Jumaat, 17 April 2009

[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 3

BaikPulih_1: 17 April 2009

Sesi 3
Jika anda pernah membaca penulisan K berhubung permasalahan yang berkisarkan bahasa, melayu, komputer dan teknologi yang pernah K keluarkan didalam siri 1 dan siri 2. Kini siri 3 menyambung permasalahan tersebut. Isu kali ini, melayu boleh. Ingin ditekankan bahawa penulisan ini adalah berunsur fakta.

Kata Kunci Lucah
Bila berkata tentang "melayu boleh", mungkin hanya satu sahaja perkara yang akan keluar daripada pemikiran orang yang telah lama menggunakan internet. Laman sesawang yang memberi "perkhidmatan" menayangkan gambar dan video lucah dan disertai dengan beberapa kata kunci yang seiring dengannya seperti bogel, seksi, lucah, bohsia, ghairah dan bermacam perkataan yang menjurus kepada laman tersebut. Apa kaitannya pula dengan tajuk ini adalah bagaimana sesuatu bangsa itu boleh diruntuhkan maruahnya dengan hanya menggunakan satu kata kunci di enjin carian. Mengapa tidak mencontohi orang yang berjaya dalam perkara yang diceburi jika benar mereka sayangkan ke-melayu-an tersebut.

Melayu, Boleh, Komputer
Mengapa kita sukar untuk mengikut jejak langkah orang yang baik? Siapa kata Malaysia tidak mempunyai laman sesawang yang ditulis didalam bahasa Melayu, di coret oleh orang Melayu, untuk memberi pengetahuan kepada orang Melayu dan sekaligus membuktikan Melayu Boleh. Antara yang dapat K ringkaskan;
Mungkin itu hanya secedok daripada sejumlah blogger malaysia yang benar-benar hebat didalam bidang mereka dan menulis blog didalam bahasa Melayu. Mungkin ramai lagi yang lebih handal diluar sana tetapi tidak mahu untuk berkongsi ilmu mereka, malu mungkin untuk menulis didalam bahasa Melayu kerana dikatakan "tiada pasaran (market)". Tenaga melayu boleh itu tiada didalam benak hati mereka.

Melayu Boleh, Anda Boleh Mengubahnya
K mendapat idea untuk menerbitkan penulisan tetang perkara ini setelah K membaca didalam sebuah blog tentang Cabaran SEO 2009: Melayu Boleh. K tidak memasuki pertandingan tersebut kerana K tidak mampu untuk mengikuti syarat yang telah diberikan tetapi secara tidak langsung K tetap menyahut cabaran tersebut. Semoga penulisan tentang melayu boleh K ini mampu membantu dalam usaha menangkis laman laman yang telah merosakkan identiti Melayu sepanjang 10 tahun yang lepas. Jika anda mampu untuk menyahut, sahutlah cabaran tersebut yang dilakukan oleh JomBincang.

Sehingga kini penulisan ini telah memasukkan enam kali perkataan melayu boleh.

11 ulasan:

hady berkata...

betul³... tanggapan orang berkenaan ayat melayu boleh ni berkisar dengan xxx jer. Padahal ayat ini terlalu umum kan bro

TMUkmkd berkata...

hady - tu la pasalnya.. masa 1998 benda neh popular.. masa tu la kata kunci ni naik sampai jadi salah satu kata kunci malaysia yang popular :D

Tanpa Nama berkata...

melayu boleh.
mmg aku bukak tiap2 ari dlu.
wakaka..

menteil berkata...

secara peribadi memang aku tertarik dengan cabaran nie...
bukan nak berlawan SEO dengan sesiapa, tapi berniat untuk menghapuskan tanggapan orang ramai dengan 'melayu boleh'
syabas!

kalau aku ada idea aku pon akan sahut cabaran..

TMUkmkd berkata...

TanpaNama : kenapa tak taruk nama? huhu.. tak silap K orang mula perkatakan pasal ni masa tu masih guna dial up lagi.. K secara jujur tak pernah masuk pun "melayu boleh" tu. Masa tu innocent lagi kot

Menteil - ko mempunyai pengaruh yang besar.. so leh bantu kikis tanggapan tu. bukan bersaing pasal SEO (K pun tak pandai SEO) tapi tanggapan perlu di kikis. :)

MK berkata...

Bukan kata 'Melayu boleh', taip perkataan 'Melayu' kat Google pun dah dapat hasil carian yang tak elok. Malu sungguh rasanya.

Nampak cam menarik gak cabaran SEO tu, tapi kena masuk iklan macam2 pulak kat tepi, menjadikan aku kurang berminat nak masuk... huhu. Apa pun, harap2 pertandingan tu membantu la dalam membersihkan kembali kata kunci melayu di Google.

TMUkmkd berkata...

MK - sebab tu K katakan awalnya.. K tak boleh nak masuk pertandingan tu sebab kene tampal macam2.. malas la. blog ni memang clean daripada iklan.. so K tak masuk pertandingan tu tetapi sekadar menyokong :D

p/s: kalau tak masuk pun tak pe.. kalau ada perkataan "melayu boleh" dalam post kan? nanti dia crawling jugak. tapi payah la sikit nak ke page depan

Syalily berkata...

lili xtau ape2 ttg melayu boleh..maybe cetek ag kot pengalaman n pemikiran..huhu..tp lili support K n usaha K..hehe, Melayu Boleh!! :D

TMUkmkd berkata...

haha. tak pe la.. tak perlu tahu pun :D
tak perlu tahu apa itu melayu boleh sekarang ini. tapi nanti perlu tahu apa itu melayu boleh akan datang

Syalily berkata...

owh..ek..camtu K la yg kne naik kan Melayu Boleh untuk akn dtg..hehe

TMUkmkd berkata...

lili - haha.. tak la.. bukan K yang akan naikkan tapi seluruh blogger malaysia yang prihatin tentang perkara ini. :)