Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 28012009
Sesi sebelumnya
[Aplikasi] Internet Explorer 8 RC1
IE8 RC1: gagal atau berjaya
Disebalik kejayaan Microsoft melancarkan browser terbaru mereka untuk menyaingi persaingan antara browser yang begitu rancak, tiba-tiba mereka dikatakan 'gagal' setelah dijalankan beberapa ujian keatas browser terbaru ini. Oleh itu, sesi 2 dibuka untuk menyingkap perkara tersebut.
Sesi 1: Kelajuan bukan segalanya
Memang benar pihak Microsoft mengatakan mereka tidak akan bersaing dengan browser yang laju tetapi jangan pula menjadi terlalu lambat untuk menutup kelemahan itu. Buktinya, graf yang berada di kanan anda itu menunjukkan ujian Sunspider kepada browser yang terbaru. Sunspider adalah satu ujian untuk menentukan kelajuan enjin javascript browser. Daripada ujian ini menunjukkan bahawa IE8 RC1 adalah yang paling lambat. Lebih lambat daripada Opera. Dan yang terpantas adalah Google Chrome yang menggunakan enjin Webkit yang telah diubah suai. Webkit digunakan oleh beberapa browser seperti Google Chrome dan Safari. dan Firefox mendapat tempat ketiga dalam ujian ini. Daripada ujian ini menunjukkan IE8 RC1 adalah
Sesi 1: Accelerators
K membuat kesilapan didalam Sesi 1 apabila menganggapkan Accelerators itu adalah satu cara IE8 RC1 untuk mempercepatkan user dalam melayari internet. Tetapi perkara ini adalah berlainan sama sekali. Berikan pengguna pilihan untuk mereka selepas mereka membuka tab yang baru. Bagi K ini melambatkan kerja K, kerana K tidak berminat untuk memilih apa yang hendak K lakukan. Berlainan dengan apa yang boleh dilakuan oleh browser lain seperti Firefox (FastDial - addon) dan Opera (FastTab) ataupun Chrome (History). mereka semuanya menggunakan seakan-akan sama caranya, bergambar. tetapi menggunakan text amatlah tidak sesuai jika mahu membina satu browser yang dikatakan 'untuk kegunaan manusia biasa'.
Fail. itu yang mampu dikatakan. Acid3 merupakan satu test yang menunjukkan adakah sesuatu browser itu menepati kehendak pengguna secara keseluruhan, ujian ini berdasarkan penggunaan javascript dan beberapa ujian lain secara serentak. K sendiri telah melakukan ujian ini didalam Firefox 3.0.5 dan hasilnya adalah: 71/100. dan mengeluarkan gambar yang pertama. Ujian keatas Firefox 3.1 B2 adalah 93/100 dan mengeluarkan gambar yang kedua. Manakala Opera 10.0 A1 dan Safari 4 DP mendapat 100/100 dan mengeluarkan gambar yang ketiga. Dan malang buat IE8 RC1, mereka gagal dalam ujian ini dengan mendapat markah hanya 21/100 kerana gagal dalam ujian link.
Sesi 1: Pemasangan
Apa yang paling 'gagal' dalam hemat K adalah, mengapa dan kenapa perlu untuk restart dalam pemasangan browser. Mungkin kerana update terkini browser tersebut dan juga sistem operasi menyebabkan perkara ini terjadi. Tetapi berapa orang yang sanggup untuk tunggu untuk sistemnya restart kembali semata-mata untuk memasang browser. K tidak sanggup. Oleh sebab itu K mengatakan IE adalah hasil yang tidak sempurna dan 'gagal' daripada Microsoft. Namun mereka bukan gagal secara keseluruhan kerana masih ada perkara yang baik dapat diambil daripada IE8 RC1 ini.
Sumber
FudZilla - Redmond rolls out IE 8 RC1
DownloadSquad - IE8 RC1 tested: the good, the bad, and how it stacks up
ZDNetNewsSoftware - Interent Explorer 8, RC1: Photos
Technorati Tags: aplikasi, application, internet, explorerrc1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan