Isnin, 12 Januari 2009

[Sumber Terbuka] Ubuntu, Linux dan Google

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009
http://wwwimage.cbsnews.com/images/2002/05/05/image508064x.jpg
Terbang ke angkasa atau diam ditakuk lama, anda tentukan
Itu yang cuba dikatakan oleh Mark Shuttleworth, seorang usahawan dan jutawan daripada Afrika Selatan ketika mengatakan tentang sistem operasinya, Linux Ubuntu berbanding menggunakan Windows. kerana aplikasi sumber terbuka kini seperti ruang langit yang terbuka luas untuk diterokai oleh sesiapa sahaja dan bukannya tertakluk hanya kepada satu sumber yang tertutup sahaja. mengapa tajuknya terbang ke angkasa? kerana Mark pernah menjadi angkasawan dan pergi ke International Space Station (ISS).

Mark dan Ubuntu, satu kejayaan komuniti
Ubuntu dibangunkan oleh Mark kira-kira empat tahun dahulu dan kini dianggap sebagai Linux yang paling pantas pembanggunannya kerana cuba melarikan sentimen pemikiran bahawa sistem operasi sumber terbuka ini lebih kepada paparan arahan berbaris (CLI) yang sukar untuk di fahami oleh orang biasa. menggunakan slogan, Linux for human being yang dapat diterjemahkan kepada Linux untuk manusia biasa dan terjemahan K sendiri, Linux untuk manusia sejagat kerana maksud Ubuntu [ùɓúntú] itu sendiri adalah kemanusiaan yang diterjemahkan daripada bahasa Zulu.

Ubuntu dan Google
kini hampir separuh daripada keseluruhan pekerja Google yang seramai 20,000 orang menggunakan Ubuntu yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaan mereka yang secara tidak rasminya digelar "Goobuntu". Ubuntu digunakan bermatlamat untuk menggalakkan pekerja mereka supaya berfikir lebih kreatif dalam menghasilkan satu produk kerana aplikasi sumber terbuka tidak mempunyai sebarang masalah untuk anda mengubah sendiri apa juga daripada aplikasi anda itu yang sesuai dengan kehendak anda. mungkin tidak semudah yang disangka kerana memerlukan ilmu pengaturcaraan dalam mengubah dan membina aplikasi baru tetapi dengan cara ini kreativiti dalam ditingkatkan.

Ubuntu dan Linux
secara tidak langsung juga sentimen pemikiran yang menjurus mengatakan bahawa Linux itu sukar dapat dikikis oleh Ubuntu sedikit demi sedikit. semakin ramai pengguna Ubuntu pada masa kini, K juga termasuk dalam golongan orang yang baru mengenali Ubuntu. Linux kini semakin dilihat sebagai alternatif kepada sistem operasi Windows yang mempunyai masalah dalaman dan ancaman luaran. bukan bermakna bahawa Linux tiada ancaman luaran tetapi komuniti Linux sendiri menjaga agar Linux tidak mudah diancam oleh anasir luar apatah lagi anasir dalaman.

Ubuntu dan Masyarakat
tahun demi tahun semakin banyak institusi menggunakan Ubuntu sebagai langkah yang lebih mudah dan menjimatkan kos dalam projek yang mengambil belanja yang agak tinggi, seperti Macedonia dan Spain yang menggunakan Ubuntu dalam proses pembelajaran kanak-kanak disana dengan masing-masing membekalkan 180,000 salinan dan 195,000 salinan. di Perancis, 80,000 komputer kerajaan disana menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi mereka. bagaimana Ubuntu mengurangkan kos? kerana kos untuk mendapatkan Ubuntu yang amat, amat rendah iaitu RM0.00 atau mudahnya percuma.

Ubuntu dan Microsoft
Ubuntu tidak melihat Microsoft sebagai musuh tetapi Microsoft yang perlu melihat Ubuntu dan Linux yang lain sebagai musuh mereka kerana Linux adalah percuma tetapi Micrsoft adalah berbayar. kelebihan Ubuntu itu sendiri dapat dilihat apabila versi terbaru Ubuntu akan keluar setiap enam bulan dan bukannya 2-3 tahun sekali seperti Microsoft yang menggunakan cara Service Pack. oleh kerana ini Microsoft harus berjaga-jaga untuk mengatasi desakkan Ubuntu dan Linux daripada mencuri satu demi satu pengguna Microsoft. dan Linux juga dikenali sebagai satu sistem operasi server yang lebih popular daripada Microsoft. ini juga merupakan satu sebab untuk Microsoft perlu takut kepada Linux.

Sumber
Fudzilla - Ubuntu has its day
HeraldTribuneTechnology - Ubuntu pushes to bring Linux to the masses
OSNews - Report from the Ubuntu Developer Summit
Wikipedia - Mark Shuttleworth
Wikipedia - Ubuntu

1 ulasan:

Syalily berkata...

test test test