Jumaat, 2 Januari 2009

AMBNaC - edisi #1/2009

mulai minggu pertama tahun 2009, K akan memasukkan semua post yang didalam minggu ini daripada hari Sabtu minggu sebelumnya sehingga Jumaat minggu selepasnya didalam satu post. ini untuk memudahkan pembaca (kalau ada la) untuk mengikuti blog K secara mudah. semoga cara ini membuatkan pembaca lebih senang untuk membaca secara bundle dan semoga ada kebaikkan kepada semua

untuk post yang pertama, isu yang pertama dibangkitkan sebelum masuknya tahun 2009 adalah, tahun 2008 boleh dikatakan sebagai tahun yang membanggakan - penjenayah siber [28-12-2008], kerana jika kita perhati, ada beberapa kes yang semakin tinggi mangsanya dikalangan pengguna internet, yang paling nampak adalah pencurian identiti seperti kes blog dan akaun friendster Adibah Ahmad. semoga anda tidak menjadi mangsa seterusnya.

dan status OS K sekarang adalah Ubuntu 80% dan Windows 20% kerana K mempunyai masalah untuk membuat kerja menggunakan Adobe Photoshop CS3 di Ubuntu. namun perkara itu tidak membataskan K terus mencari kebenaran disebalik Ubuntu dan isu yang K tiba-tiba minat adalah, Ubuntu 9.10 - apa namanya ek? [28-12-2008] dan masalah /.dmrc yang K hadapi sendiri yang dapat diselesaikan dengan baik sekali dalam [Ubuntu] $Home/.dmrc - access denied [29-12-2008]

Apple dan Microsoft masing-masing bersaing untuk mendapatkan pengaruh dengan mengeluarkan produk beta masing-masing untuk sistem pengoperasian mereka yang akan datang. Apple mengeluarkan, Snow Leopard bergambar - Mac OSX (update 1 - 29-12-2008) [28-12-2008] dan Microsoft dalam, Windows 7 Beta 1 "akan" dikeluarkan (update 3 - 30-12-2008) [27-12-2008].

diarena Laptop pula menyaksikan bagaimana harapan Acer untuk menandingi HP/Compaq dalam jualan laptop pada tahun 2009 dengan barisan senjata terbaru yang diketuai oleh senjata utama mereka Acer Aspire Gemstone Blue 8930G 7665 + Intel Quad Core [30-12-2008]

firefox kini membangkitkan kembali idea lama mereka dalam menukarkan aplikasi web kepada aplikasi desktop yang telah dipinjam oleh Google Chrome menerusi Google Gear iaitu Mozilla Prism. dan jika projek ini berjalan maka pengguna boleh menggunakannya untuk perkara yang selalu digunakan [Mozilla Labs]Prism - menukarkan aplikasi web kepada aplikasi desktop [31-12-2008]

"pergaduhan" antara Time Warner Cable dan Viacom memungkinkan tiada lagi rancangan kanak-kanak popular "spongebob" dan beberapa siaran lain untuk semua pengguna Time Warner Cable kerana hal pembayaran royalti. walaupun tiada hal dengan Malaysia tetapi hal ini patut diambil iktibar supaya tidak berlaku di sini. selajutnya didalam, (mungkin) tak ada lagi Spongebob - Time Warner Cable [31-12-2008]

dan isu-isu akhir tahun adalah Microsoft mengeluarkan idea yang kurang K fahami (sehingga hari ini) kerana begitu kompleks dan seperti tidak logik jika difikirkan, dan jika anda membaca ini -> "pay-as-you-go" - Microsoft [31-12-2008] dan anda faham, maka ajarkan K :) dan lebih penting iaitu datangya istillah baru disaat akhir tahun dan menjelangnya tahn baru.. Z2K9. yang diadaptasi daripada Y2K dan ini kerana hal yang berlaku kepada pengguna Zune pada akhir tahun akibat daripada kesalahan struktur program yang mengira tarikh. 30GB Zune: Z2K9 (update 1- 02-01-2009) [01-01-2009]

sampai disini sahaja AMBNaC - edisi #1/2009 pada minggu ini, bertemu lagi pada hari yang sama, minggu hadapan :)

Tiada ulasan: