps (Gigabit per second - Gigabit per saat) atau 625 MBps (Megabytes per second - Megabyte per saat) dan jika dibandingkan dengan USB 2.0 yang hanya 480 Mbps amat berbeza daripada segi kehebatannya. Dari segi praktikalnya, USB 3.0 telah mencapai 75% kelajuan teori iaitu 3.5 Gbps yang bersamaan dengan 438 MBps. Kelajuan itu sudah menunjukkan bahawa USB 3.0 bukan satu kelajuan biasa. Jika mahu dibandingkan dengan eSATA, kelajuan eSATA dalam memindahkan data secara teori adalah 3 Gbps atau 300MBps. Walaupun nampaknya begitu bereza kelajuan teori dengan kelajuan sebenar itu kerana bagaimana sesuatu aplikasi pengurusan data tersebut menghantar data. Perbezaan yang mudah adalah perbezaan kelajuan penghantaran data didalam Windows XP, Windows Vista dan Linux Ubuntu sebagai contoh. Setiap sistem operasi ini mempunyai kelajuan yang berlainan, bergantung bagaimana aplikasi pengurusan data menguruskan penghantaran tersebut. Tetapi walaubagaimana dilakukan sekalipun, kelajuan maksimum tidak akan dapat dicapai.

USB 3.0: Pertengahan 2009
Jika mengikut perancangan awalnya, USB 3.0 akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2009 ini. Tetapi dengan melihatkan keadaan ekonomi sekarang K menjangkakan kelewatan akan berlaku, mungkin Q4 2009 atau Q1 2010 barulah USB 3.0 ini dilancarkan. Segalanya bergantung kepada permintaan dan stratergi yang betul. Secara mudah untuk menggambarkan kelajuan USB 3.0? anda mampu memindahkan fail sebesar 1 DVD (4.7 GB) dari satu gadget kepada storan anda dalam masa 10 saat. atau anda mampu memindahkan satu fail MP3 (5 MB) dalam masa 0.01 saat. menarik bukan, anda tentukan.

* Artikel ini adalah artikel lama, format penyampaian adalah berbeza

Sumber: usb.org, Wikipedia - Serial ATA, EETimes, CNETNewsCuttingEdge, ZDNetTechnology, Engadget

Technorati Tags: , , , ,

Tiada ulasan: