Rabu, 21 Januari 2009

[Kuliah] Dari LEO, MEO, GEO ke GPS

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 21012009

Kuliah Networking: anasir luar, GPS
Walaupun kurang kena mengena dengan tajuk asal kuliah iaitu mengenai tiga jenis satelit iaitu:
Dan tambahan sebanyak dua lagi jenis mengikut Wikipedia:
Tetapi kuliah tadi telah sedikit tersasar dengan kemasukkan entiti GPS. anggapkan sebagai ilmu yang baru untuk yang baru mengenal GPS dan sebagai ingatan kembali kepada K sendiri kerana K dahulu pernah mengkaji perkara-perkara ini.

Global Positioning System (GPS)
Berasal daripada Global Navigation Satellite System (GNSS) yang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan Amerika. dengan menggunakan formasi yang khas, 24 hingga 32 satelit Medium Earth Orbit (MEO) akan mengeluarkan gelombang micro yang akan membolehkan satelit itu menentukan dimana pemacar yang menerima gelombang itu berada di atas permukaan bumi.

Tiga Syarikat Utama GPS
Terdapat tiga syarikat utama yang menjalankan GPS diseluruh dunia seperti mana yang diterangkan didalam kuliah tadi iaitu;
  • NAVSTAR GPS (US)
  • GLONASS (Russia)
  • GALLILEO (EU)
GPS 1: NAVSTAR GPS
Ditubuhkan pada 1973, satelit pertama dilancarkan pada 1978. dan secara keseluruhan terdapat 24 satelit didalam formasi mengelilingi bumi sebanyak dua kali sehari. dan formasi itu menyebabkan satelit NAVSTAR boleh dilihat dimana-mana permukaan bumi sekurang-kurangnya 4 buah dalam satu-satu masa. dengan ketinggian 12,625 batu (20317.968 kilometer) daripada bumi, NAVSTAR mengeluarkan dua jenis frekuensi iaitu, 1575.42MHz untuk kegunaan awam dan 1227.60MHz untuk tujuan ketenteraan. dan daripada 24 buah itu hanya 21 sahaja yang akan digunakan dalam satu-satu masa dan tiga buah lagi untuk tujuan kecemasan dan simpanan. NAVSTAR pernah digunakan untuk peperangan seperti;
  • Perang Teluk 1991
  • Operasi Restore Hope di Somalia 1992-1993
  • Penjajahan Afganistan 2001
GPS bukan hanya pada kegunaan tentera tetapi penyelidikan dan kegunaan harian yang lain

GPS 2: GLONASS
Berasal daripada perkataan Russia
ГЛОбальная НАвигационная Спутниковая Система yang bermaksud
GLObal'naya NAvigatsionnaya Sputnikovaya Sistema atau
GLObal NAvigation Satellite System didalam bahasa Inggeris.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1976 dengan matlamat untuk mendapatkan liputan keseluruh dunia pada tahun 1991. bermula daripada tahun 1982 beberapa satelit telah dilancarkan dan siap pada 1995. tetapi disebabkan kejatuhan ekonomi Russia, sistem tersebut terhenti dan kini cuba dihidupkan semula dengan kerjasama kerajaan India sejak tahun 2001 dan bakal siap pada tahun 2009. sama seperti NAVSTAR, terdapat 24 satelit didalam orbit mereka sendiri dengan tiga sebagai simpanan. tetapi agak berlainan dalam segi orbit, dengan orbit yang lebih rendah, iaitu 19,100 km, dan formula yang lain daripada NAVSTAR, satelit GLONASS dapat dilihat sekurang-kurangnya 5 buah pada satu satu masa.

GPS 3: GALILEO
K amat kenal dengan projek GALILEO dahulu kerana minat dalam bidang astronomi. sayangnya kini kekurangan masa membuatkan K sedikit lupa perihal projek GALILEO. pada mulanya projek ini dilakukan oleh satu syarikat swasta iaitu European Satellite Navigation Industries dan selepas 2007, projek ini dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA), projek yang bernilai €3.4 bilion ini dikatakan sebagai satu alternatif terbaik selain dua GPS sebelum ini. pada 2007 satu perjanjian diadakan dengan mengatakan bahawa GALILEO dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2013. dengan mempunyai dua pusat kawalan bumi iaitu di Munich, Germany dan Fucino, Italy. setelah siap nanti, GALILEO mempunyai 30 satelit yang beredar di linkungan orbit bumi setinggi 23,222 km dan akan mempunyai empat sistem navigasi iaitu OpenService, CommercialService, PublicRegulatedService dan SafetyofLifeServise.

p/s: Teringat pada Nasa Kids Certification

Sumber
Wikipedia - Global positioning system
Wikipedia - GPS satellite
Wikipedia - Satellite constellation
Wikipedia - Low earth orbit
Wikipedia - Medium earth orbit
Wikipedia - Highly Elliptical orbit
Wikipedia - Geostationary orbit
Wikipedia - Geosynchronous orbit
Wikipedia - Glonass
Wikipedia - Galileo (satellite navigation)
SpaceToday - NAVSTAR GPS
BBCNewsS&E - Galileo satellite phones home

Tiada ulasan: