Rabu, 8 April 2009

[Berita] Masih Ada Yang Sayang: IBM-Sun

Tarikh Keluaran Artikel: 07 April 2009

Roadrunner mahu miliki Java

Daripada beberapa hari yang lepas, terdapat satu perutusan yang tiba di pejabat Sun yang menyatakan bahawa IBM mahu memiliki Sun. Dan beberapa pendapat membicarakan apakah yang akan terjadi kepada Java terutamanya jika pengambilan tersebut berjaya. Dengan penawaran $9.40 (RM33.4493) sesaham. Menunjukkan kemahuan IBM terhadap Sun yang begitu tinggi. Ramai pihak mengatakan bahawa Sun tidak akan menolak tawaran yang tinggi tersebut (Matt, 2009). Roadrunner mahu miliki Java.

Mengapa Sun
SQL. Itu yang dilihat oleh pemerhati bebas tentang perkara ini. Kerana Sun terkenal dengan khidmat pusat data berteraskan SQL (MySQL) membolehkan IBM terus bersaing dengan pencabarnya Oracle. Dengan berdasarkan jalan yang sama, sumber terbuka, Oracle dan MySQL menjana pendapatan dengan memberikan khidmat bantuan kepada pengguna sistem data mereka. Sebab yang kedua adalah peganggan pasaran server yang akan menjangkau 52% jika kedua syarikat ini menjadi satu syarikat. Dengan keadaan saham Sun yang kini yang amat rendah dan semakin rendah iaitu $6.56 (RM23.5032) sesaham, kemungkinan untuk Sun menolak penawaran tersebut adalah rendah.

IBM-Sun: Gagal
Akhirnya pada hari ini rundingan tersebut diistiharkan sebagai "gagal" kerana beberapa sebab. Antara sebab kegagalan adalah IBM dikatakan terlalu mengongkong perjalanan Sun (Connie & Katie, 2009). Tetapi setakat ini tiada satu kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berhubung perihal ini. Ada juga yang menyatakan penolakkan tawaran tersebut adalah kesilapan Sun yang besar (Peter & Julie, 2009). Kerana Sun mengalami masalah setelah pengambilan CEO oleh Schwartz daripada McNealy pada tahun 2006 (Connie et al, 2009). Akhirnya Roadrunner gagal memiliki Java, MySQL dan GlassFish

Rujukan
Connie, G. & Katie, H. (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. IBM-Sun Deal Said to Fail Over Payouts, Other Terms (Update2). Hiper-rangkai: www.bloomberg.com
Matt, A. (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Sun's board may have 'a lot of explaining to do'. Hiper-rangkai: news.cnet.com
Peter, C. & Julie, H. (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Meeks Says Sun Made `Horrible Mistake' Leaving IBM Talks: Video. Hiper-rangkai: www.bloomberg.com

Tiada ulasan: