Jumaat, 3 Julai 2009

Terminal. Edisi 4

Edisi 4
Touch. Jika anda masih ingat didalam edisi ketiga yag lepas, K ada menerangkan bagaimana penggunaan touch didalam Linux. Tetapi bagaimana orang yang menggunakan Linux menulis. Adakah perlu mereka menggunakan aplikasi seperti Open Office ataupun Microsoft Office. Oleh itu didalam edisi kali ini, penulisan berkaitan dengan bagaimana dan apakah yang digunakan didalam Terminal untuk menulis didalam sesebuah fail.

Editor
Terdapat beberapa buah editor yang boleh digunakan didalam Linux, dan yang paling popular adalah dua ini, iaitu vi/vim dan juga nano. Penggunaan editor didalam Terminal tidak hanya tertakluk kepada menulis atau membaca fail sahaja tetapi kemampuan editor kini mampu untuk menyokong perbezaan warna untuk kegunaan pembina sistem mahupun programmer. Dengan itu kemampuan editor tidak harus disangkal dengan hanya kekurangannya, warna yang tidak menarik. Kerana didalam persekitaran yang tidak mempunyai sebarang antara muka grafik, editor ini amat diperlukan.



vi/vim
Antara yang paling popular. Dan kebanyakkan sistem operasi yang berasaskan Unix akan mempunyai perisian ini. Boleh dibuka didalam Terminal dengan memberikan arahan, vi <nama fail> seperti contoh;
vi cuba.txt
yang akan mengeluarkan paparan seperti ini yang memaparkan bagaimana antara muka editor vi tersebut. Editor ini pada mulanya agak sukar untuk digunakan kerana mempunyai caranya yang tersendiri misalnya untuk menulis pengguna harus menekan kekunci "i" terlebih dahulu. Dan untuk memberi arahan menekan butang kekunci "esc". Pengguna yang berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan vi disarankan untuk memasang vimtutor yang tidak dipasang secara automatik oleh Ubuntu dengan memberi arahan daripada Terminal anda;
sudo apt-get install vim-runtime
Setelah selesai proses pemasangan tersebut, beri arahan "vimtutor" daripada Terminal dan anda boleh mempelajari menggunakan vi didalam persekitaran yang lebih selamat. Vi dikatakan popular kerana kebanyakkan sistem operasi Linux mempunyai editor ini dan seseorang yang mahir dengan vi boleh menggunakan vi di mana sahaja tanpa risau percanggahan diatara sistem tersebut. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa vi adalah sukar dan tidak biasa dengannya. Oleh itu K cadangakan editor yang lebih mudah untuk digunakan iaitu nano.

nano
Sebenarnya nano ini berasaskan kepada satu lagi editor yang baik, iaitu pico. Tetapi pico adalah editor yang berbayar dan bukannya percuma. Oleh itu nano direka untuk memastikan sistem percuma tidak ketandusan editor yang baik. Anda boleh menggunakan nano dengan cara memberi arahan nano diikuti dengan nama fail yang anda mahu ubah/buatsebagai contoh;
nano Terminal_4.txt
Didalam gambar ini menunjukkan K sendiri sedang menggunakan nano untuk menulis artikel pada penulisan ini. Dan terlihat didalam gambar juga terdapat beberapa tulisan dan kekunci di bawah terminal. Kekunci dibawah ini menunjukkan bagaimana untuk menggunakan nano, dan simbol "^" mewakili kekunci Ctrl. Oleh itu sebagai contoh termudah, untuk menyimpan fail yang anda tulis, anda hanya perlu menekan Ctrl + O yang bersamaan dengan WriteOut atau kata mudahnya save.



Kelebihan Dan Kekurangan
Jika diikutkan ramai yang mahu memilih nano jika diukur daripada segi kemudahan menggunakan editor ini. Tetapi vi juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang menyebabkan lebih gemar digunakan oleh mereka yang boleh digelarkan sebagai pengguna tegar Linux terutamanya mereka yang mengendalikan sesebuah sistem pelayan (server).

Penulisan ini adalah diambil, digubah dan dimudahkan daripada artikel asal oleh Robert Clipsham.

Robert, C. (2008) Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #17, September 2008.

4 ulasan:

life4hire berkata...

secara peribadi..aku suka nano/pico..memang mudah n tak yah nak ingat pape...lgpon dia mmg direct berbanding vi...

tp tak dinafikan kita kena tahu vi..sbb vi boleh dinaggap standard dlm terminal text editor...hampir semua system ada vi secara default manakala banyak system yg takde nano secara default...

aku pn tak paham kenapa vi takleh diolah menjadi seperti nano ?

Tanpa Nama berkata...

kalau dlm slackware aku selalu guna Pico,
lebih kurang mcm nano je. :D

life4hire berkata...

tak silap aku..pico kuar dulu..then lepas tuh nano..pasal diorang tak kuarkan pico dah..kalau dulu, pico sbnrnya adalah text editor utk mail server pico..tak silap aku la...

TMUkmkd berkata...

yup.. nano/pico lebih mudah.. sebab direct dan memang benar juga vi memang lebih menyeluruh.. kenapa vi tak dijadikan macam nano? sebab otai2 dah biasa macam tu kot.. kalau tak mau mengamuk diorang

pico keluar dulu then baru nano, sebab kalau bukak "$ man pico" dia akan tulis;

"Nano ANOther editor. an enhance free Pico clone"

so memang dia based idea from Pico.