Ahad, 4 Januari 2009

7 Raja Di Lautan Linux

Keluaran rasmi - 04012009

Pengenalan

jika dalam komik "One Piece" ada raja di setiap lautan, maka dalam Linux juga terdapat "raja" mereka tersendiri. mungkin ada yang sedikit keliru berkaitan apa bezanya Linux, Debian dan Ubuntu (kini Ubuntu lebih terkenal). mudahnya seperti ini, Linux itu adalah buah dengan spesis pisang.. dan buah pisang mempunyai perbezaan pada setiap jenis pisang. dan setiap jenis pisang itu boleh dikatakan sebagai "distribution" ataupun pecahan (kalau orang biologi kata, sub-spesis rasanya). mudah nak dikatakan bahawa;

Linux = spesis pisang (musa/musaceae)
Debian = sub-spesis pisang (pisang emas ke.. pisang montel atau pisang abu pun boleh)
Ubuntu = sub-sub-spesis pisang (pisang emas A32 (konon la), pisang emas B45 (konon jugak))

ha.. dapat tak? kalau tak dapat dapat kan la ek.. ok mari teruskan hal yang sebenar.. menyimpang dah ni.

7 Raja Lautan Linux
kembali semula kepada tajuk asal, maka itu terdapat beberapa pecahan Linux yang begitu popular di dunia, mungkin tidak anda ketahui (sebab korang tak pernah dengar pun "Linux") tapi tak pe. sekarang korang dah dengar. so siapa yang boleh dikatakan sebagai 7 raja dilautan Linux?


1.Debian
berasal daripada percantuman nama sepasang suami isteri (betul ni) Ian Murdock + Debra = Debian. dikatakan sebagai pecahan yang paling berpengaruh di lautan Linux kerana dibawahnya terdapat beberapa Linux yang amat terkenal dan seperti Ubuntu, Knoopix dan MEPIS. dahulunya Debian dikenali dengan kesukaran untuk memasangnya kedalam sistem komputer tetapi kini perkara itu sudah hilang daripada mereka, mereka kini telah bertukar kepada paparan yang lebih mesra pengguna.


2. Fedora & Red Hat Enterprise Linux (RHEL)
salah satu kuasa besar dalam Linux dan dikira sebagai veteren didalam Linux. sejak dulu lagi Red Hat ini K dengar walaupun pada masa itu K tidak langsung mengetahui apa itu Linux :) bayangkan bertapa hebatnya Red Hat pada masa itu. walaupun kini tiada lagi Red Hat kedengaran begitu kuat kerana Fedora telah mengambil alih kekuasaanya tetapi kuasanya (Red Hat) masih dapat dirasakan.


3.Gentoo
tidak banyak yang K tahu pasal Gentoo, setelah dicari sedikit pasal Gentoo kelihatan seperti agak sukar menggunakan Gentoo. tetapi dia telah diiktiraf sebagai salah satu Linux yang berkuasa, mungkin bukan pada orang biasa tetapi kepada golongan yang mencarinya, mungkin mereka lebih tahu apakah "kuasa" yang ada pada Gentoo


4.Mandriva
berasaskan kepada Red Hat, setelah bergabung dengan Conectiva bertukar namanya daripada Mandrake kepada Mandriva. pengaruh Mandriva semakin merosot beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku. kini Mandriva telah kembali dengan versi yang terbaru
Mandriva 2009.0


5.Slackware
otai dan geek itu sahaja yang K boleh kata, kerana Slackware ini berasaskan Debian dan inilah Linux yang bertahan paling lama. memang geek kerana reputasi mereka dibina atas paparan arahan berbaris/command line interface (CLI) yang begitu sukar untuk pengguna biasa yang hanya seorang yang dikataka sebagai "geek" yang mampu menggunakannya. "berada di kelasnya yang tersendiri" nak kata Hasbullah Awang. versi yang terkini adalah 12.1 yang dilancarkan pada 10 Disember 2008 yang lepas.


6.SUSE Linux Enterprise/OpenSUSE
pesaing utama Red Hat Enterprise Linux didalam bahagian Linux komersial. K pernah gunakannya pada semester lepas (terpaksa) kerana pensyarah mahu menggunakan SUSE sebagai pengajaran kepada sistem pengoperasian. ada bagusnya kerana pelajar ditunjukkan bagaimana menggunakan SUSE yang digunakan untuk komersial sebagai pendedahan kepada pekerjaan yang melibatkan Linux. seperti Slackware, penggunaan CLI amat dititikberatkan untuk mengurangkan pembaziran memori kepada GUI.


7.Ubuntu
"Ubuntu - Linux for human being". diambil daripada bahasa Zulu yang bermaksud "kemanusiaan". berasaskan Debian tetapi menjadi lebih baik daripada Debian, Ubuntu tiba-tiba melonjak naik dan membuatkan semua pengguna Linux mahupun bukan pengguna Linux memandang kepadanya kerana ingin mengetahui apakah yang terdapat disebalik nama Ubuntu itu. menekankan sikap komuniti dalam ada jua bidang, ubuntu telah berjaya menjadi Raja di lautan Linux pada tahun 2007 dengan 30% pengguna Linux Desktop adalah Ubuntu. tiada siapa menyangka kebolehan Ubuntu ini menjadi Raja dengan pantas sekali. dengan kepantasan pembangunan yang dijalankan mereka iaitu setiap 6 bulan akan keluar jenis Ubuntu yang baru. K mengenali Ubuntu sejak daripada versi 6.06 tetapi pada masa itu "minor-dual-boot" dijadikan sandaran untuk mempelajarinya tetapi kerana tidak tahu bagaimana, perkara itu tertangguh, sehingga keluarnya 8.10 kerana sistem drivernya dapat mengenali wireless dengan mudah sekali :) oleh itu kini Ubuntu adalah major sistem operasi bagi K.

Kesimpulan
Linux bukan satu sistem operasi yang pelik dan sukar tetapi semakin membangun dan komunitinya amat membantu dalam mempelajarinya. disini K tuliskan beberapa blog yang terus kepada Ubuntu kebanyakkanya (kerana K gunakan Ubuntu) didalam bahasa Melayu.

MelayUbuntu - Ubuntu Untuk Malaysia
jomLinux - Portal Berita dan Info Linux Malaysia
UbuntuSeekers - Resolusi Masalah Ubuntu Anda
Ubuntu.com.my
BlogSempoi.com

sumber terdekat
LinuxPlanet - Seven Most Influential GNU/Linux Distribution

sekalung penghargaan kepada pembaca yang rajin memberi tahu K dimana silap ejaan dan typo didalam setiap post
Mehacomp_91, RedMage, Cluesan

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku suka ubuntu... tapi LCD aku x support ubuntu...

terpaksa aku guna windows xp sp2...
sp3 sucks...

Tanpa Nama berkata...

alaa.. aku silap taip la... bukan ubuntu...
tapi sun solaris...

ubuntu ok cuma ada certain² part yang x compatible...

Syalily berkata...

ooo.. sedih tol ko.. tak dapat nak guna..

Tanpa Nama berkata...

buat la tutorial macam mana nak guna 2 os dalam 1 pc... ubuntu & windows...

Syalily berkata...

emm ooo nak guna 2 skali ek.. ok ok nanti aku try buat.. kene cari sumber.. banyak act kat internet.. tapi bahasa amareka la :))