Isnin, 12 Januari 2009

[Sumber Terbuka] Antara Sistem Pengoperasian Percuma

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009

Populariti Bukan Penentu Kualiti
Walaupun populariti Windows 7 semakin meningkat beberapa ketika kebelakangan ini, tetapi K yang kini dibawah "pengaruh" sistem pengoperasian sumber terbuka (OpenSource Operating System) iaitu Linux Ubuntu 8.10 memberi anda sedikit sebanyak alternatif kepada Windows 7 yang dilihat amat hebat. Sebenarnya sistem operasi sumber terbuka ini bukanlah teruk dan sukar seperti mana yang difikirkan, hanya kerana mereka kurang popular atau lebih layak dikatakan langsung tidak pernah didengari oleh pengguna tegar sistem operasi Windows maka mereka dianggap "asing".

Senarai Terbaik Sistem Operasi Sumber Terbuka
di sini K nyatakan beberapa sistem operasi yang dinyatakan sebagai antara yang terbaik dalam arena sumber terbuka:

Ubuntu - sistem operasi yang K gunakan sekarang, yang melonjak naik secara tiba-tiba dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. dikatakan baik untuk pengguna yang mahu belajar menggunakan Linux kerana Ubuntu lebih menekankan paparan antaramuka grafik (graphical user interface - GUI) tetapi tidak meninggalkan paparan arahan berbaris (command line interface - CLI) yang secara lazim digunakan oleh Linux dahulu.

Fedora 10 - antara yang paling bagus, terutamanya dalam hal kepantasan yang mengalahkan mana-mana sistem operasi Windows yang muktabar seperti Windows XP, Vista dan juga Windows 7. Rakan K, Megahacker sendiri menggunakan Fedora mengatakan Fedora mempunyai kelebihan sendiri berbanding Ubuntu. Dan lebih pantas dalam hal "mengejutkan" sistem operasi daripada mode "tidur".

Damn Small Linux (DSL) - siapa kata sistem operasi memerlukan ruang yang besar? adakah anda percaya jika dikatakan sistem operasi ini hanya 50MB? dan mempunyai Firefox, XMMS, MS Office Viewer dan banyak lagi. dikenali oleh pengguna Linux untuk membaiki sistem operasi lain terutamanya, Windows. K tidak pernah menggunakannya kerana selama ini hanya menggunakan Linux Knoppix sahaja.

Knoppix - digelar sebagai antara "swiss-knife" untuk membaiki sistem operasi Windows kerana kemampuan sistem operasi Linux untuk menjalankan sistem operasi secara langsung daripada CD tanpa memasangnya secara kekal di sistem storan komputer. K memberi cadangan kepada semua mereka yang mahu mempelajari membaiki sistem Windows untuk mempelajari menggunakan Knoppix kerana mudah dan pantas untuk membaiki sistem Windows yang rosak oleh kerana virus.

64 Studio
- khas untuk mereka yang mahu membuat "kesenian" dalam bidang audio, video dan grafik. sistem operasi yang khusus untuk menjalankan perkara sebegitu dan lupakan nama "64" tersebut, kerana sistem operasi ini juga menyokong 32-bit.


Linux Debien - dikatakan sebagai sistem operasi yang berasaskan Linux paling popular, kini Debien semakin matang untuk memberikan khidmat terbaik kepada penggunanya. mempunyai 18000++ packages yang boleh dipasangkan bila-bila masa mengikut kemahuan pengguna itu sendiri.

Haiku - mudah dan menyenangkan. Haiku mahu menghilangkan kesemua bayangan "kesukaran" dalam menggunakan sistem operasi sumber terbuka yang membuatkan pengguna "tegar" Windows tidak mahu berubah kepada sumber terbuka walaupun sering "diburui" oleh Microsoft kerana menggunakan produk cetak rompak.


ReactOS - dengan melarikan diri daripada Linux dan sudah tentunya percuma, mereka mahukan sesuatu sistem operasi yang boleh menjalankan alikasi Windows tanpa masalah seperti mana yang dihadapi oleh Wine yang digunakan di Linux. projek ini adalah projek jangka panjang dan agak menarik.

OpenSolaris
- dibawah Sun Microsystem yang terkenal dengan produk mereka, Java mereka mengatakan bahawa OpenSolaris ini adalah yang terbaik yang dikeluarkan oleh mereka. sesuai digunakan dimana-mana platform seperti desktop, laptop, server dan pusat penyimpanan data.

Hanya Sehelai daripada Sebuah Buku
sistem operasi sumber terbuka yang K nyatakan ini hanya sedikit sahaja daripada jumlah sebenar kerana kekangan ruang dan masa. seumpama sehelai kertas daripada sebuah buku kerana aplikasi sumber terbuka tidak pernah berhenti dalam menghasilkan yang terbaik untuk setiap pengguna. kerana sumber terbuka memegang sebuah kata-kata
segalanya tertakluk kepada pengguna
kerana sumber terbuka tidak mengatakan anda perlu menggunakan perisian yang itu dan bukan yang lain tetapi pilihan tertakluk kepada kemahuan pengguna kerana setiap perisian mempunyai kelebihan sendiri dan (hampir) semuanya percuma

Sumber
DownloadSquad - 20 awesome FREE OS download that aren't Windows 7
Ixibo - List of FREE operating system: dowload now!

Tiada ulasan: