Isnin, 16 Februari 2009

[Sumber Terbuka] Linux Varsiti & UMT

Ya Allah, berilah setitis ilmu daripada lautan ilmuMu
Tarkih Keluaran Artikel: 15022009
Linux Varsiti: Satu Pemikiran Cara Baru
Selepas program terdahulu, Ubuntu@IPT berjalan dengan baik di Kolej Shah Putra, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan Foss.My '08, kini mereka yang menjadi tulang belakang untuk program tersebut maju selangkah lagi kepada satu program yang lebih besar ruang lingkupnya. Bukan hanya memperkenalkan Ubuntu tetapi keseluruhan distribusi (distro) Linux seperti Fedora, OpenSuse, Novell dan Mandriva kepada golongan sasaran, pelajar IPT.

Linux Varsiti: Perkenal Sumber Terbuka
Ideologi sumber terbuka adalah satu ideologi yang menitikberatkan peranan komuniti dalam membentuk satu cara pembanggunan perisian yang berkuali tinggi sejajar dengan perinsip kejuruteraan perisian. Dan perkara yang lebih baik adalah, kebanyakkan perisian sumber terbuka ini adalah percuma. Ini juga yang dibawa oleh Linux Varsiti, memperkenalkan sistem operasi yang bertindak sebagai alternatif kepada sistem operasi Microsoft Windows yang selama ini mendominasi pemikiran kebanyakkan manusia sebagai satu-satunya sistem operasi yang terdapat didalam dunia. Didalam skop Institusi Pengajian Tinggi, Linux Varsiti dapat membuka mata pelajar khususnya didalam bidang Kejuruteraan Komputer yang dapat menggunakan sistem ini yang bersesuaian dengan kehendak industri sebenar. Secara dasarnya skop Linux Varsiti adalah;
  • Memberi pendedahan Linux dalam kehidupan seharian serta kegunaannya
  • Memberi tunjuk ajar dan membentuk komuniti Linux IPT
Paling tidak dapat menunjukkan kepada pelajar yang sering risau dengan perkara yang menggangu kehidupan mereka seperti ancaman virus dan bagaimana Linux dan sumber terbuka dapat mengurangkan kos penyelengaraan dan aplikasi komputer mereka secara tidak langsung.

Linux di UMT
Secara ringkasnya K sendiri berharap agar perkara ini dapat sampai ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana terdapat pertanyaan dan galakkan daripada pengguna Windows tentang Linux khususnya Ubuntu dan Fedora. K tidak dapat memastikan jumlah sebenar pengguna Linux didalam UMT kerana K hanya mensasarkan kepada pelajar Kejuruteraan Perisian khususnya tahun pengajian yang sama dengan K. Secara amnya terdapat dua "aliran" Linux yang dapat diketahui kewujudannya;
  • Ubuntu - menggunakan Ubuntu 8.10
  • Fedora - menggunakan Fedora 10 - yang "diketuai" oleh Megahacker
Walaupun terdapat beberapa kesukaran dalam menggunakan Linux untuk kali yang pertama, tetapi itu merupakan perkara biasa ketika menggunakan sistem operasi yang baru, seperti juga apabila Windows 98se bertukar kepada Windows XP, dan juga ketika Windows XP bertukar kepada Windows Vista. Akhirul kalam, alah bisa tegal biasa.

Linux Varsiti: Satu Harapan
Semoga projek ini menjadi satu projek jangka panjang kerana sistem sumber terbuka amat diharapkan didalam komuniti kini.

Artikel Asal: MelayUbuntu, UbuntuSeekers, JomLinux

Technorati Tags: , , ,

5 ulasan:

QEMA berkata...

aku xpaham part distribusi (distro) Linux..

SyaFia berkata...

emm ditribusi linux..

linux hanya ada satu kernal (base, tapak, punca, asas)

tapi lain distro, lain pengubahannya

macam debian, dia tak sama macam red hat dan lain2..
ada la yang dia ubah2 tu.. sebab? Linux suruh user pilih ikut kemahuan dia.. tak tertakluk kepada hanya satu jenis je..

mungkin payah untuk orang yang 1st time kenal linux.. mana satu nak pilih. kalau K, K pilih mana yang orang lain pilih. terutamanya yang banyak komuniti.. yang K suggest.. ubuntu (based on debian) atau fedora (based on red hat)... sebab dua ni banyak komuniti. boleh bantu kalau ada masalah.

QEMA berkata...

huhu..mcm da buleh paham sikit bila sebut kernal tu..wuwu..debian tu ape plak??

SyaFia berkata...

ok macam ni.. linux bermula dengan beberapa jenis..

contohnya.. Debian, Slackware dan Red Hat

kalau rajin.tengok dalam wikimedia http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8c/Gldt.svg

emm linux tu adalah satu pokok..

debian, slackware dan red hat adalah cabang besar..

dan ubuntu berada didalam cabang debian..

Megat136 berkata...

Banyak betul cabang ye... Berapa banyak cabang da... Yang penting Slackware adalah linux distro yg pertama...openSUSE diterbitkan daripada Slackware...