Rabu, 25 Februari 2009

[Seni] Majlis Asmaraloka Ketimuran

Tarikh Keluaran Artikel: 25022009

Pengenalan konsep
Majlis Asmaraloka Ketimuran: Makan Malam Kelab Comtech. K mendapat tugasan sebagai Ajk Publisiti dan Penerbitan dalam projek mini kali ini. Dibantu oleh Jie selaku AJK yang kedua. Tema asal makan malam ini adalah berkonsepkan ketimuran. Lantera Timur yang diterjemahkan oleh AJK projek ini adalah;

Disudut lain, Asmaraloka Ketimuran membawa maksud;
  • Asmaraloka - sebuah kata klasik lama, realiti
  • Ketimuran - merangkumi maksud Lantera Timur

Dengan itu maksud Majlis Asmaraloka Ketimuran itu membawa kepada satu maksud yang dapat ditafsirkan kedalam beberapa perkara yang lebih dalam. Salah satunya adalah agar pelajar tahun akhir yang diraikan pada kali ini mengingati segala apa yang mereka pelajari daripada pengalama mereka sepanjang pengajian mereka di UMT dan dapat digunakan sebagai penyuluh hidup mereka kelak di alam pekerjaan.

Kain Rentang
Warna asas: Biru. Warna biru adalah dijadikan sebagai warna asas untuk mana-mana projek untuk Kelab Comtech. Biru juga membawa maksud ketenangan jiwa dan luasnya pemikiran ahlinya seperti lautan.
Kain: Elemen "kain" digunakan disudut kiri untuk menunjukkan seorang pelajar yang dahulunya "kosong" dan "tidak mengenal hala tuju" akan keluar sebagai seorang yang mempunyai pendirian sendiri seperti yang ditunjukkan di sudut kanan, iaitu elemen "songket"
Songket: Menonjolkan tema asas, konsep ketimuran selanjar dengan tajuk majlis, Asmaraloka Ketimuran. Bersangkutan juga dengan elemen kiri iaitu "kain" yang telah mencapai kematangan dan mempunyai pendirian sendiri. Songket terkenal di Terengganu sebagai satu kain tenun yang bermutu tinggi dan mahal harganya. Itu juga yang mahu diterapkan dikalangan pelajar, iaitu mempunyai pendirian dan "nilai" yang bersanggakan ilmu yang mereka pelajari.

Notis bercetak
Notis bercetak ini pada asalnya adalah satu notis yang berwarna biru seperti warna kain rentang diatas dijadikan berwarna skala-kelabu (grayscale) untuk menjimatkan kos penerbitan. Masih memegang konsep yang sama seperti kain rentang, notis ini lebih menunjukkan Kelab Comtech mahukan sesuatu yang bersifat ketimuran kepada ahlinya.

Kad undangan
Kad undangan ini menerangkan secara ringkas infomasi majlis ini kepada tetamu seperti nama majlis, lokasi, tarikh dan masa. Dibawahnya terdapat satu keratan sebagai pengesahan kepada persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut. Konsep yang digunakan adalah ringkas dan padat.

Lembaran majlis
Masih tidak siap sepenuhnya untuk ditunjukkan kerana beberapa kekangan dan perkara yang masih tidak dapat diselesaikan dengan lengkap sebelum lembaran tersebut boleh dikeluarkan.

Kesimpulan
Secara sekeluruhan bagi hemat K sendiri, tema kali ini sesuai dengan tempat yang dipilih sebagai lokasi majlis iaitu di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Semoga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berpuas hati dengan idea yang diberikan oleh pihak AJK publisiti dan penerbitan. Sebarang cadangan penambahbaikan adalah diharapkan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Technorati Tags: , , , ,

Tiada ulasan: