Khamis, 9 April 2009

[Berita, Sekuriti] Amerika Sudah, Malaysia Bila Lagi?

Tarikh Keluaran Artikel: 09 April 2009

Bila Lagi?
Apa yang cuba diperkatakan oleh K? Bukan pasal politik, kerana blog K sememangnya bebas daripada unsur politik sama sekali. Tetapi laporan terkini yang dinyatakan oleh Wall Street Journal yang mengeluarkan kenyataan berhubung pencerobohan sistem grid elektrik Amerika oleh pengintip daripada luar negara. Kita bila lagi?

Bukan Berita Biasa (BBB)

Mungkin bukan hanya satu negara, tetapi lebih. Suspek utama China & Russia (Siobhan, 2009). Apa akan jadi jika grid tersebut dikawal? Mudah sahaja, anda mungkin tidak dapat membaca blog K lagi, mahupun blog yang lebih popular seperti KNizam ataupun blog jauh lebih popular daripada K. Kerana jika dipadamkan suis utama, seluruh Malaysia akan menyambut Earth Hour sekali lagi tanpa notis mahupun iklan. Bergelap. Mungkin lebih daripada 60 minit yang dicadangkan oleh WWF.

Bagaimana Boleh?

Mengapa tidak, sistem grid Amerika tersebut ditinggalkan dengan satu software yang ditanam yang membolehkan pengintip membuat kawalan/gangguan terhadap sistem tersebut (Martin, 2009). Paling tidak dapat membuatkan sistem grid tersebut terputus/diputuskan bekalan daripada punca. Kerugian amatlah besar kepada negara. Paling tidak ambilah sedikit pengajaran daripada apa yang berlaku kepada Estonia, walaupun sudut yang berbeza konsepnya adalah sama. Melumpuhkan negara menggunakan komputer.

Persoalan Paling Besar

Malaysia ada atau tidak grid seperti ini? Jika ada, bersiaplah jika tiada.... Maka itu tiada peluang untuk K dapat tahu tentang pengintip daripada Singapura, Indonesia mahupun Filipina masuk ke sini. Owh, mungkin Streamyx ada grid seperti ini. Boleh juga. Amerika sudah, Malaysia bila lagi?

Rujukan
Martin, L. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. Report: Spies hacked into U.S. electricity grid. Hiper-rangkai: news.cnet.com
Siobhan G. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. Electricity Grid in U.S. Penetrated By Spies. Hiper-rangkai: online.wsj.com

Tiada ulasan: