Sabtu, 25 April 2009

Selamat Kembali, Ibex

NaikTaraf_1: 25 April 2009

Naik Taraf Ke Jaunty: Kegagalan
Setelah K mendapat berita tetang perlepasan Ubuntu 9.04 daripada DingDang, proses naik taraf terus dibuat. Walaupun sebelum ini K tidak membuat naik taraf secara terus, tetapi berdasarkan respon positif daripada pengguna K percaya Jaunty bukan Ubuntu biasa. Tetapi akhirnya kenyataannya amat mengecewakan diri. Sistem Ubuntu K mengalami masalah untuk menyokong kad grafik (intel chipset sebenarnya) yang menyebabka compiz mengalami masalah dan sistem bergerak terlalu lambat. Kegagalan hari pertama.

Pemasangan Keseluruhan: Kegagalan Ke 2
Keputusan diambil, perlu melakukan pemasangan secara keseluruhan atau lebih mudah, clean install. Didalam sesi langsung dari CD tidak mempunyai masalah yang banyak, hanya perlahan sedikit, dan lebih lancar daripada kegagalan pertama tadi. Tiada kelambatan melampau dan tidak tersekat-sekat. Keputusan diambil, proses pemasangan secara total diteruskan. Akhirnya setelah setengah jam menggunakan sistem yang baru dipasang, K membuat kesimpulan, penukaran ke Jaunty yang terlalu awal ini adalah satu kesilapan besar untuk K. Malah pada mulanya seperti tiada masalah besar tetapi masalah mula muncul apabila pidgin memberi respon negatif dan menyebabkan penggunaan CPU melonjak terus ke 100%. Sangkut dan tidak bergerak sama sekali. Terbabit juga, Firefox. Mungkin perkara ini bukan hanya K sahaja yang terkena, kerana bila di Google ubuntu jaunty pidgin 100 cpu terdapat 32,300 jawapan. Keputusan dibuat. Kembali ke Intrepid.

Intrepid seperti XP
Jika sekarang ini XP dikatakan sebagai sistem operasi yang stabil, maka itu K boleh mengatakan Intrepid adalah Ubuntu yang paling bagus pernah K gunakan. Mungkin kerana beberapa masalah yang menyebabkan sistem K gagal untuk mendapat manfaat daripada Jaunty, tetapi sebulan daripada sekarang, apabila masalah ini sudah pun selesai, K akan membuat naik taraf sekali lagi untuk pergi ke Jaunty. Tetapi untuk masa sekarang, K memilih Ubuntu yang lambat, lama dan tidak menarik tetapi cekap dan stabil dari kaca mata K. Kerana Sistem Sumber Terbuka memegang prinsip, pengguna yang memilih yang mengikut kehendaknya, dan dengan itu Ibex berada sekali lagi didalam laptop K.

Jaunty: Bukan Seteruk Mana
Bukan hendak K katakan bahawa jangan gunakan Jaunty. Kerana DingDang dan jutaan pengguna berjaya menggunakan Jaunty dengan baik tanpa masalah grafik seperti K. Menunjukkan kemampuan Jaunty adalah benar tetapi mungkin terdapat segelintir orang yang mempunyai masalah. Itu ada lah biasa dalam pembinaan mana-mana sistem. Semoga Jaunty cepat matang dalam menangani masalah ini.

Maaf Atas Kelewatan
K terpaksa menangguhkan penulisan hari ini untuk membetulkan kembali masalah yang berlaku didalam sistem K. Dan kini boleh dikatakan masalah tersebut telah pun selesai dengan pemasangan semula Ibex.

Tambahan
Setelah dikaji, kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada beberapa sebab, antaranya adalah;
  • masalah kernal - menggunakan kernal baru ataupun sokongan daripada intrepid kepada jaunty mempunyai sedikit masalah kepada sesetengah sistem.
  • masalah compiz - mungkin juga masalah compiz yang menyebabkan gagalnya compiz dijalankan dengan sempurna
  • masalah driver - driver yang di warisi daripada intrepid tidak dapat digunakan dengan baik didalam jaunty
sehingga masalah ini tidak dibaiki dengan itu K mengumumkan K akan tetap dengan intrepid

2 ulasan:

Adry berkata...

wow... tekunnya...


Adry @ http://www.adrysabry.com

TMUkmkd berkata...

adry - tak leh woo.. kang kalau guna, nanti orang kata, tak stabil pun ko guna gak.. so K pilih yang mana stabil..
bukan tak naik ke jaunty, just lambat sikit je la :D