Sabtu, 3 Januari 2009

OpenOffice 2.4 -> OpenOffice 3.0

Tarikh Keluaran Rasmi - 03012009

Pendahuluan
Ubuntu 8.10 tidak memasukkan OpenOffice (OO) 3.0 sebagai versi OO mereka tetapi hanya OO 2.4 dimasukkan dan ini mengecewakan sedikit kepada pengguna OO, walaupun bukanlah awal K buat tajuk ni, tapi disuatu sudut didunia internet ini masih ada orang yang masih baru dalam dunia Ubuntu ini (termasuk K sendiri) mahukan OO 3.0 didalam Ubuntu mereka. K hanya mengeluarkan untuk Ubuntu 8.10 sahaja dan untuk versi lain boleh dirujuk pada sumber berkaitan pada akhir tulisan ini

dua lorong bercahaya
ada dua cara untuk membuat naiktaraf (upgrade) OO anda daripada 2.4 ke 3.0, iaitu secara Paparan Antara-muka Grafik/Graphical User Interface (GUI) iaitu menggunakan Update Manager ataupun Paparan Arahan Berbaris*/Command Line Interface (CLI)

[cara pertama] Paparan Antara-muka Grafik/Graphical User Interface (GUI)
[step 1] - memasukkan data berkaitan** untuk OO 3.0
dengan pergi ke System -> Administration -> Software Sources


pada tab kedua, "Third-Party Software", masukkan baris dibawah dengan menekan butang "new"
deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main


seterusnya tutup tetingkap itu, dan jika dia bertanyakan untuk "update" abaikan, update sehingga dia tutup sendiri


[step 2] - tukar ke OO 3.0

selepas tetingkap itu tutup, dia akan keluarkan satu lagi tetingkap lain iaitu Update Manager dan menunjukkan beberapa update yang boleh dilakukan


tekan butang update dan pergi buat kopi mahupun masak untuk makan tengahhari kerana update ini agak lama dan memakan masa. dan bila ia tamat.. walla..


~selamat mencuba~

[cara kedua] - Paparan Arahan Berbaris*/Command Line Interface (CLI)
[step 1] - menggunakan Terminal untuk memasukkan data berkaitan** OO 3.0

$ sudo nano /etc/apt/sources.list

dan masukkan baris dibawah didalam sources.list tersebut dan save.

deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main

[step 2] - update
sudo aptitude update && sudo aptitude full-upgrade -y

dan boleh la jalan-jalan dulu.. dan bila siap.. OO 3.0 anda sedia untuk digunakan.

Kemusykilan
*Paparan Arahan Berbaris - K tidak tahu sebenarnya, sebab tiada sumber yang menolong dalam perkara menukarkan bahasa komputer ke bahasa melayu, sayang sekali.
** data berkaitan - sebenarnya ayatnya ialah "repositories". tapi.. K tak tahu ayat sebaiknya.

Sumber Berkait
MelayUbuntu - Install OpenOffice.org 3.0 kedalam Intrepid
SoftPedia - How to install OpenOffice 3.0 on Ubuntu 8.10
ChrisJohnston - How to install OpenOffice 3.0 on Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex
Technovia - How to update to OpenOffice 3.0 on Ubuntu 8.10
Andre'Gondim - How to use OpenOffice 3

Tiada ulasan: