Sabtu, 18 April 2009

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

NaikTaraf_1: 18 April 2009

Spam
Siapa yang minat spam? K tidak berkata tentang Spam - daging dalam tin (gambar). Tetapi spam yang kebanyakkan yang kita ketahui, yang dianggap sampah didalam ruang storan emel kita. Kadang kala ada orang yang mengatakan mereka sebagai Putera Nigiria. Kadang kala mahu mengatakan bahawa kita mendapat sejumlah wang. Tidak kurang juga yang menggunakan spam untuk menyebarkan virus dan pelbagai aplikasi merbahaya. Tetapi lebih buruk lagi, kesan Spam tidak hanya kepada manusia tetapi kepada bumi.

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

Jika dahulu K pernah sekali menulis tentang Google dan kesan rumah hijau yang dilaporkan oleh The Times London mengatakan bahawa dua carian menggunakan enjin carian Google adalah sama dengan anda memasak air menggunakan cerek. Walaupun laporan tersebut telah dinafikan oleh orang yang dikatakan membuat penyelidikan tentang perkara ini, (rujuk artikel lepas) tetapi yang mahu ditekankan disini adalah spam adalah kesan spam dalam konteks  kesan rumah hijau. Laporan ini dikeluarkan oleh McAfee dan ICF International. Didalam laporan tersebut mengatakan bahawa kesan spam dalam konteks rumah hijau adalah lebih teruk daripada 2.3 juta buah kereta. Kesan ini dikira daripada jumlah penggunaan tenaga yang disebabkan emel spam. Daripada laporan tersebut, jumlah tenaga elektrik yang terguna disebabkan spam adalah 33 bilion kilowatt jam setahun (McAfee, 2009) yang bersamaan dengan 17 juta tan CO2 (BBC, 2009). Dan setiap tenaga tersebut pula dapat dikira dalam bentuk "berat"
karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan. Begitu hebat impak yang dihasilkan oleh spam keatas persekitaran alam sekitar. Lebih teruk kajian ini menunjukkan 80% daripada tenaga yang digunakan adalah datangnya daripada pengguna itu sendiri dimana semasa mereka membuang spam itu daripada ruang storan emel mereka.


flickr: theWHIR

Spam Dan McColo
Pada akhir tahun 2008 memperlihatkan server McColo yang dikatakan adalah penyumbang terbesar spam di seluruh dunia ditutup. Dan serentak dengan itu jumlah spam yang dicatatkan adalah berkurangan sebanyak 75% (David, 2009). Kini spam kembali meningkat kembali. Sama seperti sebelum kejatuhan McColo (Brian, 2009). Dan taktik yang terbaru seperti menghantar spam dalam bentuk yang berlainan daripada dahulu dan menggunakan pelbagai jenis server yang berlainan nama menyebabkan spam semakin sukar untuk ditangkis.

Spam Dan Anda
Untuk ada yang sering dilanda spam, cadangan K adalah;
  • Buat satu emel hanya untuk peribadi, dan asingkan kegunaan peribadi dan kegunaan untuk daftar mendaftar di internet.
  • Elakkan dari membuka emel yang bukan untuk peribadi tersebut dan biarkan mereka membuat spam didalam emel tersebut.
  • Dan anda sekali gus dapat mengelakkan spam di emel peribadi dan juga dapat mengurangkan kesan spam untuk alam sekitar.
  • Jangan suka menghantar sesuatu yang anda dapat didalam emel kepada rakan anda (foward). Lebih-lebih lagi yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya.
  • Gunakan sistem filter sebaik mungkin dan tandakan emel yang menggangu anda sebagai spam. Kecuali tertera didalam perjanjian anda semasa pendaftaran.
Mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik, anda boleh kongsi di ruangan komen dibawa. Bersama kita melawan spam.

Rujukan
Brian, P. (2009) Dikeluarkan pada 31 Mac 2009. Google Says Spammers Rallying from McColo Shutdown. Hiper-rangkai: www.eweek.com
BBC (2009) Dikeluarkan pada 16 April 2009. Spam 'produces 17m tons of CO2'. Hiper-rangkai: news.bbc.co.uk
David, H. (2009) Dikeluarkan pada 14 November 2009. McColo Shut Down Halts 75% of Spam. Hiper-rangkai: www.thewhir.com
McAfee (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. McAfee, Inc. Research Reveals the Environmental Impact of Spam. Hiper-rangkai: newsroom.mcafee.com

19 ulasan:

hady berkata...

bila dah baca artikel ni aku masih tak paham lagi tapi aku memang benci spam nih.. nanti aku baca lagi :)

TMUkmkd berkata...

hady - tak paham ek? nanti K baiki sikit bagi lebih mudah faham :D

hady berkata...

ok. yang buat aku tak faham berkenaan Spam Dan Kesan Rumah Hijau. betul ke fakta tu

TMUkmkd berkata...

spam dan kesan rumah hijau?

setiap saat kita buka komputer menggunakan tenaga betul?
setiap saat kita buat kerja di komputer menggunakan tenaga betul?
setiap email yang kita baca adalah tenaga
setiap email spam yang kita baca adalah tenaga
setiap email spam yang kita delete juga adalah tenaga.

yang hendak dikatakan daripada kajian ini adalah, spam menyebabkan pembaziran tenaga. dan setiap penggunaan tenaga itu dapat kita tafsirkan kedalam bentuk karbon.

mungkin artikel kali ini agak mengelirukan kerana sukar untuk K membuat andaian dan analogi yang tepat dalam hal ini. terlalu konseptual.

hady berkata...

ok macam tu faham la sikit.. berkenaan tenaga ni dah 2 bulan berturut-turut bil api aku meningkat sebanyak 50% waaaa

TMUkmkd berkata...

hady - masa untuk mengurangkan penggunaan komputer (terutamanya)
kerana komputer tak sedar..

MK berkata...

Wa, tak sangka sampai camtu lak kesannya spam terhadap global warming.

MK pun ada beberapa emel IMAP yang dikhaskan untuk spam dan pendaftaran. Emel2 tu semua forward kan ke dalam satu akaun Google.

Kalau ada member2 yang forward lak, terus tegur dorang, dan biasanya dorang takkan buat dah, hehe.

TMUkmkd berkata...

bukan apa.. nanti kita sendiri yang tak larat nak layan.. banyak bena :D

BlackRose berkata...

aku pon tak paham mula² baca..
tp baca bnyk² kali..
pastu baca k punya explanation..baru paham :D

hmm..camne nak kurangkan ek..
sbb zaman skarnag ni..
tanpa komp rasanya takleh idup :D kekeke

*** dgr cite tak lama lg K jd co-mod :D tahniah in advanced :D

TMUkmkd berkata...

co-mod? apa tu?
dekat mana?

BlackRose berkata...

alah..takpelah..
hehehe :D
mmg ko deserve it :D
aku sokong :)

TMUkmkd berkata...

black - kat mana weh? tak paham.

BlackRose berkata...

dekat CARI lah :D

TMUkmkd berkata...

black - owh.. mana tahu =.=?
K tak tahu pun

Melayu Boleh berkata...

Aku pun x faham..
tp dimana2 shj ada spam..

BlackRose berkata...

heh? tak tau? camne leh tak tau? :D
blom approve lg kan?
tp mod kat sana ada offer kan? :D
takpelah..aplly jelah..
mmg ko deserve..
sian kat ooo1 tu..
dia sensorg jek lepas trunk resign :)

TMUkmkd berkata...

black - bukan K yang isi la.. dia yang taruk kot..
haha.. trunk resign tak bagi tahu K pun (walhal K yang lama tak masuk sana)

tapi ada link tak?

melayuBoleh - tak pe la tak paham.. payah gak artikel kali neh.. terlalu teknikal dan dalam

SyaFia berkata...

lili pun bace agak xfhm mulenye..tp sbb da de explaination dr K td sbb tu lili dpt fhm sikit..maybeeeee..penerangan K agak mengelirukan or lili xbape nmpk hubungn spam ngn rumah hijau sbb kedua2nye adalah benda berbeza..ayat K tgi sgt kot?..huhu..

TMUkmkd berkata...

lili - emm maybe la.. ayat jargon.. dan penerangan tak bergambar.. tu maybe masalahnya.. mungkin lain kali kene ada gambar rajah sekali :D