Ahad, 15 Mac 2009

[Artikel] WiMAX. Sesi 3

Tarikh Keluaran Artikel: 15 Mac 2009

Artikel Terdahulu
[Artikel] WiMAX. Sesi 1
[Artikel] WiMAX. Sesi 2

Selain P1
Setelah melihat salah satu syarikat WiMAX di Malaysia bersaing untuk memastikan mereka dapat mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh kerajaan kepada mereka, siri kali ini melihatkan 3 lagi syarikat WiMAX di Malaysia.

TYLE & WiMAX
Satu lagi syarikat yang mendapat lesen daripada SKMM/MCMC ialah YTLE. Sehingga kini YTLE telah pun berkerjasama bersama Cisco dalam usahanya untuk mengembangkan WiMAX di Semenanjung Malaysia. Usahasama ini menunjukkan bahawa peluang pasaran WiMAX di Malaysia amat tinggi. Cisco akan berintergrasi kepakaran mereka bersama YTLE didalam bahagian Teras IP, Sistem Bantuan Operasi, Sistem Bil, Makmal Percubaan Bolehsalingoperasi dan Pusat Operasi Jaringan Proaktif (Kumar, 2008). Menggunakan spektrum 2.3GHz (sama seperti P1). Tan Sri Dr Francis Yeoh, berkata WiMAX di Malaysia pada ketika ini hanyalah seperti puncak bongkah ais dilautan, yang boleh dijelajahi dengan banyak untuk mengeluarkan potensi sebenar untuk pengguna Malaysia (Timbuong, 2008).

Asiaspace dotcom
Deterajui oleh Abdul Ghani Abdullah, mereka berkerjasama dengan TM (Telekom Malaysia) untuk mengukuhkan pengaruh WiMAX mereka. Asiaspace diberikan lesen oleh SKMM untuk memberikan perkhidmatan WiMAX di Semenanjung Malaysia. Tetapi beberapa pendapat mengatakan pemilihan Asiaspace adalah tidak begitu meyakinkan kerana pada tahun 2006 Asiaspace telah pun dikatakan melakukan kerjasama bersama TNB dalam membangunkan sistem jalur lebar fiber optik (Ooi, 2007). Tetapi kerjasama tersebut tidak menjadi kenyataan dan masih tidak diketahui statusnya. Oleh itu pelabur melihatkan Asiaspace tidak begitu komited dalam melakukan kerjanya termasuk juga untuk membangunkan sistem WiMAX. Untuk menyakinkan pelaburnya, Asiaspace berharap kerjasama bersama TM akan membuahkan hasil (Ooi, 2007). Untuk pengetahuan, Asiaspace adalah satu satunya syarikat bumiputera yang mendapat kebenaran untuk membangunkan sistem WiMAX di Malaysia. Asiaspace mengatakan bahawa mereka telah pun dilancarkan pada 30 Ogos 2008 (Azlan, 2009). Antara kawasan yang boleh menggunakan khidmat mereka adalah Taman Maluri dan Bandar Tun Razak. Mereka juga akan melaburkan sebanyak RM500 juta dalam masa tiga hingga lima tahun untuk meluaskan dan mengukuhkan perkhidmatan WiMAX mereka (Asyraf, 2008).

RedTone-CNX Broadband
Satu satunya syarikat WiMAX di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & Labuan), dengan rekod syarikat yang bagus, pemilihan RedTone-CNX sebagai syarikat WiMAX disambut baik oleh pelabur. Dengan nama servis, REDtone WiMAX, mereka begitu komited dalam menjalankan tugas ini dengan kerjasama bersama motorolla dalam bahagian peralatan. Sehingga kini, sekitar kawasan Kota Kinabalu seperti Likas, Penampang, Inanam bahkan kawasan sekitar Universiti Malaysia Sabah mendapat liputan WiMAX (Azlan, 2009). Di Sarawak setakat ini hanya bahagian selatan Kuching yang mendapat liputan. Mereka menkhususkan bandar-bandar besar sebagai permulaan mengukuhkan tapak di Malaysia Timur. Kerjasama bersama Motorolla ini adalah baik kerana Motorolla sememangnya dianggap antara syarikat didalam bidang telekomunikasi dan jaringan yang baik dan mempunyai 21 kontrak WiMAX di 17 negara seluruh dunia (Motorolla Press Release, 2008). Dengan menggunakan kepakaran mereka sasaran RedTone-CNX akan dapat dicapai. Redtone menjalankan kerjasama bersama Motorolla sebagai rakan kongsi dalam bidang teknologi (MW Team, 2008).

Notis
Sebarang rujukkan yang diambil berdasarkan artikel ini adalah dimohon agar dapat dikembalikan semula untuk tujuan kredit.

Rujukan
Asyraf (2008) Dikeluarkan pada 25 Januari 2008. Asiaspace plans to spend RM500m on broadband. Laman sesawang: www.myceloteh.com
Azlan, A. B. (2009) Dikeluarkan pada 1 Januari 2009. Asiaspace, REDtone: Our WiMAX up and running. Laman sesawang: mobile.btimes.com.my
Kumar, A. (2008) Dikeluarkan pada 3 Disember 2008. YTLE, Cisco to offer nationwide WiMAX in Malaysia. Laman sesawang: www.mis-asia.com
Motorolla Press Release. (2008) Dikeluarkan pada 20 Ogos 2008. Motorola Powers the First WiMAX Network in East Malaysia. Laman sesawang: mediacenter.motorola.com
MW Team. (2008) Dikeluarkan pada 22 Ogos 2008. REDtone offers WiMAX for business users. Laman sesawang: www.mobileworld.com.my
Ooi, J. (2007) Dikeluarkan pada 17 Mei 2007. WiMAX: Big boys are out of the race. Laman sesawang: asia.cnet.com
Timbuong, J. (2008) Dikeluarkan pada 24 Jun 2008. YTLe gets rolling on its WiMAX network. Laman sesawang: star-techcentral.com

Technorati Tags:
, , ,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimanakah WiMax dpt bersaing dgn ISP lain contohnya TMNetStreamyx. Seperti yg kita tahu bahawa WiMax tidak dapat bersaing dgn TMNet kerana WiMax tidak digemari oleh sesetengah pihak atas alasan-alastan tertentu. Contohnya , latency yang agak tinggi dan juga" 20GB data cap" yang ditetapkan oleh pihak P1

Saya juga nak tahu ulasan suadara tentang perkara ni

sekian terima kasih !

Syalily berkata...

thanks pradeesh :)

WiMAX v TMNetStreamyx
satu isu yang menarik

secara ringkasnya yang saya boleh katakan disini adalah
WiMAX boleh bersaing dengan ISP yang lain kerana mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

laju
- sehingga kini, semua yang menggunakan WiMAX mengakui ianya lebih laju daripada streamyx. mungkin latency agak tinggi tetapi kebanyakkan masa, ianya berbaloi. mungkin ini satu marketing stratergy :)

wireless broadband
- mungkin ini tidak lagi menjadi masalah apabila P1 mengeluarkan modem mereka kelak.

20GB cap
- bagi pengguna biasa, ini bukan menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang suka untuk memuat turun, torrent dan sebagainya ini menjadi masalah. Pilihan mereka yang terbaik, streamyx. Jika anda hanya pengguna biasa WiMAX jadi pilihan.

saya rasa ini satu isu yang baik untuk dibuat tajuk :)
tetapi memerlukan perdebatan dan kajian yang lebih lanjut.
thanks pradeesh

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih saudara syafia kerana memberikan penjelasan yang mendalam dan bernas

Saya juga tidak sabar untuk saudara membuat kajian dengan lebih terperinci lagi


Oh lupe jugak , saudara pun dapat pembaca baru bagi blog saudara

Syalily berkata...

maksud anda?

pembaca baru bukan satu masalah, yang masalah adalah cara penyampaian supaya orang lain dapat memahami apa yang diperkatakan oleh K, itu mustahak :)

sama seperti harapan pradeesh kepada pembaca penulisan anda