Rabu, 22 April 2009

Google Doodle: Hari Bumi

22 April: Hari Bumi
Seperti tahun tahun yang sebelum ini 22 April diisytiharkan sebagai Hari Bumi - Earth Day dan seperti biasa juga Google akan meletakkan Doodle untuk hari ini. Selama 24 Jam. Tajuk ini telah pun di K baca terlebih dahulu di negaraku oleh KNizam. Untuk membentuk kelainan, K meletakkan semua Google doodle yang lepas dalam penulisan khas hari ini yang berkaitan dengan Hari Bumi - Earth Day. Dari tahun 2001 - 2009


2001 - Google Doodle Terawal untuk Hari Bumi - Earth Day. Logo diubah kepada 2 kawasan bumi yang menunjukkan Hari Bumi disambut diseluruh dunia.


2002 - Berbeza dengan tahun 2001, 2002 hanya menunjukkan satu bumi sahaja, mungkin untuk mengingatkan bahawa bumi ini hanya ada satu bukan dua.


2003 - Sepasang "alien" melihat bumi dari permukaan bulan menunjukkan kita harus menjaga bumi ini sebaiknya kerana tiada gantinya yang seperti bumi ini.


2004 - K tidak mengerti tetang gambar ini, mungkin untuk menunjukkan bahawa menjaga alam sekitar itu adalah penting dan akan mengembirakan semua makhluk.


2005 - Seperti konsep asas 2004, cuma logo "L" ditukarkan kepada sebatang pokok dan terdapat tiga haiwan yang berlegar untuk menunjukkan "bumi".


2006 - Tahun ini ditekankan tentang tenaga alternatif, sebagai contoh, tenaga solar bagi menggantikan tenaga yang mengeluarkan karbon begitu banyak.


2007 - K boleh katakan ini antara yang tercantik, dengan menunjukkan logo Google dalam bentuk bongkah ais - iceberg yang mencair, sekali gus mengingatkan kepada pemanasan global.


2008 - Persekitaran yang cantik dan "hidup" serta membawa kepada ketenagan, itu konsep yang ditunjukkan kedalam google doodle 2008 ini.


2009 - Akhirnya, tahun ini mewarisi ketenangan dan keindahan pada tahun lepas dengan memasukkan unsur hidupan laut termasuk batu karang yang kini diancam pemanasan global.

Anda minat logo pada tahun apa?

Penafian
Kesemua penerangan berkaitan logo ini adalah dari kaca mata K sahaja dan tidak dikatakan pendapat K adalah muktamad. Sebarang pandangan lain boleh dikemukakan.

Rujukan
Google-Logos

7 ulasan:

kimmy_ky berkata...

kimmy suka yg 2004 punya.Nampak tenang dan sejuk.Tapi tenangkah keadaan kita sekarang?Sejukkah bumi kita hari ini?...:(

BlackRose berkata...

wah..aku suka 2009..
colourful, sungguh alami..
sejukk :D

TMUkmkd berkata...

kimmy - menarikkan google doodle tu? tapi tu la.. menarikkah bumi ni sekarang?

black - ramai yang kata tahun ni punya menarik :)

jie berkata...

yang 2009 cam cara gak,smart...bila ko nak wat design cam gini gak?haha

TMUkmkd berkata...

jie - fuhhhh bukan mudah tu.. paling kurang kene ada touchscreen monitor, bakat melukis, dan kreatif..
aku.... 1/3 pun belum tentu.. so tak de la kot :D
tak tahu la kalau tiba2 ada orang nak bagi aku touchscreen monitor lak

kimmy_ky berkata...

yg tahun 2009 tu, bagi kimmy ler..ni just pendapat peribadi jer tau..mcm nk bgtau bumi kita dah x selamat..mcm dh nk tenggelam..hehehehe..sbb laut dh x mampu nk tampung jumlah hujan kerana bumi semakin di cabuli..

eh, kerepek ape kimmy nih..hahahaha

TMUkmkd berkata...

kimmy - betul gak.. tiba2 dalam utan ada pulak batu karang kan