Sabtu, 31 Januari 2009

[Sekuriti] Bila penggodam bergurau senda

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 31012009

Penggodam papan tanda elektronik
Apa perasaan anda ketika anda sedang melalui sebatang jalan yang sunyi diwaktu malam dan ternampak papan tanda ini? Papan tanda ini adalah papan tanda untuk menyampaikan sebarang info yang terkini kepada pengguna jalan raya. Dan tidak disangka begitu mudah digodam oleh penggodam. Mungkin jika anda mahu melihatnya, anda perlu pergi ke kawasan Masjid Jamek di Kuala Lumpur ataupun ke mana-mana lebuhraya. Pasti ada papan tanda ini.

"Anda telah digodam" - trend lapuk
Akibat terlalu mudah untuk melakukannya, maka dengan itu ia menjadi satu trend semasa kepada penggodam untuk mengubahnya dan menunjukka kepada awam, tanda bahawa papan tanda itu telah di godam oleh mereka. Berlainan dengan cara dahulu iaitu dengan menunjukkan secara terang bahawa sistem itu telah digodam (seperti gambar dikanan ini) kepada yang lebih kreatif dan menarik perhatian. Ini kerana cara yang lama tidak menunjukkan bahawa penggodam mempunyai kreativiti dan paling mudah tiada humor. Tetapi cara yang baru ini membuktikan bahawa penggodam juga manusia biasa.


Jika tidak keberatan
Anda boleh menonton video pendek yang dikatakan sebagai video tipu yang menunjukkan seorang penggodam menggodam papan tanda jalan raya. Usah dikira tipu atau benarnya, tetapi melucukan.


Anda berminat? teruskan minat anda itu kerana Malaysia memerlukan seorang pengubah info papan tanda untuk membuat papan tanda itu lebih dipandang oleh warga kota.

Sumber
109 - Hackers warn texas of coming zombie wars
MITHackedGallery - Trapped in a sign factory, send help!
Neowin.net - Hacking programmable road sign
CNETNewsGeek - Hacking programmable road signs
iHacked - inside programmable road sign

Technorati Tags: , ,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jom kite try sama2 tukar sign..haha

Tanpa Nama berkata...

godam la kepentingan israel... jadahnya nak godam papan tanda kat Malaysia... nyusahkan orang je...

Syalily berkata...

aloy - jom hahahhaha..

fick - dalam software engineering ada berkata, kalau nak tahu sistem kamu tu elok ke tak, hack it. so kalau nak pastikan sistem keselamatan malaysia ni kuat, hack it

dekat U aku ni selalu gak ada budak yang bagi tahu PTM, bug sana bug sini.. tapi tu la.. PTM kadang2 tak ambik tahu.. tengok la.. silap hari bulan, budak2 ni hack sekali, baru nak pikir sekuriti.. so kalau nak hack orang punya, hack kita punya sendiri dulu :)

Syalily berkata...

fick - lagi pun kan, bukan ada orang ambik tahu pun papan tanda tu (yang aku tengok la) hanya berguna masa banjir je..

kalau ko tulis kambeng melintas kat situ pun tak de sapa baca kot :))

Tanpa Nama berkata...

gila gangster mamat tuh...ha3x..

Syalily berkata...

haha.. tapi tu la ada site kata video tu tipu... tapi kalau dia tipu, hebat gak dia tipu :)