Ahad, 11 Januari 2009

[Khas] Penukaran tema dan peraturan posting

Tarikh Keluaran Artikel: 11012009

Penukaran Tema

Jika anda membaca tulisan ini anda sedang memasuki blog adamasalahbarunakcari atau lebih dikenali dikalangan pembaca dengan AMBNaC. jika anda pernah memasuki blog ini yang dahulunya menggunakan tema yang gelap, kini K sudah bertukar angin, mahu kepada yang lebih simple dan mudah mata membaca. tidak perlu untuk lip lap yang canggih tetapi lebih menekankan kepada isi kandungan blog ini sendiri.

Tema Utama
Tema ini adalah tema yang sedia ada didalam Blogspot sendiri, dan bukannya yang direka oleh sesiapa daripada pihak ketiga. Dan idea utama K adalah minimalisme dan simple tetapi mempunyai pengisian yang mudah untuk dibaca. dan K juga berharap dapat membuat beberapa perubahan yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini dalam segi peraturan K untuk berposting.

Tidak Dapat Dihilangkan Dalam Masa Yang Singkat
Post yang lepas tidak dapat K tukarkan kepada tulisan yang kecil kerana ketiadaan masa yang cukup, insyaAllah jika masa mengizinkan, K akan menukarkan kepada tulisan yang baru berperingkat.

semoga anda mendapat sedikit ilmu daripada K sepanjang lawatan anda ke dalam blog ini.

Sedikit Kredit Untuk Yang Rajin Membantu
Meha, Red, Clue, Uno dan ramai lagi yang membantu secara tidak langsung. pertolongan anda semua dalam perjalanan blog ini amat membantu K memahami konsep laman web dan blog secara keseluruhan sebagai persediaan awal K untuk membuat Projek Ilmiah Tahun Akhir pada tahun hadapan.

Salam Perkenalan Dan Salam Arena Blog
TMUkmkd
Penulis, AMBNaC

Tiada ulasan: