Ahad, 22 Mac 2009

[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 1

Tarikh Keluaran Artikel: 21 Mac 2009

Kata pendahulu
Oleh kerana dibebani oleh tugasan subjek "Pengaturcaraan Berorentasikan Objek" yang memerlukan membina sistem yang berteraskan JSP. K tiada penulisan pada hari ini. Walaupun terdapat beberapa tambah baik yang perlu dilakukan seperti pertandingan Pwn2Own untuk hari kedua. Tetapi semua itu boleh diabaikan dahulu kerana perkara terpenting adalah kerja yang perlu dilakukan dan dihantar. Oleh itu penulisan kali ini hanya berkisar tentang pendapat K sahaja. Tiada kaitan dengan PPSMI mahupun GAP.

Burn == Bakar !?
Memasukkan data kedalam mana-mana cakera padat (CD) akan dinamakan "burn" didalam bahasa Inggeris tetapi tiada satu perkataan yang khusus yang diletakkan didalam bahasa melayu untuk terma tersebut. berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan Atas Talian, maksud "burn" tiada satu pun yag dapat dinisbahkan kepada memasukka data ke dalam cakera padat. Punca perkataan burn itu sendiri adalah kerana cakera padat tersebut akan di "bakar" menggunakan laser didalam pemacu cakera padat atau pem-"bakar" cakera padat. Bunyinya seakan satu ketuhar untuk membuat roti jika diterjemahkan secara langsung. Bukan itu sahaja, bahkan telah disemak menggunakan Kamus Komputer Atas Talian, perkataan tersebut hanya dapat dinisbahkan kepada barangan dan perkakasan komputer yang rosak kerana terbakar. Oleh itu perkataan yang paling sesuai untuk "burn" adalah "bakar". Seperti mana yang digunakan oleh komuniti Ubuntu Malaysia didalam Ubuntu Wiki sebagai daftar kata mereka.

Bluetooth == ??
Terdapat beberapa masalah didalam penggunaan bahasa Malaysia didalam bidang perkomputeran sehingga pelajar merasakan sukarnya menggunakan bahasa Malaysia. Bluetooth, perlu atau tidak dijadikan didalam bahasa Malaysia iaitu gigi-biru. Oleh kerana itu terdapat beberapa lawak (lucah) yang berkaitan dengan penukaran bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia seperti "joy-stick" kepada kayu-ria/batang-ria/batang-gembira. Atau contoh lain yag diperkatakan oleh Xx69DiN69xX, plug and play - cucuk dan main. Hanya satu cara mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini dengan imiginasi pembaca yang terlalu tinggi yang tidak menjejak bumi. Bina perkataan baru. Bina istilah baru.

Bersambung di masa akan datang (yang tidak diketahui saatnya)....

4 ulasan:

Pradeesh berkata...

Ha Ha Ha

Bluetooth , x kan nak letak gigi biru kot. Seperti saudara kate , kalau ia dijadikan dalam bahasa melayu , maksudnya akan lari

Saya harap pihak DBP akan dpt mencari jalan atau mencari perkataan baru bagi menggantikan Bluetooth ni dlm bahasa melayu !

Sama2 lah kite martabatkan BM !

Oh yer , harap maaf yer kalau ader ejaan yg x betul ker ape2

SyaFia berkata...

pradeesh - tak pe.. asal K leh paham, pembaca boleh paham

Pradeesh berkata...

kalau cam tu baik gua guna BM yg kite cakap tu. Ingatkan kena formal ni

ceh , asal aku spam kat sini ni...

Oh yer ,spam dalam BM aper yer ?

SyaFia berkata...

spam tu spam kot..

haha.. tak pe.. anda selalu diraikan :)