Isnin, 19 Januari 2009

[Media] muzik cetak rompak, 95%?

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 19012009


Digital Music Report 2009
Beberapa hari lepas IFPI sebagai satu badan yang mewakili industri rakaman seluruh dunia mengeluarkan Laporan Muzik Digital untuk tahun 2009 yang menunjukkan bertapa seriusnya gejala cetak rompak diseluruh dunia.dengan anggaran kasar sebanyak 95% muzik yang dimuat turun di seluruh dunia ini adalah cetak rompak dan kebanyakkannya didapati daripada cara p2p yang paling "berkesan" iaitu torrent. "Syabas" untuk semua lanun dan anak kapal lanun kerana berjaya membuat satu rekod untuk awal tahun 2009. semoga anda "berusaha" lebih giat lagi kerana IFPI dan RIAA (Recoding Industry Association of America) yang mahu menjadikan pelan pada akhir tahun 2008 berjaya dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu menggunakan ISP sebagai cara untuk mengurangkan cetak rompak.

Ironi: 25% jualan lebih baik
Disebalik kutukkan keatas semua lanun kerana "kejayaan" mereka menjangkau 95% muzik sebagai cetak rompak, muncul pula laporan yang menunjukkan jualan secara keseluruhan adalah meningkat sebanyak 25% pada tahun lepas. ini menunjukkan dua perkara;
  • semakin kurang orang menggunakan khidmat lanun untuk mencari lagu tetapi beralih kepada e-stor yang murah
  • ada "sesuatu" yang pelik dalam laporan itu, seperti mahu mengaburi mata pengguna muzik cetak rompak kepada beralih kepada muzik yang sebenar.
Walau apa pun, teruskan hidup anda dan semoga bahagia dengan apa yang anda buat.

Sumber
IFPI - IFPI published Digital Music Report 2009
TechRadar - Does piracy matter?
ArsTechnica - IFPI: Music piracy at 95% (or is it 18%)
PCMag - Global digital music sales up 25 percent
TechNewsReview - Online piracy: 95% music downloads illegal; legal industry grows 25% in 2008
Gizmodo - 95% of music downloads are pirated
Slashgear - New report claims 95 percents of music downloaded is pirated
Physorg - Music industry still faces huge online piracy: report
GuardianMusic - Online piracy: 95% of music downloads are illegal

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hantar surat ke isp macam yang RIM sedang buat?

Syalily berkata...

err RIM tengah buat ke? sebab idea tu act asal daripada RIAA tahun 2008 lalu.. ada dalam post lepas.. sebab diorang tak mahu saman2 lagi dah.. so diorang main "cap" kan broadband speed atau banned atau buang.. tak tahu pulak RIM pun ada.. ada sumber tak?

Tanpa Nama berkata...

kalo download lagu free drpd website camne plak?? bleh dikira cetak rompak ke??

Syalily berkata...

act kalau benda tu tak dibeli, kira cetak rompak la.. tapi kalau kita download direct rasanya tak leh nak kawal kot.. entah la.. aku pun tak tahu macam mana diorang nak kawal.. takkan nak kaji byte by byte.. gilo la