Sabtu, 28 Februari 2009

[Mesra Alam] Windows = pencemaran?

Tarikh Keluaran Artikel: 28022009

Merujuk artikel lepas
[Mesra Alam] Google dan kesan kepada alam sekitar

Windows baru != komputer lama
Mengapa kurang orang mahu menukar daripada XP kepada Vista? anda boleh keluarkan jawapan anda sendiri dan mungkin antara jawapan anda adalah, Vista memerlukan penaiktarafan sistem komputer. Jika dahulu sistem komputer anda dapat menjalankan sistem operasi Windows XP dengan lancar tetapi kini selepas datangnya Vista anda perlu membuat beberapa tingkat naik sistem anda agar tiada sebarang masalah semasa menggunakan Vista. Jika dahulu RAM sebanyak 512MB itu sudah mencukupi tetapi kini 1GB masih belum dapat menjalankan Vista dengan baik. Mengapa Windows dikatakan sebagai pencemaran, saranan saya teruskan pembacaan.

Windows baru == komputer baru
Mengapa mengatakan Windows merupakan satu sistem operasi yang menyebabkan pembaziran adalah kerana apabila satu sistem lama itu tidak lagi digunapakai maka sistem itu akan dibuang. Secara bersistem mahupun tidak. Dan jika teori ini diguna pakai dan ditambahkan lagi dengan Teori Moore maka sepuluh tahun dari sekarang. Akan terdapat satu sistem yang mempunyai kepantasan seperti superkomputer. Semata-mata mahu membuka satu sistem operasi Windows 2020 (misalnya) dan akan datang perlu menambahkan lagi perkakasan yang baru kerana sistem operasi akan datang lebih berat dan makin berat. Paling kurang pada masa itu, unit pemprosesan 16 teras dengan kelajuan 6GHz setiap satu, 100GB ram dan keatas, kad grafik 100GB dan keatas dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk menjalankan satu aplikasi, notepad.

Roadrunner
Untuk pengetahuan anda superkomputer disebelah (gambar) adalah superkomputer yang terpantas untuk masa kini, mempunyai kelajuan 1.7 Teraflop (Wikipedia, IBM Roadrunner) atau 1.105 Teraflop persaat (Top500, 2009) dan hanya mempunyai pencabar terdekat iaitu Jaguar dengan kemampuan 1.059 Teraflop (Top500, 2009). Dengan nama "roadrunner" dibina untuk kegunaan Kementerian Tenaga, Administrasi Keselamatan Nuklear Negara Amerika Syarikat. Menggunakan sistem operasi Red Hat Linux dan Fedora Linux. Mempunyai 6912 unit pemprosesan IBM Opteron 2210 yang mempunyai 13824 teras dan IBM PowerXCell 8i sebanyak 12960 atau 116640 teras (Wikipedia, IBM Roadrunner).

Kembali ke tajuk asal
Cukup untuk itu, dan kita tidak mahu tentunya menggunakan satu komputer yang berkapasiti besar semata-mata untuk menjalankan notepad. Walaupun mungkin tidak logik tetapi tetap ada peluang untuk perkara ini terjadi. Dan apa yang boleh dilakukan oleh pihak Microsoft, adalah mencari jalan untuk menjadikan sistem operasi Windows lebih rendah dari segi keperluan sistem yang mahu digunakan. Ambil pengajaran daripada Windows Vista dan pihak Microsoft sendiri mengatakan bahawa Windows 7 ini lebih rendah keperluan sistemnya. Benar atau tidak kita nantikan kepada versi penuh nanti. Seharusnya mereka perlu mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan oleh sistem operasi yang berasaskan Unix seperti Linux dan Apple Mac OSX yang mampu menjalankan sistem operasi dengan menggunakan sistem yang lama. Sebagai contoh, Linux yang memerlukan sekadar kelajuan unit pemprosesan kurang daripada 1GHz, RAM kurang daripada 512MB telah dapat menjalankan dengan baik. Secara tidak langsung mengurangkan pembuangan sistem komputer yang lama dan paling kurang tidak membebankan pengguna tatkala ekonomi dunia sedang diambang kemelesatan.

Kesimpulan
Bukan hanya Microsoft sahaja yang perlu mengambil berat tentang perkara ini tetapi juga kesemua sistem operasi termasuklah Linux dan Mac OSX, terlibat juga adalah sistem antivirus dan sekuriti yang semakin lama semakin tinggi keperluan sistem untuk menggunakannya dengan lebih lancar.

Glosari
Teraflop - FLOPS (FLoting Operation Per Second) adalah satu kayu ukur untuk pengiraan kepantasan sesebuah komputer dan sering digunakan untuk mengukur kepantasan superkomputer. (Wikipedia - Supercomputer)

Sumber
Jaguar Chases Roadrunner, but Can’t Grab Top Spot on Latest List of World’s TOP500 Supercomputers. 2009. Dikeluarkan pada 14 November 2008. Web site: www.top500.org
Supercomputer. Web site: en.wikipedia.org
IBM Roadruner. Web site: en.wikipedia.org

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nice dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Thank you for your information.