Ahad, 12 April 2009

[Artikel] Laptop v Desktop

Tarikh Keluaran Artikel: 12 April 2009
Perlawanan Tidak Akan Habis
Mengapa perlu pertemukan desktop dan laptop didalam satu arena, K merasakan kedua-dua komputer tersebut adalah berbeza sama sekali. Mana yang lebih baik? Mana lebih handal? Mana lebih gempak? K memberi sedikit idea tentang perkara ini.

Mengapa Diperdepat
Perbezaan antara keduanya telah pun diketahui umum. Tetapi ianya menjadi sukar apabila pengguna baru mahu membeli komputer yang baru, tidak tahu untuk memilih antara desktop mahupun laptop. Mereka lebih cenderung bertanya kepada rakan-rakan yang dianggap boleh dipercayai didalam perkara ini. Bagi K bertanya boleh sahaja tetapi setiap jawapan perlu difahami dan diperhalusi. Jika tidak diri akan merana pada masa hadapan. Dalam hemat K, yang paling penting adalah mengapa anda harus menggunakan antara desktop mahupun laptop. Jawapan tersebut bermula dengan adanya ilmu tentang perbezaan antara keduanya. Kelebihan serta kekurangan. Selepas daripada itu, barulah boleh dipraktikkan.

Mobiliti
Apabila berkata tentang mobiliti, seharusnya telah diketahui oleh umum bahawa destop bukan satu jenis komputer yang mempunyai sifat mobiliti secara total. Berat, besar dan memerlukan sumber kuasa yang terus menerus daripada soket palam kuasa di dinding. Jika tidak, tidak akan mampu untuk bergerak. Oleh itu laptop dicipta untuk mobiliti, menggunakan hampir dimana sahaja anda berada. Boleh bergerak tanpa memerlukan punca kuasa dalam jangka masa yang boleh diterima (2-4 jam). Jika anda seorang yang selalu atau kerap bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dan memerlukan komputer disisi anda, laptop adalah jawapan terbaik bagi permasalahan pemilihan tersebut. Laptop 1 - Desktop 0.

Ruang Storan
Anda seorang yang suka memuat turun video/lagu mahupun menonton filem terbaru didalam komputer sendiri (K anggapkan ianya adalah yang berlesen dan berbayar) atau anda seorang pereka seni kretif menggunakan aplikasi grafik seperti Adobe© Photoshop© mahupun Adobe© Premier©. Oleh itu anda memerlukan ruang storan yang mencukupi untuk menampung kerja anda. Oleh itu K mengesyorkan anda menggunakan desktop. Kerana harga ruang storan yang lebih murah dan lebih mudah untuk dipasang adalah sebab utama. Kebanyakkan laptop tidak mempunyai ruang storan pendua didalam laptop kerana saiznya. Oleh itu untuk menambah ruang storan anda memerlukan ruang storan luaran yang mempunyai harga yang lebih mahal daripada ruang storan dalaman. Disebabkan itu K memilih desktop adalah pilihan utama jika anda memerlukan ruang storan yang besar. Nasihat K: "storan tidak akan pernah cukup, walaupun 500GB itu nampak besar pada awalnya". Laptop 1 - Desktop 1.

Grafik & Permainan

Seperti yang K katakan diatas, penggunaan aplikasi yang melihatkan grafik seperti Adobe© Photoshop© dan Adobe© Premier© memerlukan ruang storan yang tinggi. Sekaligus memerlukan keperluan grafik yang tinggi untuk melakukan kerja-kerja tersebut dengan mudah. Jika anda seorang pemain permainan komputer yang mengikuti peredaran zaman, seperti permainan terbaru, Left4Dead mahupun Need For Speed: Undercover yang mahukan grafik sepenuhnya digunakan, lancar tanpa tersekat-sekat, disamping monitor yang bersaiz 19" atau 21". Dengan keadaan itu, desktop adalah pilihan terbaik. Bukannya sebab laptop tidak mampu untuk menjalankan perkara itu. Tetapi kerana beberapa kekangan yang kukuh yang menyebabkan laptop kelihatan tidak mampu (untuk masa kini). Antara kekangan tersebut adalah harga dan penambahan perkakasan baru pada masa akan datang. Kedua-dua kekangan ini akan K lanjutkan sebentar lagi. Buat masa sekarang, Laptop 1 - Desktop 2.

Harga
Mengapa K menaikkan kekangan tentang harga. Kerana pada masa kini, disulami dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, penjimatan harus dilakukan sebaiknya. Jangan anda anggapkan anda mampu mendapatkan satu laptop dengan spesifikasi yang hebat dengan harga yang sama seperti desktop. Kerana spesifikasi memainkan peranannya didalam harga. Dengan sedikit penambahan sudah cukup untuk menjadikan harga sesuatu laptop itu menjunam tinggi. Berbanding dengan desktop. Lebih lagi yang pandai untuk membuat sendiri desktop dengan membeli satu persatu mengikut kemahuan dan bajet sendiri. Laptop 1 - Desktop 3.

Naik Taraf
Jika anda menggunakan laptop, anda boleh menambahkan RAM pada bila-bila masa tetapi untuk menukar jenis CPU mahupun papan utama (motherboard) agak sukar. Kerana setiap jenis laptop tidak mempunyai pengaturan yang sama terutamanya dari segi butang dan port. Jika anda seorang yang selalu mahukan yang terbaik untuk sistem komputer anda, maka itu desktop adalam pilihan terbaik. Tetapi buat anda yang tidak mahu menukarkan sebarang peralatan dan hanya untuk digunakan seadanya, maka itu laptop adalah pilihan terbaik. Akhir konklusi, K memberikan Laptop 1 - Desktop 4.

Tahukah Anda

K merupakan seorang pengguna laptop, bukannya desktop. Mengapa? Sedangkan K seorang yang menggunakan Adobe© Photoshop© didalam kerja grafik. Yang suka menyimpan semua jenis lagu yang K rasakan menarik untuk didengar. Semua gambar yang menarik terutamanya daripada InterfaceLIFT. Dan menggunakan pelbagai jenis server untuk menjalankan kerja pengaturcaraan. Mengapa K menggunakan laptop dan bukannya desktop, jawapan K berikan adalah;
  • Mobiliti - K memang seorang yang memerlukan laptop (dan internet), jika boleh dimana sahaja. Pergi ke kelas (tetapi kini sudah kurang) dan di mana sahaja yang boleh. Oleh itu, laptop 1 - desktop 0.
  • Ruang storan - K tahu K menggunakan banyak ruang storan. Tetapi K tidak kisah membeli ruang storan luaran. Secara rekod, K mempunyai 3 pendrive (daripada 4 - satu hilang) dan dua cakera keras luaran (160GB & 500GB). Tujuannya untuk memudahkan kerja K, dan tidak semua benda akan K perlukan untuk diperamkan didalam cakera keras didalam laptop ini. Hanya yang perlu sahaja, yang lain 160GB dan 500GB menunggu untuk disimpan. Laptop 2 - Desktop 0.
  • Grafik & permainan - K memang menggunakan grafik yang sederhana, Adobe© Photoshop© K gunakan tanpa ada masalah setakat ini. Dan semua hasil yang lama akan disimpan didalam ruang storan 160GB tersebut. Hanya yang baru atau belum siap diletakkan didalam laptop. Permainan, K hanya bermain permainan yang mudah yang tidak memerlukan grafik yang tinggi. Laptop 3- Desktop 0.
  • Harga - Harga adalah subjektif, K hanya mencari yang perlu sahaja, tidak perlu yang terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. Kerana K tahu apa yang K mahukan. Oleh itu RM2500-- sudah memadai. Laptop 4 - Desktop 0.
  • Naik taraf - K hanya menaik taraf laptop ini dengan menggantikan RAM daripada 512MB kepada 2GB. Selepas itu. tiada sebarang tingkat naik kerana K naikkan RAM untuk kegunaan Adobe© Photoshop© dan penggunaan semasa melayari internet dalam mencari bahan blog ataupun tugasan. Laptop 5 - Desktop 0.
Dengan hujah yang K berikan, K berpendapat, K tidak perlu menggunakan desktop tetapi hanya laptop sudah memadai. Tetapi untuk masa akan datang, masih tidak tahu apa yang akan dipilih K. Mungkin desktop pula menjadi pilihan. Siapa tahu?

Tambahan
Jika anda tidak tahu anda berada didalam kumpulan yang mana, K cadangakan anda menjawab soalan yang disediakan oleh WaidaKMY. Mungkin ada lebih faham apa yang dicoretkan disana.

Rujukkan
Christopher, N. (2007) Dikeluarkan pada 6 Jun 2007. Laptop vs. Desktop: Which Is Right for You?. Hiper-rangkai: tech.yahoo.com

12 ulasan:

Amoi berkata...

aku pakai jenis LCD
tak tahu tahun bila leh dpt laptop..hihi

TMUkmkd berkata...

kenapa nak guna laptop?

twenty-six berkata...

gua guna kedua dua skali..

desktop dan laptop

ruang storan dan mobiliti dah cukup untuk gua.

game/permainan?heheh PSP dan PS3 dah ada..ps2 pu dah murah skang nih :p


bab harga..kalau yang ada kredit kad tu cuba buat ansuran tanpa faedah..

TMUkmkd berkata...

pernah dengar juga pasal ni.. game baik main di konsol. tapi maca real time stratergy ada ke dalam ps3? macam nfs boleh kot.

kalau disuruh pilih salah satu yang mana pilihan kalbu?

Amoi berkata...

kalau laptop muleh aku bwk g mana2
tapi pc stay kat satu tempat je :(

TMUkmkd berkata...

amoi - oo mobiliti la ni... :)

Syalily berkata...

Laptop lili da rosak..kalo de wet nnt gi baiki..kalo ade byk duit ag nk beli desktop plak..alasannye sbb mcm sonok bile ade desktop..(hehe,bley terime x)erm,tp kalo xde duit duk diam2 je kat rumah..xde laptop xde desktop..dull....gheshzzz...

TMUkmkd berkata...

humm nak repair tu yang sakit tu..
tu kelemahan laptop.. kalau rosak memang payah :)

Kujie berkata...

saya guna dua2 tapi lebih suka desktop

lebih suka keyboard yg konversional , selesa menaip

lili berkata...

betul..lili suke menaip kat keybord desktop lg..kalo lappy punye keyboard lame2 taip wrist lili jd sakit..

TMUkmkd berkata...

kujie - kalau guna keyboard mahal memang best.. sedap menaip..

lili - kalau sakit elok rehat.. sebab nanti bleh dapat satu penyakit, karpal tunnel syndrome.. bahaya gak tu.. so kalau sakit, rehat. atau tinggi kan sikit lappy tu.. so nanti keyboard dia akan terangkat..

Tanpa Nama berkata...

kalo saya lebih memilih komputer desktop dibanding laptop. karena komputer desktop lebih mudah diupgrade dan harga komponenya lebih relatif murah dibanding laptop.

oia, jangan lupa mampir ke sini ya...