Rabu, 7 Januari 2009

HP + AMD Athlon Neo (Update 1 - 07012009)

Tarikh Keluaran Rasmi - 06012009
Update 1 - 07012009




pengenalan
amaran untuk perkara ini:
1. dilarang menggelarkan laptop baru HP ini sebagai Netbook, lebih elok jika dipanggil "Ultraportable Notebook".
2. dilarang mengeluarkan sebarang perkataan untuk menunjukkan kekaguman contohnya, wooohoooooooooo ataupun wallaaa smart sioooottt.

HP + AMD Athlon Neo = Tentera HP 2009
HP telah mengeluarkan beberapa tentera sebagai menjawab kepada hajat Acer untuk mengambil takhta HP sebagai penjual Laptop terbanyak pada tahun 2009 ini. dengan menggunakan processor terbaru AMD; AMD Athlon Neo, HP kelihatan yakin untuk menghadapi cabaran daripada Acer dan tidak asing lagi jika HP tidak disertai dengan design yang menarik mata pelangga mereka. ini tidak langsung merancakkan lagi persaingan antara 2 syarikat Laptop ini, mungkin Dell juga akan mengeluarkan jenisnya yang terbaru iaitu Dell Adamo yang dikatakan lebih nipis daripada MacBookAir tetapi dari sudut keluasan jualan tidak besar kerana tidak ramai yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli laptop yang terlalu nipis.



Harapan akan datang
yang dilihat kini HP cuba menggabungkan antara netbook dan notebook kerana netbook lebih kepada internet dan aplikasi berasaskan web (web based application) tetapi notebook lebih mementingkan kemampuan laptop tersebut, dan kini kedua-dua sifat itu cuba digabungkan oleh HP untuk membentuk HP siri 2009 ini. dengan skrin 12" dan 13" disertakan dengan kebolehan AMD Athlon Neo yang digabungkan dengan ATI Radeon 3000 sebagai pembantu dalam grafik, bakal memadamkan dominasi Intel Atom didalam Netbook. rasanya akan datang apa pula?



Update - 07012009
Magnesium?

setelah K baca daripada ArsTechnica dan TGDaily tentang netbook notebook ini, terbaca tentang ATI Radeon yang disematkan didalam aloi magnesium yang menggantikan aloi aluminium. setahu K la, magnesium ni kalau dalam kelas kimia masa form 4 main bakar-bakar je, tu pure magnesium. setelah dikaji sekejap, aloi magnesium tidak akan terbakar kerana terdapat satu bahan iaitu SF gas yang membantu menaikkan suhu melebur aloi magnesium. oleh itu perkara ini secara teori dan aplikasi dalam makmal tidak akan berlaku. dan alot magnesium juga dikatakan lebih mesra alam daripada aloi aluminium, mungkin sebab itu HP menggunakan aloi magnesium




suka K lihat laptop ni kerana designnya yang membentuk satu agrodinamik yang baik dan peredaran udara yang bagus dibawah laptop tersebut. ini sedikit sebanyak akan mengurangkan risiko Sindrom Terowong Carpal (Carpal Tunnel Syndrome).

sumber terkini
AMDNewsRoom - AMD delivers groundbreaking platform for ultrathin notebook

CNETNewsNanotech - new HP ultraportable frist to use AMD Neo chip
Engadget - HP greets us with 13.3" Pavilion dv3 entertainment laptop
Engadget - HP's 12.1" Pavlilion dv2 with Blu-Ray: don't call it netbook
Engadget - AMD kinda sorta takes aim at Atom with Athlon Neo
Gizmodo - HP Pavilion dv2 notebook is HPs first 12", full functioning consumer laptop
YahooTechCES2009 - AMD aims to bulid middle ground between netbook and laptop
TechSpot - AMD unviels Athlon Neo for ultraportable laptops
ArsTechnica - AMD's Neo processor debuts in HP notebook
TGDaily - CES 2009: HP to launch series of low cost computers

8 ulasan:

FiCK berkata...

hurm... Athlon Neo tu ape cer?

lepas ni depa dah tak mahu keluarkan Turion X2?

SyaFia berkata...

turion x2 aku tak tahu la.. tapi rasanya tak yah dah.. sebab athlon neo ni pun x64 gak.. so wat pe nak simpan benda lama kalau benda baru lagi ok :)

Lieza berkata...

bukan kah AMD nie mudah panas!!
so mcm mana nak mengelak kan daripada kepanasan itew?

kene guna kipas ker???
atau versi terbaru AMD nie tak panas lagi?

SyaFia berkata...

AMD panas.. yup mungkin ada kebenarannya. athlon neo ni tak tahu la panas ke tidak.. tapi kalau tengok dari segi airflow dia macam menarik je..

act benda ni tak keluar secara rasmi lagi.. sebab ada konvensyen pada 8-11 ni.. masa tu baru dirasmikan. tapi HP dah kata la nak keluarkan masa konvensyen tu.

tunggu la seminggu lagi ke nanti K bagi tahu tentang review dari blog luar negara.. (blog dalam negara ni mana ada yang dapat nak test2 semua)

FiCK berkata...

ha ha ha ha.... turion benda lama... mana boleh K... x boleh... Pengeluar hardware ada terget...

High End, Mid End ngan Low End...

Turin boleh la simpan jadi Mid End... Neo jadi Hign End... (aku pk konsep intel je..main bantai je nih)

SyaFia berkata...

hummm tu la.. tapi turion ni masalahnya panas tu.. tapi latest turion rasanya dah kurang sikit kot.. aku bukan pakar dalam hardware la... :)

Naem Ibrahim berkata...

weh, cun weii series adamo!.

SyaFia berkata...

adamo dah kuar ke? tak pernah tengok pulak