Ahad, 11 Januari 2009

[Laptop] Adamo: "Untuk Jatuh Cinta"

Tarikh Keluaran Artikel: 11012009


Cantik, Menarik Dan Juga Elegent
Itu yang K boleh katakan daripada gambar ini, Dell mengeluarkan laptop terbarunya untuk tahun 2009 dengan nama Adamo (uh-dahm-o) yang bermaksud "untuk jatuh cinta" (to fall in love) dalam bahasa latinnya. amat menarik laptop ini dengan rekabentuk yang diberikan sentuhan minimalistik bagi menyerlahkan kekecilan Adamo itu sendiri. Adamo dikatakan lebih nipis daripada MacBook Air.

Satu Sasaran
Akhirnya selepas Acer dan HP mengeluarkan barisan laptop terbaru mereka, pengeluaran laptop terbaru daripada Dell ini menunjukkan bahawa persaingan penjualan laptop terbanyak untuk tahun 2009 ini telah pun bermula. sasaran mereka hanya satu, siapakah yang akan mengambil takhta bagi penjual laptop terbanyak tahun 2009 yang dimenangi oleh HP untuk tahun 2008 dan diikuti oleh Dell dan Acer.

Sumber
CNETNewsCrave - Dell officially unveils Adamo, Mini 10
Engadget@CES - Dell's ultra-thin Adamo laptop set free

2 ulasan:

MaJa berkata...

saya suka ini.. cantik.. harga dia mesti enak punya nie..

SyaFia berkata...

harganya tidak dapat dikatakan la sekarang.. tunggu dan lihat sahaja :)