Jumaat, 9 Januari 2009

[Khas] Ya Allah, Berkatilah Palestin Kami


Antara Dua Jalan
Setelah difikirkan seberapa lama difikirkan untuk menulis tentang ini di blog komputer K, mahu atau tidak, akhirnya mahu kerana berpegang kepada kata guru K, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki, murid kepada Sayyid Muhammad Alawi al Maliki; "perang pada zaman kini bukan hanya pada mata pedang dan sejata, tetapi kepada pemikiran dan ilmu" maka itu, K ambil sedikit masa untuk menulis tentang Palestin.

Tidak perlu K menulis tentang sejarah Israel dalam menjajah tanah Palestin, tetapi hanya memohon bantuan daripada empunya bantuan yang tiada kekuatan untuk musuhNya menentang. K hanya menulis untuk menzahirkan kelemahan umat Islam pada zaman kini yang telah hilangnya bantuan daripada Allah kerana kita sekarang sudah jauh daripada Allah dan RasulNya.

Doa K Buat Palestin
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
setinggi penghormatan kepada Penghulu Nabi, Penolong kepada Umatnya dan Penghulu Umat Islam Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam dan seluruh keluarganya sebagaimana penghormatan yang diberikan kepada Kalil Allah, Nabi Ibrahim alaihisalam dan seluruh keluarga baginda.

Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya

Ya Allah ampunkan doa seluruh umat Islam yang mana menyebabkan kami semua tertolak daripada menerima bantuanMu
Ya Allah ampunkan doa seluruh umat Islam yang mana menyebabkan kami semua tertolak daripada di makbulkan doa kami
Ya Allah ampunkan doa seluruh umat Islam yang mana menyebabkan kami semua terhapus daripada rahmatMu
Ya Allah ampunkan doa seluruh umat Islam yang mana menyebabkan kami semua tersenarai orang yang diturunkan bala

Sesungguhnya kami umatMu yang masih berpegang kepada kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" meminta sedikit bantuan daripada tentera-tentera mu, bantulah rakyat Palestin yang sedang diambang kemusnahan, jangan Engkau musnahkan mereka kerana dosa yang kami, jangan Engkau musnahkan salah satu tanah suci kami kerana dosa kami, jangan Engkau hancurkan anak anak Palestin yang tidak berdosa kerana dosa kami, jangan Engkau biarkan doa NabiMu, ketika baginda mengucapkan "Ya Allah, berkatilah Syam kami". janganlah Engkau menyedihkan hati kekasihMu Muhammad salallahualaihiwasallam melihat umatnya ditimpa bala itu.

Ya Allah, janganlah Engkau menyampaikan perlakuan kami yang buruk kepada pegetahuan kekasihMu agar baginda tidak bertambah sedih setelah sedihnya baginda dengan apa yang terjadi kepada umat Palestin
Ta Allah, moga Engkau menyampaikan perlakuan kami yang baik kepada pengetahuan kekasihMu agar baginda bersuka hati dan dapat mengubati kesedihan hatinya setelah apa yang berlaku kepada umat Palestin

Kami mohon sedikit pertolongan daripada tentera mu sebagaimana Engkau turunkan tentera mu ketika Islam menentang orang yang menentang mereka pada peperangan Badar, jangan Engkau pesongkan hati hati tentera Islam yang menentang musuhnya itu seperti mana Engkau pesongkan hati mereka ketika peperangan Uhud, Engkau limpahkan buah fikiran dan ilmu pengetahuan kepada tentera Islam yang bejuang sepertimana Engkau menghantar Salman al Farisi ketika peperangan Khandak. kami umatmu memohon bantuan Mu Ya Allah, dan jika Engkau turunkan tentera mu jangan Engkau palingkan hati kami selepas itu kerana kejayaan kami dan menyebabkan kami melupakanMu tetapi kuatkan iman dan hati kami untuk terus berpegang kepada jalan Mu.

Semoga semua umat Islam dibawah pertolonganNya, Ya Allah, berkati apa yang kami lakukan ini. Amin.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

time ksih K
dh lame ak tngu artikel ni..
ak igt ko dh xambk berat dh ttng saudara kita di Palestin..
ya allah satu kn lah hati2 kami..
amin

m.q berkata...

jgn hanya catatan
jadilah mujahid dari nusantara ini
pemuda pemuka Islam
di benteng pertama

Syalily berkata...

mad - sama2, moga kita orang yang terpilih

masni - moga tidak hanya cacatan, kerana perjuangan Islam bukan hanya di mata pedang tetapi menyeluruh. jom kita berjuang dalam arena kita sendiri :)