update 1 - 04012009
Pendahuluan
agak lambat K tulis pasal ni sebab tak de masa nak memahami apa sebenarnya hal ini. dan lepas K belek ini yang K paham, Microsoft cuba untuk membuat satu cara baru dalam net computing terutamanya selepas pengumuman Windows Azure (diam dah Windows ni) dan Windows 7 yang (amat) hangat sekarang. idea mereka adalah, pengguna yang tidak menggunakan khidmat mereka sepernuhnya maka tidak perlu membayar untuk khidmat tersebut. contohnya? anda mempunyai satu set lengkap Microsoft Office tetapi tidak menggunakan kesemuanya, (excel, access, outlook, visio, project) sebagai contoh dan anda perlu membayar semua itu bukan? tetapi tidak dengan cara baru ini.
pay-as-you-go & pay-as-you-use
gambarajah ini akan menunjukkan bagaimana patent sistem yang cuba dibuat oleh Microsoft. mereka membuat perkara ini kerana:
- tidak semua user mahu menggunakan semua khidmat yang diberikan oleh Microsoft dan ini membazirkan pengguna
- sistem pengoperasian kini menjadi terlalu berat kerana terlalu banyak perkara hendak dimasukkan tetapi tidak semenstinya pengguna mahukanya
Kurang difahami oleh K
setelah K baca punya baca, K sedikit pelik kerana mengapa sistem ini kelihatan seperti satu sistem yang secara keseluruhannya adalah online. maksud K, berdasarkan gambar itu sendiri, pengguna boleh memilih mereka mahu menggunakan berapa tinggi processor speed, berapa core yang mereka mahu gunakan, berapa jumlah harddisk yang mereka mahukan dan pelbagai lagi termasuk kad grafik. sebenarnya sampai ekarang K masih tidak dapat menjangkakan bagaimana sebenarnya produk ini.
kesimpulan
ini thread pertama yang K tulis, tapi K sendiri kurang faham, mungkin anda lebih faham daripada K dan rajin la untuk memberi penerangan kepada K :)
Update 1 - 04012009
akhirnya tidak perlu K hendak memahami apa itu "pay-as-you-go" kerana patent itu tidak diterima (nasib tak bersengkang mata untuk pahamkan) kerana alasan pejabat patent Amerika adalah, patent itu telah pun dibuat dahulu dan semuanya lebih kurang sahaja.. tetapi keputusan ini bukanlah muktamad dan Microsoft boleh mencubanya dalam bentuk yang lain pula (harap tak payah la.. pening kepala)
anda mungkin faham jika anda membaca sumbernya
TechSpot - Microsoft details 'pay as you go' computing scheme
ArsTechnica - Microsoft wants to patent "pay-as-you-use" computing leasing
TGDaily - Microsft patents "pay-as-you-use" computing leasing
PCMag - Microsoft patents pay-as-you-go PC computing
Engadget - Microsoft patent application hints at pay-as-you-go PCs
Engadget - Microsoft pay-as-you-go patent application rejected
Electronista - Microsoft contemplating pay-per-use PC model?
ZDNet - Microsoft was denied PAYG computing patent
FudZilla - Microsft denied pay-as-you-go computing patent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan