Khamis, 30 April 2009

DotA, MapHack & Sekuriti

DotA
Jika 11 tahun yang lepas dunia permainan komputer dipengaruhi dengan satu permainan stratergi masa nyata iaitu Stacraft, kini dunia sekali lagi dipengaruhi oleh satu lagi permainan yang dibina oleh syarikat yang sama iaitu Blizzard, Warcraft III. Bukan Warcraft III itu yang menyebabkannya popular tetapi mod yang berada didalam Warcraft III iaitu, Defense of the Ancients atau lebih dikenali dengan nama DotA. Permainan yang berdasarkan mod didalam Starcraft, Aeon of Strife. Tetapi peperangan tersebut tidak habis sampai disitu.

MapHack: Hero Merbahaya
Populariti kadang kala merbahaya. Disebabkan terlalu ramai yang bermain permainan DotA diseluruh dunia. Permintaan dan harapan untuk menjadi yang terhebat dikalangan semua pemain menyebabkan terdapatnya beberapa pemain yang berminat dan tergamak untuk menggunakan maphack dan taktik kotor - cheat bagi memudahkan mereka memenangi perlawanan. Disebabkan itu terdapat penulis virus yang berminat dengan perkara ini dan menjadikan maphack sebagai punca utama untuk menyebarkan malware mereka. Secara mudahnya malware tersebut menjadikan icon mereka seperti ikon pelancar Warcraft III ataupun ikon peta seperti didalam gambar. Dan kebanyakkannya adalah mengandungi perisian pengintip - spyware yang akan mengambil tahu tetang akaun yang anda gunakan dan mengawal sistem anda secara jauh - remote. Terdapat juga jenis yang mampu menanam rootkit kepada sistem anda.

Oleh itu jangan gunakan maphack ketika bermain kerana sikap begitu mencerminkan diri anda yang tidak jujur dan tiada semangat seorang gamer sejati. Dan jangan disebabkan mahukan owning didalam permainan, sistem anda di owning oleh orang lain. Oh ya, lupa untuk katakan, K bukan seorang gamer dan juga bukan seorang pemain DotA.

"security is not a product, it's a process"

Rujukan
MMPC (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. DOTA Players...0wn3d?!? Hiper-rangkai: blogs.technet.com

8 ulasan:

izzat berkata...

Sekarang ni tengah main game ni walaupun satu haram tak faham dengan game ni, maksud aku kena beli ni beli tu. Bantai je. Tu pun lepas orang suruh cuba main, kalau tak malas. Hahaha.

Patutlah hari tu bila buat scanning kat folder Warcraft ni ada file yang detect as Malware and Virus.. Hoho..naseb baik dapat detect.. :D

BlackRose berkata...

adik aku suka main games ni..
sanggup berjam² depan pc dia..
tak makan tak hape..hangin jek.. :D

tp start pc dia kena BSOD..
dia main tak lama..
wakakak :D

tp org kata..
boleh buat duit main warcraft ni..

TMUkmkd berkata...

izzat - aku lagi la tak paham :D

black - bsod? sian tol dia.. mesti masalah grafik atau memori. yang boleh buat duit tu wow - world of warcraft.. yang tu game online.. :)

Tanpa Nama berkata...

Masuk tourneys and such menang dapat duit la.. cam aku eleh tibe bak tang la newbs lawan aku kat Garena c'mon bitches, tarak gentar for I am a pro. SERIOUSLY, though.

TMUkmkd berkata...

tanpa nama - emm lupa pulak pasal tournament semua tu.. :)
selalu ke main kat garena tu?

Tanpa Nama berkata...

dota??? da lme aq x maen kt Garena haha.. main lan ngan member jerk... tu pon susah nk kalah.. hai...

MonoSodiumGlutamate berkata...

Skarang ni bukan leh hack reveal sluruh map je,ada hack baru,nampak macam bug,tapi wat hero jadi kuat dan mmg x logik la.
especially map latest,6.59d.
frust gak nak men camni,dulu maphack pun org dah marah,yg ni apatah lagi,btw,sok nak g tourney kat cheras,tata!!!

TMUkmkd berkata...

vangzart... kat ne weh? bukan nak roger awal2


p/s: tapi mampu ke ko menang