Isnin, 19 Januari 2009

[Kuliah] Three Tier: jawapan yang kurang tepat

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 19012009

Kuiz database: Three Tier
Tiba-tiba ada kuiz daripada pensyarah sebelum habis kelas tadi. soalannya mudah tetapi kurang dapat dijawab dengan tepat oleh K rasanyalah (tapi Din kata betul), itu pun ditiru oleh kawan-kawan. baguslah, semua dapat ajaran sesat kot. tak kisah benar jawapan itu atau tidak kerana K memang berniat untuk menulis tentang ini selepas kelas. dan ini yang K dapat;

Multitier architecture
Didalam bidang kejuruteraan perisian, multi-tier architecture adalah salah satu cabang daripada cabang client-server architecture dimana paparan antara muka, fungsi proses logic, simpanan data komputer dan capaian data dibina dan dikemaskini berdasarakan beberapa modul yang dibahagikan kepada beberapa platform.
Modul 1: Presentation Tier - Modul ini adalah lapisan teratas didalam seni bina bertingkat ini, lapisan ini menunjukkan segala info yang berkenaan dengan servis dengan bentuk yang boleh difahami oleh pengguna akhir
Modul 2: Logic Tier/Application Tier - Segala aplikasi dan perkara logik akan dijalankan pada tingkap ini seperti melakukan perkiraan dan memproses arahan yang diberikan oleh pengguna daripada tingkat modul 1.
Modul 3: Data Tier - Pada modul ini segala data dan info akan disimpan ataupun diambil daripada sistem database dan info yang dikehendaki oleh pengguna akan menjalani proses balikkan sehingga ke modul 1 kembali iaitu memberi output kepada pengguna.

Sumber
Wikipedia - Multitier architecture
Wikipedia - Business logic
Wikipedia - Computer data storage
Wikipedia - Data access

Tiada ulasan: