Khamis, 9 April 2009

[Berita] Windows XP & 7

Tarikh Keluaran Artikel: 09 April 2009

Lanjutkan

Ekonomi, Linux dan Stratergi. Tiga sebab mengapa Windows terus tidak memansuhkan XP setelah beberapa kali disambung "perkhidmatanya". Kali ini Microsoft mengatakan bahawa mereka akan menyambung perkhidmatan XP paling minima sehingga Jun 2010. K merasakan pada April 2010, Microsoft akan menyambung lagi kontrak tersebut. Kerana K tidak dapat melihat lagi apakah Windows 7 mampu mengantikan XP lebih-lebih lagi kepada mereka yang sememangnya tidak suka mempelajari benda baharu. Tetapi mungkin golongan ini boleh dididik kerana Windows 7 berada dibawah Microsoft bukannya Linux.

Tingkat Turun ke XP dari 7
Selalu kita mendengar khidmat tingkat naik. Tetapi Microsoft mengumumkan juga bahawa mereka akan memberi laluan kepada pengguna 7 untuk turun kembali kepada XP tanpa melalui Vista (Stevan, 2009). Menurut Microsoft, ianya bukanlah satu perkara baru kerana selama ini Microsoft memang membenarkan pengguna mereka membuat tingkat turun sistem operasi mereka (Scott, 2009). Hanya pada kali ini kelainannya adalah pengguna boleh membuat tingkat turun dariapada 7 kepada XP tanpa melalui Vista. Tetapi tingkat naik kepada pengguna yang membeli netbook yang mempunyai XP kepada Windows 7 secara percuma tidak dapat dipastikan.

Tingkat naik XP -> 7
Setelah disahkan oleh pihak Microsoft, ternyata tingkat naik XP kepada 7 adalah tidak mungkin (Dan, 2009). Oleh itu tiada tingkat naik daripada XP kepada 7. Antara sebab yang kukuh mengapa XP tidak boleh dinaik taraf kepada 7 adalah perbezaan yang besar antara satu sistem operasi yang baru dan juga satu sistem operasi yang berusia 7-8 tahun. Oleh itu sebaiknya pengguna melakukan pemasangan semula sistem operasi mereka jika mereka mahukan penaiktarafan daripada XP kepada 7.

Tetapi
K dapat mengatakan bahawa tiada tidak banyak pengeluar komputer yang mahu menyediakan driver untuk sistem operasi XP. Oleh itu bersedia untuk mencari driver anda jika anda berfikir untuk membuat tingkat turun daripada 7 kepada XP.

Rujukan
Dan, G. (2009) Dikeluarkan pada 7 April 2009. Running XP? You can't upgrade to Windows 7: Microsoft confirms you'll need to do a clean install of the OS instead. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Scott, M. F. III (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Confirmed: Windows 7 users will have XP downgrade option. Hiper-rangkai: www.betanews.com
Stevan, G. (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Windows users will be allowed to downgrade to XP from Win7, skip Vista. Hiper-rangkai: www.slashgear.com

5 ulasan:

zai berkata...

huh..dulu aku bli kmputr aku gune win vista..skrg aku da gune win xp lak...skrng ni win 7..de jual ker cd software dia tu??aku nk try ler..he..he..

izzat berkata...

rasanya ak akan pakai apa yang ada skrang je..laptop ak skrang ni dah mmg dipasang Vista, jadi malas nak downgrade mahupun upgrade..biar je la.. ak malas nk mencari2 driver ni..buat pening je..hauhaua

Syalily berkata...

zai - windows 7 belum lagi keluar yang final punya.. yang ada sekarang pun beta.. dan mungkin yang release candidate.. belum final.. so tunggu la dulu kalau nak guna, biar keluar yang final..

izzat - biasa la tu.. sebab tak ramai yang rajin nak mencari ni.. kalau vista tak apa sangat nak upgrade ke 7.. tapi daripada xp memang tak boleh..

p/s: tapi.... K tak suka sangat upgrade2 ni.. tak elok. elok format je

BlackRose berkata...

aku rasa xp is better..
nak upgrade ke 7..
spec pc aku ni tak mengizinkan :D

Syalily berkata...

sama la kita black.. tak boleh nak tukar.. lagi pun.. K memang tak guna windows :)