Jumaat, 16 Januari 2009

[Aplikasi] Microsoft Office 14 Alpha

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 16012009


Konsep minimalistik
Mungkin ini hanyalah gambaran awal daripada Microsoft kepada pengguna walaupun bukan secara rasmi kerana Office 14 Alpha ini terbocor daripada pihak Microsoft dan bukannya secara rasmi kerana apa-apa aplikasi yang berada didalam status alpha tidak sepatutnya keluar kepada pengguna peringkat akhir (end-user). dengan nama rasmi yang akan dikeluarakan kelak, Office System 2009.

daripada apa yang kelihatan didalam gambar pertama tadi, pihak Microsoft telah pun membuang lambang Microsoft yang bulat dan besar diatas itu dan menggantikannya kepada lambang yang lebih kecil seperti gambar diatas ini yang menggunakan konsep lama. tetapi bagi K cara ini lebih menonjolkan lambang tersebut daripada menggunakan lambang yang besar. dan dalam hemat K, menu reben itu kelihatan lebih kecil daripada Office 2007, mungkin dipengaruhi oleh skrin yang besar dalam gambar ini, tetapi itu yang K dapat katakan, lebih kecil daripada yang lepas, dan jika anda perhatikan antara dua gambar itu, anda dapat lihat perbezaanya. oleh kerana itu, K katakan Office 14 menggunakan sedikit konsep minimalistik.

Seakan Adobe Photoshop cs4?
Apa yang dapat dilihat daripada gambar diatas, K terus mengatakan;
kenapa, menu Office sebelah kiri ini kelihatan seperti Adobe Photoshop cs4? musykil sekali. mungkin warna yang ditunjukkan itu yang menyebabkan K berfikir seperti itu. dan bagaimana sistem Office 14 ini berfungsi dengan kebolehan melakukan pelbagai fungsi dan terutama sekali bagaimana sistem Office ini akan membantu menaikkan penjualan Microsoft 7 dan Microsoft Azure (sudah lama tidak mendengar hal ini). untuk masa awal ini hanya ini yang boleh dikatakan;
tunggu dan lihat

Sumber
DownloadSquad - Microsoft Office 14 screenshots leaked
CNETNewsBeyondBinary - Microsoft start testing Office 14
CNETNewsMicrosoft - Microsoft testing next Exchange
Neowin - Office 14 Alpha screenshots leak
Neowin - First Office 14 screenshots unveiled
Neowin - Office 14 to be named Microsoft Office System 2009

Tambahan
anda hebat dan kreative? mahu membantu Microsoft dalam menghasilkan BlueScreenOfDeath (BSOD) yang baru untuk Microsoft? masuk di [sini]

Tiada ulasan: