Jumaat, 24 April 2009

Conficker. Sesi Pembersihan

Titik Noktah
Mungkin penulisan kali ini akan menutup segala penulisan yang berkaitan dengan Conficker. K petik daripada laman web sekuriti negara jiran, Vaksin.com. K membaca artikel Vaksin.com sejak daripada zaman brontok dahulu untuk mencari jalan untuk menhapuskan virus lokal - tempatan tersebut. Penulisan ini akan menceritakan tetang serba sedikit tentang peralatan alternatif untuk melakukan pembersihan Conficker daripada sistem anda. Semoga membantu mereka yang menhadapi kesukaran dalam melakukan pembetulan dan pembersihan virus conficker - kido - downadup yang degil ini.

Kaspersky AVP Removal Tool
Dikeluarkan oleh Kaspersky, antara pengeluar antivirus dan sekuriti yang disegani dan dihormati dalam bidangnya. Merupakan salah satu daripada alatan yang bagus untuk digunakan untuk membaiki sistem anda daripada conficker. Anda boleh mendapatkannya di [sini].

Norman Malware Cleaner
Dahulu K selalu menggunakan pembersih ini kerana ianya percuma dan bagus. Tetapi hanya ada satu kelemahan nyata, mempunyai hayat yang pendek, hanya kira-kira dua minggu. Tetapi kelebihannya adalah mempunyai kemampuan untuk membetulkan semula registry yang telah diubah. Satu perisian pembersihan yang bagus untuk dicuba. Anda boleh mendapatkannya di [sini].

McAfee AVERT Stinger
Antara peralatan lama untuk membasmi sistem daripada virus diwaktu kecemasan. Mempunyai rekod yang baik dahulu, tetapi kini disaingi oleh beberapa peralatan yang lebih baik daripadanya. Tetapi untuk menentang Conficker, Stinger masih dapat dibanggakan. Untuk memuat turun, sila tekan di [sini].

Malicious Software Removal Tool

Dikeluarkan oleh pembina sistem operasi Windows, Microsoft. Mereka sendiri mempunyai peralatan untuk membuang anasir daripada sistem anda, walaupun kurang digunakan oleh pengguna mereka sendiri. K tidak mempunyai banyak pengalaman dengan aplikasi ini dan apa yang K boleh katakan, tidak salah mencuba dan anda boleh mengambilnya secara percuma di [sini].

KidoKiller
Satu lagi peralatan khas yang dikeluarkan oleh Kaspersky. Tetapi memang memfokuskan kepada pembasmian Conficker sahaja. Menggunakan paparan arahan berbaris di command prompt. Pantas dan mudah, berminat? Dapatkannya di [sini].

W32.Downadup Removal
Siapa tidak kenal Symantec? K pernah menggunakan produk Symantec daripada tahun 2004 sehingga 2006. Tetapi berhenti selepas itu kerana kehadiran Kaspersky yang menawan hati dari pelbagai segi. Tetapi dalam soal aplikasi pembersihan, symantec tidak dapat dinafikan kehebatannya. Anda yang berminat boleh membaca arahannya di [sini]

EConfickerRemover
Aplikasi pembersihan terakhir ini dikeluarkan oleh Eset atau lebih dikenali dengan produknya Nod32. Malangnya aplikasi ini mungkin sedikit sukar untuk digunakan kerana perlu dijalankan didalam command prompt sepenuhnya.

Penafian
Kesemua aplikasi ini bukanlah sebagai alternatif kepada sistem antivirus sebaliknya hanyalah bantuan disaat kecemasan sahaja. Dan anda digalakkan mempunyai sistem antivirus yang sebenar. Sebarang kerosakkan mahupun kehilangan ataupun kerugian yang berpunca daripada artikel ini adalah tanggunjawab pengguna sendiri.

Rujukan
Adi, S. & Alfons, T. Dikeluarkan pada 22 April 2009. MEGA Tes 8 Tools Conficker Killer. Hiper-rangkai: vaksin.com

4 ulasan:

DeKaN berkata...

Tq for the link. :)

TApi... Susah jugak sebenarnya.. Kadang2 x clean habis. Kadang2 muncul balik dengan variant baru. Kena betul2 clean semua komputer yang terkena baru leh selamat.

TMUkmkd berkata...

Dekan - tu la.. kadang2 je removal ni akan membantu, selalunya kene di bersihkan dengan betu2 gak

zool berkata...

Bagus ni... Kat opis dah mula merebak conficker ni

TMUkmkd berkata...

zool - ni hanya sebagai tool kecemasan, tapi paling elok guna av jugak la :D dan patch