Khamis, 9 Julai 2009

Tukar PDF Kepada Gambar

Dr. Ivan
Tutorial ni diambil daripada blog Dr. Ivan yang dimasukkan kedalam Linux Today. Mungkin berguna untuk anda yang mahu menjadikan PDF kedalam bentuk gambar untuk kegunaan tertentu.

ImageMagick
Mulakan dengan memasang aplikasi ImageMagick dengan menggunakan arahan di Terminal.


sudo apt-get install imagemagick

Kadang kala versi Ubuntu yang lebih baru telah mempunyai ImageMagick secara automatik. Setelah dipasang, masuk kepada direktori yang menyimpan fail pdf tersebut dan gunakan arahan "convert <tajuk pdf> <tajuk gambar>" seperti contoh dibawah;


convert fail.pdf fail.png

apa yang akan terjadi adalah imagemagick akan menukarkan setiap muka surat daripada fail.pdf kepada fail-01.png, fail-02.png dan seterusnya. Anda juga mampu untuk menukarkan kepada fail jpg dengan mengubah png kepada jpg.

Arahan Lain
Anda boleh mendapatkan arahan yang lain untuk memudahkan kerja anda didalam menggunakan ImageMagick dengan menggunakan arahan "man" seperti mana yang telah diajar didalam Terminal edisi pengenalan dahulu.

Kegunaan Sebenar ImageMagick
Kegunaan sebenar ImageMagick tidak hanya terbatas kepada menukarkan pdf kepada jpg semata tetapi mengubah dan menganalisa gambar didalam terminal. Anda boleh mencuba untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang ImageMagick. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman rasmi ImageMagick.

Rujukan
Dr. Ivan. 28 Jun 2009. Linux Tips & Tricks: Converting PDF-s to pictures in Linux. blog.dr-ivan.com via www.linuxtoday.com

Tiada ulasan: