Jumaat, 20 Mac 2009

[Berita & Aplikasi] Peperangan Pelayar Internet. Sesi 5

Tarikh Keluaran Artikel: 20 Mac 2009

Sinopsis Sesi 5
Google Chrome 2.0 Beta terbaru.
IE 8 Dikeluarkan
Pwn2Own: sekuriti pelayar interent


Google Chrome 2.0 Beta terbaru
Seolah olah membunyikan semboyan perang kepada semua pelayar internet lain (Rakowski, 2009), mereka kini sedang menyiapkan dan menyempurnakan sistem enjin V8 mereka agar dapat berlayar dengan lebih pantas didalam peperangan ini (Albanesius, 2009). Dengan megah mereka mengeluarkan statistik terbaru enjin pelayar mereka. Dengan kelajuan 25% lebih pantas daripada beta yang lepas, sekaligus menunjukkan bahawa mereka akan berusaha habis habisan dalam peperangan ini. Peperangan ini juga membawa satu lembaran baru kepada Google dan satu impak secara tidak langsung kepada semua pelayar lain terutamanya kepada Mozilla. Beberapa kebolehan lain juga ditunjukkan kepada umum. Dibantu dengan versi terbaru Webkit, yang membolehkan kebolehan terbaru itu diimplimentasikan dengan baik oleh mereka. Dan berita terbaik yang boleh dikatakan ialah kedatangan Chrome 2.0 nanti kepada sistem operasi Mac dan Linux secara rasmi. Sekaligus meningkatkan persaingan antara Mozilla dan Safari didalam kedua-dua sistem operasi tersebut. Dan bencana kepada IE yang tidak akan mampu menembusi kedalam dua-dua sistem operasi tersebut. Statistik terbaru oleh NetApplication (18 Mac 2009), Chrome sedang memegang 1.15% jajahan didalam peperangan ini dibelakang IE (67.44%), Fifefox (21.77%) Safari (8.02%). Meninggalkan Netscape (0.66%), Opera (0.71%) dan lain-lain (0.23%).

IE8: Dikeluarkan
IE8 dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Microsoft pada hari ini. Setelah setahun IE8 beta dikeluarkan. Akan dikeluarkan pada 19 Mac 2009, 12 Tengahari waktu pasifik. Atau 20 Mac 2009, 3 pagi waktu Malaysia. PAda saat artikel ini dikeluarkan, seharusnya pihak Microsoft telah pun menukarkan hiper-rangkai daripada IE 8 RC1 kepada IE8. Percuma untuk semua pengguna Windows yang mempunyai lesen yang sah. Antara kemampuan IE8 yang diperkatakan oleh pihak Microsoft adalah:
  • Pemecut - yang membolehkan sistem berasaskan web di gunakan dengan hanya beberapa ketik daripada tetikus.
  • Lapisan web - menjadikan beberapa web akan lebih mudah digunakan
  • Petak carian - pebaharuan yang dilakukan akan membolehkan pengguna menikmati carian yang lebih berkesan.
Setakat ini, tiada komen yang mampu K berikan kerana K bukan seorang pengguna IE.

Pwn2Own
Ketahanan tembok empat pelayar internet diuji didalam pertandingan ini iaitu IE8, Firefox, Safari dan Chrome. Akhirnya Chrome ditewaskan dengan pantas. Hanya dalam beberapa saat dan Setelah itu IE dan Firefox menjadi mangsa. Adakah ini menunjukkan bahawa didalam kesibukkan peperangan, mereka terlupa perkara yang paling utama iaitu keselamatan. Kerana itu K berharap semua pelayar dapat berfikir dan berbincang tentang ketahanan tembok mereka.

Rujukan
Albanesius, C. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. Google's New Chrome Beta: 'Twice as Fast'. Laman sesawang: www.pcmag.com
Brad, L. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Internet Explorer 8 coming today. Laman sesawang: www.downloadsquad.com
Purdy, K. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. Get a Pre-Built Chromium Browser in Ubuntu. Laman sesawang: lifehacker.com
Rakowski, B. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. A shiny new beta for Google Chrome. Laman sesawang: googleblog.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua masih setia bersama musang berapi hehe

bro, beli satu domain lah untk blog nih..makin lama makin menarik :p

Syalily berkata...

emm nak beli boleh.. tapi tu la.. tak cukup masa nanti nak jaga.. :)

hari ni pun tak de entry sebab

1. assgment tak siap lagi
2. tak de rasa nak tulis :)

Tanpa Nama berkata...

i still love musang berapi even ie8 dah kuar, pelbagai browser internet.


bro, beli je domain. xyah beli hosting.

Syalily berkata...

Muyyaq - apa beza antara dua tu ek? K tahu dia berbeza tapi tak tahu macam mana benda tu diuruskan.. adalah diuruskan oleh dua orang (syarikat) yang berbeza? atau orang (syarikat) yang sama?

contoh domain provider?

muyyaQ™ berkata...

erm camne yek. global domain diuruskan oleh icann, hosting ni sape2 pon leh. camni lah..

jika K nak beli hosting n domain, K kena fikir masak2.. tak semua hosting secure and satu lagi K kena pk, betapa payah nye (jika malas) nk pindah data.. dari adamasalahbarunakcari.blogspot.com ke hosting baru

jika beli domain je, K just pegi kat setting blog, n cari custom domain. erm

lau K nak beli domain. just contact me kat ym
muyyaq86

Syalily berkata...

ok muyyaq.. nanti K ym... sekarang ni tak kot... tak terbuka luas lagi

Syalily berkata...

muyyaq.. K rasa K nak beli domain la :)