Tarikh Keluaran Artikel: 19 Mac 2009
SSD satu evolusi
Semalam telah K ceritakan bagaimana evolusi daripada kad tebuk ke SSD berlaku. Hari ini K meneruskan evolusi tersebut dengan fokus kepada perbezaan antara pemacu cakera keras (HDD) dan SSD.
Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan SSD? Diterjemahkan kepada "pemacu keadaan pegun" atau "solid state drive". Diasaskan daripada kad kilat (flash card) yang digunakan didalam UFD[1] yang telah diimplementasikan didalam satu pakej menjadi sebuah ruang storan yang berkapasiti tinggi. Mempunyai bentuk seperti 2.5" HDD bersamaan dengan saiz HDD untuk kegunaan komputer riba, tetapi mempunyai beberapa kelebihan daripada HDD yang menyebabkannya mungkin akan menguasai ruang storan sedikit masa lagi dalam sistem komputer riba hujung tinggi (high end). Antara jenama yang menjadi pelopor dalam bidang SSD adalah Samsung. MacBook Air menggunakan Samsung sebagai SSD mereka dengan ruang storan 80GB.
SSD vs HDD
Terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan untuk menguji perbezaan antara kedua-dua jenis ruangan storan ini. Antaranya adalah:
SSD datang ke pasaran ruangan storan sebagai satu alternatif kepada sistem HDD yang kian ditelan oleh kebanjiran UFD di pasaran. Tetapi jika berkata dalam soal mampu atau tidak SSD menyaingi HDD dalam tempoh masa terdekat ini, jawapannya masih belum tentu. Walau apapun mereka, mereka tetap berkongsi satu persamaan, mereka adalah ruangan storan data.
Glosari
[1] UFD - USB Flash Drive, pemacu kilat USB
Rujukan
Schmid P. & Ross, A. (2008) Dikeluarkan pada: 18 Ogos 2008. 14-Way SSD Hard Drive Roundup : Flash SSDs Compared. Laman sesawang: www.tomshardware.com
Waldock, L. (2008) Dikeluarkan pada: 8 September 2008. WD VelociRaptor 300GB HDD vs SSD. Laman sesawang: www.reghardware.co.uk
Wang, W. W. S. & Peralta, J. D. War of the Disks: Hard Disk Drives vs. Flash Solid State Disks. Laman sesawang: www.storagesearch.com

- Berat - Mungkin ini tidak menjadi aspek penting tetapi dengan meningkatnya sistem komputer riba yang lebih mudah alih, perkara ini menjadi asas kepada perbezaan antara SSD dan HDD.
- Prestasi_1 - Prestasi diukur dengan sejauh mana ruang storan tersebut memberi kesan kepada kepantasan komputer. Cara yang paling mudah ialah mengukur masa untuk satu sistem itu dihidupkan.
- Gegaran - Dalam dunia mobiliti, ketahanan sesuatu peralatan dengan gegaran adalah mustahak kerana jika tidak data mungkin akan rosak. Dalam ujian yang dilakukan, HDD dan SSD akan diletakkan diatas mesin gegaran yang akan bergetar secara menaik daripada 0Hz kepada 1000Hz.
- Ruang storan - Ruangan storan amat mustahak kini. adakah SSD mempunyai ruang storan yang besar berbanding HDD.
- Harga - Apa yang penting dalam sesuatu peralatan ialah harganya. Jika hebat mana pun peralatan tersebut tetapi harganya tidak mampu dibeli oleh ramai orang maka pengguna sasarannya akan semakin kecil.
- Berat - dalam segi berat, SSD lebih ringan daripada HDD kerana HDD mempunyai sistem mekanikal didalamnya untuk memutarkan cakera dan untuk membaca dan menulis data. Dan SSD hanya mempunyai beberapa cip cip memori untuk menyimpan data seperti satu UFD yang besar. Oleh itu jika anda memetingkan berat komputer riba anda, SSD adalah satu piihan terbaik. K sendiri beranggapan berat bukan satu perkara mustahak kerana perbezaan berat hanyalah beberapa gram.
- Prestasi - Ini merupakan perkara mustahak yang perlu diambil berat kerana anda semestinya tidak mahukan prestasi komputer anda direndahkan kerana ruang storan anda yang perlahan (Wang & Peralts). Jika itu yang anda mahukan, SSD adalah pilihan terbaik (Waldock, 2008). Jika mahu menukar ruang storan K kepada yang lebih besar (kini HDD K adalah 160GB) K akan memilih SSD.
- Gegaran - secara logik dan fizikalnya K sudah boleh meneka siapa yang akan berjaya mengharungi ujian ini, kerana HDD mempunyai sistem mekanikal yang kompleks dan perkara ini menyebabkan jika berlaku gegaran yang terlampau kuat, sistem HDD akan mengeluarkan ralat. Berbeza dengan SSD yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan mekanikal, gegaran bukanlah satu perkara yang mustahak baginya. Oleh itu SSD adalah pilihan terbaik buat anda yang berlari sambil menggunakan komputer atau pun menggunakan komputer diatas seekor kuda mahupun unta.
- Ruang storan - Pada masa kini, saat artikel ini ditulis masih tiada lagi SSD yang bersaiz 1T tetapi dijangkakan pada pada April ini satu SSD bersaiz 640GB akan dikeluarkan dan menjangkau kepada 1.28TB pada pertengahan tahun ini (Barker, 2009). Bagi ada yang mahukan ruang storan yang besar untuk memuat turun pelbagai jenis barangan walaupun ianya tida dibenarkan (ehemm), pilihan terbaik adalah HDD.
- Harga - Secara logik akalnya. HDD sudah pasti memenangi bahagian ini kerana harga SSD bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kerana ianya masih baru (Schmid & Ross, 2008). Seperti juga di masa awal kemunculan UFD dahulu. Tetapi harga akan berkurangan mengikut masa dan permintaan, buat masa kini, SSD adalah satu pilihan yang kurang bijak jika anda berkira dalam soal duit.
SSD datang ke pasaran ruangan storan sebagai satu alternatif kepada sistem HDD yang kian ditelan oleh kebanjiran UFD di pasaran. Tetapi jika berkata dalam soal mampu atau tidak SSD menyaingi HDD dalam tempoh masa terdekat ini, jawapannya masih belum tentu. Walau apapun mereka, mereka tetap berkongsi satu persamaan, mereka adalah ruangan storan data.
Glosari
[1] UFD - USB Flash Drive, pemacu kilat USB
Rujukan
Schmid P. & Ross, A. (2008) Dikeluarkan pada: 18 Ogos 2008. 14-Way SSD Hard Drive Roundup : Flash SSDs Compared. Laman sesawang: www.tomshardware.com
Waldock, L. (2008) Dikeluarkan pada: 8 September 2008. WD VelociRaptor 300GB HDD vs SSD. Laman sesawang: www.reghardware.co.uk
Wang, W. W. S. & Peralta, J. D. War of the Disks: Hard Disk Drives vs. Flash Solid State Disks. Laman sesawang: www.storagesearch.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan