Khamis, 16 April 2009

[Artikel] Windows 7 v Windows XP

Tarikh Keluaran Artikel: 16 April 2009

38% 83%Akan Tunggu Dan Lihat
Dinyatakan didalam sebuah perangkaan, bahawa sebanyak 83% syarikat profesional IT mengatakan tidak kepada Windows 7 (Justin, 2009). Mereka akan tetap menggunakan Windows XP paling kurang sehingga Jun 2010* iaitu tarikh terbaru tempoh bantuan teknikal daripada Microsoft kepada Windows XP. Mengapa terjadi perkara sedemikian. K mengupas secara ringkas dan padat.

XP Sudah Sebati
Didalam sesebuah syarikat untuk menukar sesebuah sistem itu bukanlah satu perkara yang mudah, lebih lebih lagi sistem operasi. Pelbagai aspek perlu dilakukan. Termasuklah pengurusan risiko untuk menjangkakan perkara yang terburuk yang mungkin berlaku apabila penukaran tersebut dilakukan. Kebanyakkan syarikat sudah sebati dengan menggunakan Windows XP. Penukaran ini juga memerlukan persetujuan antara syarikat dan juga klien. Kerana terdapat juga syarikat yang akan menangguh penghijrahan daripada XP ke 7 disebabkan permintaan pelanggan.
Oleh kerana itu juga XP digelar sebagai "Sistem Operasi Yang Tidak Akan Mati". Dan perkara ini diburukkan lagi oleh beberapa perkara lain yang akan disebutkan dibawah.

Vista Umpama Nila

Peribahasa Melayu ada mengatakan, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Kerana kemampuan Vista yang dipertikaikan walaupun telah dibaik pulih oleh beberapa naik taraf, kebanyakkan syarikat masih tidak dapat menerima Vista didalam syarikat mereka dan kerana itu juga imej Microsoft telah dicemari dan keyakinan syarikat kepada 7 juga tergugat sama sekali. Mereka lebih suka untuk menjadi pemerhati didalam soal ini. Oleh itu, menangguh penghijrahan daripada 12 hingga ke 36 bulan adalah jalan yang paling selamat.

Ekonomi

Mengapa pengangguhan kepada 7 dikatakan terbaik adalah kerana keadaan ekonomi semasa dan kesan jangka panjang yang dilihat sebagai satu faktor penting dalam mana-mana syarikat. Kerana penukaran sistem operasi XP kepada 7 bukanlah percuma, bukannya seperti penukaran daripada Ubuntu 8.10 kepada Ubuntu 9.04 yang bakal disaksikan oleh pengguna Ubuntu pada 23 April ini. Linux dan Microsoft adalah berbeza. Oleh itu penangguhan adalah penting untuk menilai kemampuan dan kebaikkan kepada syarikat dalam jangka panjang.

Linux
Ballmer (CEO Microsoft) mengatakan bahawa antara pesaing Windows adalah Linux. Kerana Linux mempunyai pelbagai pilihan dan juga sudah semestinya kebanyakkan Linux adalah percuma. Linux dilihat sebagai satu ancaman kepada Windows lebih lebih lagi apabila keadaan ekonomi ini dan kemahuan untuk menukar sistem operasi daripada XP kepada yang lebih stabil dan selamat. Pengguna melihat ada 3 cabang pilihan, Windows 7, Mac OSX dan juga Linux. Mac OSX tidak mungkin akan dipilih atas faktor perlu menukarkan kebanyakkan perkakasan kepada Apple. Oleh itu Linux dilihat sebagai antara calon terbaik (Galen, 2009). Terutama sekali dalam faktor virus.

Kesimpulan
Windows 7 dikatakan elok untuk pengguna harian yang biasa dengan komen yang membina daripada pengguna Windows 7 beta tetapi untuk syarikat, belum tentu bagusnya.

Info Tambahan
*15 April, telah termaktub bahawa Windows XP akan melalui fasa "sokongan tambahan" sehingga 8 April 2014 (Michael, 2009). Oleh itu tarikh akhir sokongan tambahan kepada Windows XP adalah 8 April 2014 pindaan daripada tarikh diatas, Jun 2010. Kini Windows XP tidak akan lagi menerima sokongan aliran utama sebaliknya sokongan tambahan. Berkuat kuasa 14 April 2009. K merasakan tindakkan ini bukan hanya disebabkan oleh plan yang telah diperkatakan sebelum ini tetapi berkait rapat dengan survey yang telah dilakukan tersebut. Microsoft mahu pengguna business bertindak "bijak" dengan menukar sistem operasi mereka kepada Windows 7/Vista sepantas mungkin untuk mengurangkan masalah ketiadaan bantuan sepanjang 5 tahun akan datang.

Rujukan
Galen, G. (2009) Dikeluarkan pada 2 Mac 2009. Desktop Linux: Ready for the mainstream. Hiper-rangkai: www.infoworld.com
Justin, M. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Study: 83% of businesses to delay upgrade to Windows 7. Hiper-rangkai: www.techspot.com
Michael, S. (2009) Dikeluarkan pada 14 April 2009. Windows XP Set to Leave "Mainstream Support". Hiper-rangkai: hothardware.com

8 ulasan:

hady berkata...

camne pun aku tetap guna window xp (buat masa ni la) memandangkan performance pc aku tak boleh capai tahap yang tinggi.. untuk vista atau 7

TMUkmkd berkata...

hady - yay... hidup XP.. kalau yang kaki guna pirate tu... tak kisah mana.. sebab diorang selama ni hidup pun tanpa ada sokongan daripada microsoft

cuma yang ditekankan dan tertekan adalah pengguna komersial

hady berkata...

mungkin juga... aku nih pengguna berdaftar

TMUkmkd berkata...

hady - wow... bagus la.. bukan pirate la ek?

p/s: kalau tak hapal url panjang neh ada pendek.. untuk sementara ni la..
ambnac.co.cc <-- member aku yang rajin2 malam neh g buat

Goldmine berkata...

huhu, aku selesa guna xp je

TMUkmkd berkata...

goldmine - itu antara lain mengapa 83% mengatakan tidak kepada windows 7 untuk masa terdekat. permintaan pelanggan :)

kerana tidak semua orang mampu/mahu menggunakan sistem operasi yang mereka tidak biasa. jika windows 7 pun tidak apatah lagi linux. :)

Kill-Vearn berkata...

walau menggunakan pirate xp, aku tetap disokong oleh microsoft kerna telah men'genuine'kan OSnya... xp da best 4 now dan mungkin satu masa nanti aku akan terus ke win7... tapi katakan tidak terus kepada vista yang memangnya tak best dan boleh dikatakan sebagai FAIL...

TMUkmkd berkata...

Kill - aku memang tak pernah guna vista (secara total) kalau member suh repair pun tak tahu... lagi2 dah guna linux..

tiba2 macam bersetuju ada satu quote
"by learning Linux, you just dis-learning Windows"