Sekuriti Dan Penjajahan Data
Jika berkata tentang sekuriti rasanya ramai yang sudah memahami apa yang akan K perkatakan, tetapi apa pula yang diceritakan tentang penjajahan data. Penjajahan data sebenarnya adalah istillah K sendiri. Bukan istillah sebenar dan rasmi. Tetapi yang penting mengapa K panggil sebegitu.
Google. Pengumpul Data
Siapa yang tidak kenal Google, enjin carian yang amat amat bagus. Sukar untuk enjin carian yang lain seperti Yahoo dan Bing untuk menggugat dan mendapatkan data terbaik sebaik Google. Kerana itu Google unik. Google itu gah dimata pengguna. Bila Google mengatakan mereka membuat pelayar interent sendiri, ramai yang beranggapan itu perkara yang baik tetapi terdapat bahagian "hitam" didalam perkara itu. Google sememangnya terkenal dengan cara pengumpulan data yang baik, masakan tidak. AdSense yang begitu popular memerlukan data pengguna yang begitu banyak. Sememangnya Google Chrome dibina tidak lain misinya adalah untuk mendapatkan data daripada pengguna. Apa yang dilayari, apa yang dicari dan apa minatnya. Itu hanya sebagian kecil daripada apa yang dicari oleh Google Chrome. Kini di buka pula cara yang lain, membuatkan pengumpulan data tersebut lebih besar daripada apa yang ada kini.
GoCOS
Disitu dapat dilihat cara Google untuk mendapatkan data pengguna sebanyak yang dimampu. Untuk melawan kemaraan Bing yang dikatakan mampu untuk mengoyahkan Google selaku enjin carian nombor satu dunia. Apa yang mampu dilakukan oleh GoCOS adalah mencari data berkaitan minat, hobi, kewangan, antivirus dan sekuriti, hal semasa, kesihatan dan pelbagai lagi. Jika tidak mengapa Google membuat Google Trend. Kecuali untuk melihat apa yang dicari oleh pengguna. Semua itu adalah "harga" yang perlu dibayar oleh penggunanya lebih lagi kepada pengguna GoCOS. Sehingga ada yang beranggapan, Google adalah syarikat pengintip data yang sah.
Isu Sekuriti
Linux. Jangan kerana Linux anda terus mempercayai bahawa GoCOS itu selamat. Kerana GoCOS dan Linux belum tentu selamat jika tiada prosedur yang betul digunakan. K selalu memberikan quote apabila berkata tentang sekuriti;
Penjajahan Dunia
Jika Microsoft di saman kerana memasukkan Internet Explorer kedalam Windows yang dikatakan sebagai anti persaingan didalam hal pegangan pasaran pelayar internet, apa pula terjadi kepada GoCOS yang memang mempunyai pelayar internet sebagai aspek terpenting? Perkara ini menjadi lebih rumit apabila kemungkinan besar juga GoCOS tidak mahu pelayar internet lain memasuki GoCOS seperti mana yang telah diterangkan didalam Episod 3. Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh Google. Gunakannya boleh tetapi jangan terlalu menyerah kepadanya.
Pergulungan
Jika diikutkan penulisan ini akan menjadi lebih daripada lima episod tetapi setelah disunting dan ditulis semula ianya dipendekkan menjadi lima episod sahaja. Dan episod susulan mungkin akan dikeluarkan jika terdapat persoalan yang perlu K tulis dan baiki semula apabila berlaku fakta baru. Setakat ini episod 4 melabuhkan tirai.

Security is not a product, it's a processQuote itu bukan datang daripada K tetapi orang lain, tetapi maksudnya amat baik untuk semua perkara yang melibatkan sekuriti. Anda seharusnya mengetahui bahawa Internet bukannya selamat, lebih lagi apabila anda menggunakan pelayar interent untuk membuat kerja yang bersifat sensitif dan kritikal. Jika mengatakan perihal virus sememangnya boleh K katakan setakat ini Linux masih bebas daripada perkara itu tetapi perihal eksploitasi pelayar interent tidak dijamin sama sekali. Termasuklah Google Chrome. Mungkin anda lupa, GoCOS menggunakan Google Chrome sebagai peralatan wajib kerana segalanya berada didalam Cloud. Anda sedang membuat risiko terbesar apabila mempercayai semua perkara untuk dilakukan didalam Cloud. Kerana teknologi tetap mempunyai risiko eksploitasi.
Penjajahan Dunia
Jika Microsoft di saman kerana memasukkan Internet Explorer kedalam Windows yang dikatakan sebagai anti persaingan didalam hal pegangan pasaran pelayar internet, apa pula terjadi kepada GoCOS yang memang mempunyai pelayar internet sebagai aspek terpenting? Perkara ini menjadi lebih rumit apabila kemungkinan besar juga GoCOS tidak mahu pelayar internet lain memasuki GoCOS seperti mana yang telah diterangkan didalam Episod 3. Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh Google. Gunakannya boleh tetapi jangan terlalu menyerah kepadanya.
Pergulungan
Jika diikutkan penulisan ini akan menjadi lebih daripada lima episod tetapi setelah disunting dan ditulis semula ianya dipendekkan menjadi lima episod sahaja. Dan episod susulan mungkin akan dikeluarkan jika terdapat persoalan yang perlu K tulis dan baiki semula apabila berlaku fakta baru. Setakat ini episod 4 melabuhkan tirai.
2 ulasan:
fakta yang bagus,mula-mula tu tak paham apa yang nak disampaikan.sekarang baru la paham.tak sabar nak tunggu yang kelima..
5? habeh dah.. esok just ringkasan dan pendapat K je..
K tulis neh bila ek? huhu lupa.. mungkin pendapat K berubah nanti.. buat masa sekarang.. belum lagi
Catat Ulasan