Sabtu, 31 Januari 2009

[Aplikasi] Alternatif kepada Microsoft Office

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 31012009
TambahBaik_1: 03022009

Microsoft Office: Tidak dinafikan
Microsoft amat berjaya didalam keluaran mereka terutamanya Microsoft Office (kini 2007). K sendiri dahulu merupakan salah seorang pengguna Office 2007, dan Office 2007 amat berguna terutamanya OneNote yang K rasakan amat berguna kerana dapat membuat nota dengan senang. Tetapi bukan semua orang mampu membeli aplikasi ini yang harganya agak mahal, terutamanya syarikat besar yang kini diambang mahu mengurangkan kos perbelanjaan kerana ekonomi yang semakin sukar. Maka itu K berikan beberapa aplikasi pejabat lain sebagai alteratif kepada Microsoft Office.

OpenOffice 3.0

Diasaskan oleh Sun Microsystem pada tahun 1999 dengan nama StarOffice dan pada tahun 2000 OpenOffice dikeluarkan. Bergerak dibawah nama "sumber terbuka", OpenOffice kini menjalankan kerjasama dengan beberapa nama seperti Novell, RedHat, RedFlag, IBM dan Google, dan kini terdapat lebih daripada 450,000 pengguna daripada seantero dunia menggunakan OpenOffice dan menjadikan OpenOffice sebagai aplikasi pejabat alternatif yang terbesar pengaruhnya. Ubuntu juga menggunakan OpenOffice sebagai alternatif kepada Microsoft Office sebagai menyahut panggilan sistem sumber terbuka. Tetapi kelemahan OpenOffice sehingga kini adalah kekurangan aplikasi yang setaraf dengan Microsoft Office sebagai contoh, OneNote. Namun tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuka dokumen daripada Microsoft Office 2007.

Google Docs
Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang biasa menulis blog, kerana antaramuka pengguna yang mudah dan tidak boleh diperlekehkan. Tetapi bagi K agak kurang sesuai untuk pengguna yang mahukan aplikasi yang lebih daripada sekadar untuk mencatat nota kecil. Google Docs ini merupakan satu aplikasi yang tidak boleh dianggap sebagai pesaing kepada Microsoft kerana perbezaan taraf walaupun dengan OpenOffice. Oleh itu pengguna berharapkan Google dapat menjadikan aplikasi ini sebagai satu aplikasi yang benar benar boleh membantu pengguna.

Zoho
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih serius dalam soal bekerja, Zoho adalah jawapannya. Dengan menggunakan sistem atas talian (online) Zoho dianggap satu sistem yang amat baik sebagai alternatif kepada sistem Office 2007. K merasakan pihak Microsoft sendiri menjadikan Zoho sebagai idea asal mereka untuk menghasilkan Office Online akan datang - TambahBaik_1. kerana satu kebaikkan muktamad sistem aplikasi berasaskan web adalah pelbagai-platform (multiplatform) yang membolehkan Zoho digunakan dimana-mana termasuklah didalam sistem telephon bimbit yang semakin pintar sekarang. Oleh itu pemilihan Zoho sebagai satu alternatif anda adalah baik dengan memenuhi syarat yang paling penting untuk menggunakannya, mempunyai talian internet yang boleh dianggap memuaskan. Jika tidak, akan mengalami masalah apabila mahu menggunakannya ketika waktu puncak.

Thinkfree

Jika bukan Zoho anda boleh menggunakan satu lagi aplikasi pejabat alternatif, Thinkfree. kerana aplikasi ini boleh dikatakan sebagai satu aplikasi yang baik. Dengan menggunakan sistem cloud, semua aplikasi ini dapat digunakan dengan baik didalam satu organisasi untuk memudahkan penggunaan dan perkongsian data antara pekerja dengan lebih sistematik. Terdapat empat aplikasi yang ditekankan iaitu, Document, Spreadsheet, Presentation, Note iaitu menyamai seperti Word, Excel, Powerpoint dan OneNote. Jika K memilih apakah aplikasi yang mahu digunakan untuk menulis nota, K akan menggunakan Thinkfree Note kerana kebolehan WYSIWYG (What You See Is What You Got) dan XHTML yang memberi kebebasan kepada pengguna dalam membuat nota mereka.

Sumber
TechRadar - 4 free alternatives to Microsoft Office
OpenOffice.org
zoho.com
thinkfree.com


Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

4 ulasan:

MehaCreative berkata...

Juz asking,Onenote ni apa fungsi dia?
Meha tak explore lagi Office2 ni hehehe... juz guna untuk typing2 or presentation je.Yang lain harem tak reti hehehe...

SyaFia berkata...

onenote? K suka guna ni sebab dia boleh asingkan semua note2 kita kepada beberapa bahagian.. jadikan dia sebagai satu "notebook"

contohnya, K ada satu "notebook" tajuk dia projek, dalam projek tu ada beberapa bahagian kecil, salah satunya kelab, dalam kelab tu ada bahagian lebih kecil, kelab catur... dalam kelab catur tu K boleh bukak banyak note2 ikut hari apa K taruk dan tajuk apa.. so yang bestnya benda ni sebab K boleh tulis cara biasa ataupun nak guna freehand.

Mehacreative berkata...

Meha baca artikel ZOHO tu... bukan ke Office Live tu dah released?? Cuba masuk Officelive.com

SyaFia berkata...

@meha - owh... pikir tak kuar lagi... my mistake, tak buat latest research pasal ni