Ahad, 8 Mac 2009

[Berita & Aplikasi] Peperangan Teramat: Peperangan Browser. Siri 3

Tarikh Keluaran Artikel: 032009

Peperangan Teramat Terdahulu
[Berita & Aplikasi] Peperangan Teramat: Peperangan Browser. Siri 2

Notis
Oleh kerana demam F1 makin memuncak maka itu artikel ini akan menggunakan konsep kereta lumba dan pasukan, selamat membaca dan "when you use your IMAGINATION you can do anything!" kata spongebob.

Firefox 3.1 3.5
Secara tiba-tiba Pasukan dibawah Mozila ini mengumumkan bahawa jentera baru mereka tidak akan dinamakan sebagai 3.1 tetapi terus kepada 3.5 (Scott M. Fulton, III., 2009). Adakah kerana tekanan yang diterima oleh mereka daripada beberapa Pasukan "underdog" termasuklah Opera dan Safari yang mengatakan bahawa jentera terbaru mereka lebih pantas daripada jentera Firefox 3.0. Mungkinkah jentera Firefox 3.5 nanti akan membuat kejutan daripada segi kemampuan dalam menyaingi jentera lain yang lebih laju dengan penambahan enjin Tracemonkey. Disebalik berita gembira itu terdapat beberapa masalah dengan jentera Firefox 3.0 yang menyebabkan Pasukan Firefox terpaksa mengeluarkan versi yang baru iaitu 3.0.7 daripada 3.0.6. Mungkin untuk persediaan kepada ujian terbesar mereka iaitu "Endurance" Pwn2Own yang akan bersaing bersama IE8, Safari dan Opera. Google Chrome tidak dapat dipastikan sama ada akan menyertainya atau tidak.


Gambar ihsan: www.thetechherald.com

Pwn2Own : Satu Endurance mencabar
Untuk yang pertama kali mengetahui tentang perkara ini, Pwn2Own adalah satu endurance yang mencabar dalam bidang sekuriti dan keselamatan. Pada tahun lepas persaingan antara sistem operasi dalam menentukan sistem operasi mana yang paling kuat bertahan daripada digodam (idea asal adalah jentera mana yang mampu bertahan untuk 3 hari) selama 3 hari. Dan keputusan tahun lepas berpihak kepada Linux yang diwakili oleh Ubuntu 7.10 dengan bertahan selama tiga hari tanpa dapat digodam. Vista SP1 di tempat kedua dengan bertahan sehingga hari terakhir sebelum dapat digodam. Paling ironis adalah Mac OSX yang mengalami masalah sehingga dapat digodam dalam masa hanya beberapa minit (2 minit).

Tahun ini menunjukkan terdapat dua kategori dalam Pwn2Own, iaitu Browser (IE, Safari, Opera, Firefox) dan sistem operasi Mobil (Android, iPhone, Symbian, Windows Mobile, RIM) (CanSecWest, 2009). Charlie Miller, pemenang yang menggodam Mac Book Air dalam masa 2 minit mengatakan bahawa tekaannya untuk keputusan pada kali ini adalah, Safari akan digodam oleh 4 orang yang berlainan. IE dan Firefox akan berjaya mengharungi ujian ini. jika Google Chrome memasuki pertandingan itu, tekaannya adalah, Chrome akan berjaya seperti IE dan Firefox. Itu hanya sekadar pendapat. Pendapat seorang pemenang. Tetapi hanya masa akan menentukan siapakah yang akan berjaya mengharungi endurance yang penuh mencabar tersebut.

Rujukan
(2009) Dikeluarkan pada 12 Januari 2009. Pwn2Own and Agenda. Web site: cansecwest.com
Scott M. Fulton, III. (2009) Dikeluarkan pada 5 Mac 2009. So much for 'Firefox 3.1:' Mozilla gives its next browser an early promotion to 3.5. Web site: www.betanews.com

Tiada ulasan: